Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Defending the transgressed



Shaykh Muhammad Afifi al-Akiti's Fatwa entitled Defending the Transgressed by Censuring the Reckless Against the Killing of Civilians was written in response to the strife and troubles afflicting the Community of Muslims, and humanity at large, in our age, day in and day out. Stress and confusion have been created by Muslims who, intentionally or not, have misinterpreted the legal discussions on warfare in Islamic Law. They set them outside their proper contexts and abuse them, turning them into justifications for their hate-inspired crimes.

The key Islamic concepts and rules pertaining to the conduct of war and its jurisprudence, its arena and boundaries, and the subject of suicide bombings and the reckless targeting of civilians have probably never before been presented in English with such depth, clarity of thought, and breadth of scholarship in Muslim Law.

--------------

Upon reading Shaykh Afifi's fatwa do not be surprised to find that you have probably never before seen such clarity of thought and expression together with breadth of knowledge of Islamic Law applied (by a non- native speaker) to define key Islamic concepts pertaining to the conduct of war and its jurisprudence, its arena and boundaries, suicide bombing, the reckless targeting of civilians, and more.

Dr. Gibril Fouad Haddad

Ulasan Buku: Prolegomena To The Metaphysics of Islam

OLEH: UGI SUHARTO


Prolegomena to the Metaphysics of Islam (Mukadimmah kepada metafizik islam) adalah sebuah karya mutakhir Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Buku ini bertujuan menjelaskan kembali dasar-dasar penting dalam pandangan hidup Islam yang dipanggil sebagai Islamic worldview. Dasar-dasar ini pada hari ini telah dicemari oleh pandangan hidup Barat seKular(Western Secular Worldview). Menurut beliau apa yang dipanggil sebagai Islamic worldview ini tidak tepat dialih bahasa ke dalam bahasa arab semasa sebagai nazrat al- Islam li ‘l-kawn. Alasannya, Islamic Worldview bukanlah berdasarkan spekulasi falsafah atau penemuan sains yang akan berubah dengan perubahan paradigma. Islamic worldview lebih bermaksud ru’yat al-islam li’l-wujud atau pandangan Islam terhadap hakikat dan kebenaran semesta . Ia berlandaskan wahyu dan agama yang diperkukuhkan dengan akal hati dan intuisi. Islam sebagai agama wahyu sejak dari awal lagi telah mencapai tahap kematangan dan kesempurnaan. Ia tidak seperti agama –agama lain yang memerlukan sejarah panjang untuk berkembang sehingga menjadi sebuah institusi baru yang seakan-akan mencapai tahap kesempurnaan. Oleh itu gagasan sociology of Religions tidak sesuai untuk agama islam. Gagasan ini cuba disebarluaskan oleh para orientalis dengan tujuan menyamakan agama islam dengan agama-agama kultur lainnya.


Di antara unsur-unsur penting dalam Islamic worldview yang tidak mengalami perubahan adalah pengenalan(ma’rifah) terhadap sifat-sifat Tuhan, hakikat wahyu(al-Quran), hakikat alam semesta , hakikat diri manusia, hakikat ilmu, hakikat agama, hakikat kebebasan, hakikat nilai dan akhlak, dan hakikat kebahagiaan. Pada hari ini hakikat-hakikat ini telah dikaburkan oleh falsafah dan tamadun Barat, sehingga umat islam menjadi keliru dalam memahami agama mereka sendiri. Dalam buku ini, Prof al-Attas menghuraikan secara terperinci pengertian dan kandungan Islamic worlview diatas dan membersihkannya dari kekaburan akibat falsafah Barat itu.


Di dalam mukaddimahnya ,Prof al-Attas telah menyentuh suatu isu penting yang mungkin belum dirasai bahayanya oleh kalangan ramai, tetapi telahpun diserap oleh sebahagian pemikir dan intelektual Muslim. Isu ini adalah berkenaan dengan fahaman Transcedent Unity of Religions yang digagaskan di Barat. Menurut beliau , walaupun disana seolah-olah ada semacam kesamaan antara agama-agama, seperti konsep ketuhanan agama- agama lain dengan sifat-sifat Tuhan ajaran Islam , kesamaan yang Nampak ini bukanlah merupakan bukti akan adanya persamaan pengenalan terhadap sifat Tuhan Semesta Alam Yang Esa. Ia tidak membuktikan adanya penyatuan ataupun persamaan agama-agama diperingkat yang mereka panggil sebagai peringkat “transcendent” iaitu apabila peringkat yang dimaksudkan itu sebagai keadaan ontology di luar sepuluh kategori ilmu mantiq. Tuhan pada peringkat ini bukanlah tuhan yang diwahyukan dalam agama islam, kerana Tuhan pada peringkat ini adalah Tuhan yang mutlak, seperti konsep Tuhan golongan Jahmiyyah Mu’attilah yang telah ditolak umat islam sejak dahulu lagi. Pada peringkat ini Tuhan tidak dapat dikenali sifat-sifat –Nya, dan pada peringkat ini agama tidak tidak ada lagi. Bagaimana agama-agama boleh bersatu pada peringkat ini, sedangkan agama-agama di peringkat itu tidak ada sama sekali?


Apabila transcendent dimaksudkan sebagai keadaan kejiwaan pula, iaitu keadaan yang berhubungan dengan pengalaman dan kesedaran individu yang melampau keadaan kejiwaan masyarakat awam, maka persamaan dan kesatuan pengalaman individu-individu pada peringkat itu sebenarnya bukanlah agama. Ia tidak lebih hanya sekadar pengalaman dan kesedaran agama yang telah dicapai oleh segelintir individu semata-mata. Ia bukanlah agama itu sendiri, kerana tujuan agama itu boleh turut dicapai dan dialami oleh manusia umumnya. Oleh kerana manusia pada umumnya tidak boleh mencapai tahap yang mereka panggil sebagai transcendent itu, maka penyatuan dan persamaan agama-agama itu sebenarnya tidak ada. Sebagai kesimpulan kepada isu ini, Prof al-Attas menegaskan bahawa faham ini dengan kata-katanya “

The phrase ‘trancendent unity of religions’ is misleading and perhaps meant to be so for motives other than the truth”.


Mukaddimah setebal tiga puluh Sembilan halaman adalah merupakan intisari kepada tujuh bab yang beliau huraikan dalam buku ini. Kandungan mukadimahnya itu juga merupakan satu bab yang tersendiri dan sarat dengan nilai sebagai sebahagian daripada buku setebal tiga ratus lima puluh lapan muka surat itu. Prof al-Attas membuka buku ini dengan perbincangan mengenai konsep faham agama ; The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality. Dalam bab ini beliau meneliti aspek semantic istilah Din(religion,agama) yang mempunyai kaitan erat dengan perkataan dayn yang bermakna “Hutang.” Hutang manusia yang paling mendasar adalah hutang kewujudannya di dunia ini. Oleh itu seluruh kehidupannya adalah hutang yang perlu dibayar dan dijelaskan. Ianya hanya akan terlaksana menerusi “pengembalian” hidupnya dengan jalan perhambaan( ibadah) dan penyerahan total (istislam) kepada Tuhan . Penyerahan hidup (aslama) inilah yang dikehendaki oleh agama(din). Di sini tampaklah hubungan antara perkataan aslama,yang daripadanya timbul perkataan islam,dengan perkataan din.

Hubungan dua hala ini juga membuktikan bahawa islam itu adalah Din, dan Din itu hanyalah islam. Sesungguhnya di sisi Allah, al-Din adalah al-islam. Oleh itu islam bukanlah sekadar kata kerja yang bermakna “pasrah” atau “menyerah”, tetapi islam juga adalah nama agama dan takrif agama itu sendiri. Terdapat terjemahan al-Quran kedalam bahasa inggeris pada hari ini yang mengalihbahasakan setiap perkataan al-Islam dalam al-Quran sebagai self-surrender unto God, sedangkan penggunaan istilah al-Islam itu juga merujuk kepada nama khas bagi agama islam, seperti dalam firman Allah : inna al-din ‘inda Allah al-islam. Oleh itu konsep agama ini sangat penting dicerna kembali oleh para intelektual Muslim agar tidak dikaburkan oleh pelbagai faham yang cuba mengelirukan agama islam, dan menamakan agama kepada sesuatu yang bukan agama yang sebenarnya.


Bab kedua memberi tumpuan mengenai The Meaning and experience of Happiness in Islam. Kebahagiaan dalam perspektif Islam diungkapkan dengan istilah sa’adah yang lawannya adalah shaqawah. Ia meliputi dua dimensi iaitu akhirat dan dunia. Kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat dimana peringkat yang paling tinggi adalah melihat wajah Allah yang dijanjikan kepada mereka yang melaksanakan perintah-perintah –Nya dan menjauhi segala larangan –Nya . Adapun kebahagiaan di dunia ini meliputi tiga aspek ;aspek kejiwaan, aspek keragaan, dan aspek luaran yang mempengaruhi jiwa dan raga . Bab yang kedua ini sangat penting untuk difahami demi menangkis faham Barat tentang konsep tragedy yang menjadi aspek utama dalam worldview mereka.

Bab ini juga mengaitkan pengertiaan kebahagiaan dengan konsep kebebasan(freedom). Menurut beliau, istilah kebebasan dalam pandangan islam bukanlah hurriyah tetapi ikhtiyar yang berasal dari kata khayr yang bermaksud memilih yang terbaik. Usaha memilih yang terbaik inilah yang dinamakan pelaksanaan kebebasan itu sendiri. Ikhtiyar telah mengambil kira aspek pengetahuan dan pengenalan akan baik dan buruk. Oleh itu memilih keburukan bukanlah suatu kebebasan, kerana ianya didasari oleh kejahilan dan pengaruh jiwa kebinatangan . Orang yang memilih jalan keburukan dan kejahatan sambil mendakwa yang mereka juga mencapai kebahagiaan, tidak ubah seperti haiwan yang juga merasai kebahagiaan di peringkat yang rendah ini. Di dalam bab ini juga Prof al-Attas menolak faham secularism yang mendakwa bahawa kebahagiaan tidak ada hubungan dengan tingkah laku yang baik dan nilai-nilai akhlak dan ruhani yang tinggi.


Islam and the Philosophy of science diletakkan pada bab yang ketiga dalam buku ini. Sains, menurut beliau ,tidak neutral. Ia sebenarnya memihak dan bergantung kepada tafsirannya. Pada hari ini falsafah moden menjadi penafsir kepada sains dan menentukan arah perjalanan sains itu dalam mengkaji alam ini. Penafsiran dan arah sains inilah yang perlu diberi penilaian secara kritikal menerusi pandangan Islam. Menurut Prof al-Attas, sains pada hakikatnya adalah salah satu bentuk ta’wil terhadap materi-materi alam tabi’i. Apabila materi-materi ini dipandang oleh sains sentiasa mengalami proses perubahan, maka para ahli sains menganggap bahawa perubahan itu adalah segala-galanya. Mereka tidak setakat mengatakan bahawa hakikat alam ini adalah perubahan,bahkan mendakwa bahawa hakikat kewujudan itu sendiri adalah perubahan. Dalam pandangan hidup Islam, hakikat kewujudan itu adalah perubahan dan sekaligus ketetapan, bukan dalam arti perubahan yang berterusan . Di sinilah peranan metafizik Islam menentang falsafah Barat yang menafsirkan sains dengan tafsiran secularism yang membuang makna-makna ruhani dari alam tabi’i ini.


Apabila secularism sebagai program falsafah telah menjadi penafsir kepada fakta alam tabi’I, maka sains tidak boleh dikatakan lagi sebagai pihak tidak berpihak. Kini sains moden berpihak kepada secularism dan tidak berpihak kepada agama yang benar . Sains moden bukan sahaja telah menceraikan diri dari agama, bahkan telah dijadikan alat untuk menentang agama. Orang-orang yang masih berpegang dengan ajaran agama dan sekaligus menjadi ahli sains menghadapi dilemma. Di Barat orang-orang ini terperangkap dengan falsafah dualism. Dua aliran falsafah ini, secularism dan dualism ,sentiasa menghantui sains moden. Ianya bukan sahaja dialami oleh Barat, bahkan telah menyerap ke dalam pemikiran golongan terpelajar umat islam. Ketika inilah golongan ini perlu kembali meneliti warisan intelektual Islam silam, terutamanya mengenai metafizik Islam untuk menyelaraskan kembali sains dan agama yang telah bercerai. Oleh itu bab yang membincangkan tentang Islam dan falsafah sains dalam buku ini sangat berguna untuk ditelaah oleh para intelektual muslim supaya mereka tidak terjebak ke dalam faham melampau scientism, ataupun fahaman melampau orang-orang kristian di Barat dahulu yang sama sekali menolak sains ataupun dalam keraguan dualism.


Dalam bab yang keempat Prof al-Attas membincangkan The Nature of Man and the Psychology of Human Soul. Perbincangan dalam bab ini didasarkan kepada keterangan –keterangan yang pernah diberikan oleh para ulama dan pemikir Islam seperti Ibn Sina dan Imam al-Ghazali, supaya perbincangan tentang jiwa manusia tidak terkeluar dari landasan tradisi Islam. Istilah-istilah seperti al-Qalb, al-Nafs, al-Ruh dan al-Aql yang dibahas oleh Imam al-Ghazali diungkap kembali di dalam bab ini. Begitu juga konsep jiwa Ibn Sina mengenai alam tumbuhan , haiwan dan manusia dipaparkan kembali.

Konsep dan istilah ilmu jiwa Islam yang selama ini telah ditinggalkan oleh orang Islam sendiri, dibentangkan semula dan disegarkan kembali di tengah-tengah pengaruh ilmu jiwa moden. Pada dasarnya ilmu jiwa moden menafikan dan menolak kewujudan jiwa kerana terpengaruh dengan program falsafah Secularism. Bab ini juga amat penting dalam memahami epistemologi Islam. Kerana menurut Prof al-Attas , ilmu adalah kehadiran makna dalam jiwa dan juga kehadiran jiwa kepada makna. Oleh itu dalam proses penerimaan ilmu, jiwa bukanlah penerimaan pasif, tetapi ianya juga aktif dalam persediaan dan persiapan untuk sampai kepada makna. Inilah kaitan antara jiwa dan ilmu. Bab ini sangat berguna sekali bagi para pemikir muslim agar mereka kembali kepada kerangka tradisi keilmuaan mereka sendiri dalam menafsirkan hakikat jiwa dan juga akal manusia.


Empat bab awal di dalam buku ini mungkin dipersiapkan untuk menyongsong tiga bab berikutnya yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada metafizik Islam. Pembacaan dan kefahaman yang mendalam akan empat bab yang awal ini sangat penting untuk memahami bab-bab seterusnya iaitu , The Intuition of Existence, On Quiddity and Essence, dan The Degrees of Existence. Perbahasan tentang “ wujud” (Existence) yang merupakan fasa perbincangan yang paling tinggi dalam pemikiran manusia yang telah menjadi bahan kajian terperinci para ulama kita dahulu disentuh dengan mendalam oleh Prof al-Attas . Dalam tiga bab yang terakhir ini beliau membicarakan dengan panjang lebar pendirian tiga golongan yang merupakan jurubicara pemikiran Islam tentang falsafah kewujudan iaitu Mutakallimun, Hukama’ dan Ahlu Tasawwuf. Pendirian para ahli tasawwuf yang beliau anggap sebagai Muslim Metaphysicians menurut beliau adalah yang paling tepat dalam mengungkapkan dan memaparkan hakikat kewujudan itu. Semua perbincangan itu tentunya berdasarkan kepada al-Quran, al-Hadith, dan pengalaman ruhani mereka yang dinalar dengan analisis intelektual yang tinggi.
Buku ini diakhiri dengan sebuah epilog setebal sebelas muka surat tentang tafsir dan ta’wil akan makna penciptaan alam semesta dalam enam masa. Dengan merujuk kepada pandangan-pandangan Enam Maratib Kewujudan yang didasari oleh pendapat Ibn Arabi, Prof al-Atta telah berjaya menjelaskan pengertian ayat mutashabihat yang sukar difahami itu.


Sebenarnya kandungan buku ini terlalu padat dan sarat dengan mutu. Oleh itu apa yang dipaparkan dalam tulisan ini hanyalah secebis dari isi yang sangat berharga ini. Penulis merasa terlalu kerdil untuk mewakili apa yang dimaksudkan oleh pengarang karya agung ini. Biarlah para pembaca sendiri yang merasai dan menikmati kedalaman dan keindahan ungkapan-ungkapan tanpa perantara. Biarlah para pembaca sendiri yang merasai kekuatan hujah-hujah yang diutarakan untuk meluruskan pemikiran-pemikiran yang bengkok pada hari ini. Selain kandungannya yang bernilai di mata hati. Zahir buku ini pun menarik pandangan mata kasar. Sampul tebal berwarna hijau muda yang disadur dengan tulisan emas, melambangkan keserasian jilid dan isi. Buku ini didedikasikan kepada ISTAC, sebuah bibit yang diberi baja dengan doa dan diserahkan kepada Tuhan , diharapkan nantinya institusi ini akan menjadi pohon yang rendang, akarnya tertanam menghujam di bumi dan dahannya menjulang tinggi ke angkasa.

Islam dan Sekularisme





Islam dan Sekularisme, karya Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, karena seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat IslÉm sedunia. Malah, bagian lampiran yang meringkaskan tahap-tahap dan daya usaha pengislaman Alam Melayu mempunyai kaidah pengkajian dan penilikan yang dapat digunakan untuk memahami hakikat yang sama di daerah-daerah lain. Ciri-ciri yang terdapat pada karya ini secara langsung dapat difahami golongan IslÉm berpendidikan di seluruh dunia.

(Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud)


p/s:Buku ini diterbitkan di Bandung oleh PIMPIN, insyaAllah minggu depan sudah boleh dibeli. Buku ini akan dilancarkan/diluncurkan di Bandung dan Jakarta akhir bulan in.
Teman-teman di malaysia boleh mendapatkan karya terjemahan islam and secularism boleh berhubung terus kepada Dr Khalif Muammar.

Islam & Secularism: A Reading and Discussion Course




A discussion on the book widely regarded as one of the great books in the Muslim world by one of the most creative and original Muslim thinker in the contemporary Muslim world. The author deals with fundamental problems faced by contemporary Muslims and provides real solutions.

The discussion will elucidate many key terms and concepts in each chapter of the book beginning with al-Atttas’s analysis of ‘The Contemporary Western Christian Background’ (Chapter I), followed by his analysis of the concepts of ‘secular’, ‘secularization’, and ‘secularism’ (Chapter II), the portentous set of ideas that have changed the world. Chapter IV of the book entitled ‘Islam:

The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality’ is where he analyses the meaning of Islam as derived from selected verses of the Quran. He contends that the contemporary Muslim ‘dilemma’ can be alleviated with his proposal for “dewesternization of knowledge” or, the “islamization of contemporary knowledge”, an original concept conceived and elucidated by him but has since been adulterated as ‘Islamization of Knowledge’.

An appendix entitled, ‘On Islamization: The Case of the Malay-Indonesian Archipelago’ brings the book to a close. This book has been translated into most of the major languages of the Muslim world, such as Turkish, Arabic, Urdu, Indonesian, Bosnian, and Persian, the main ideas of which were originally contained in his Malay book Risalah untuk Kaum Muslimin.

...............................................................................

1) The discussion will be held on weekly basis, on every Friday night, 8-11pm.

Date/day :
11hb Jun 2010 / Friday
Time :
8.00 pm - 10.30 pm
Venue:
Shafi'e Conference Room, IRKH Building, IIUM, Gombak


2) This event is organized by Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) and Curiosity Institute (CI).


3) The speaker is Assoc. Prof. Dr Muhammad Zainiy Uthman. He completed his Ph.D under the supervision of Prof. Syed Muhammad Naquib al–Attas in 1997 and worked at ISTAC from 1991 – 2002.





ASSOC. PROF. DR. MUHAMAD ZAINI OTHMAN
Academic Qualifications:




● B.A - Physics-Astronomy, University of Wisconsin-Madison (1986)
● M.A - Islamic Thought, University of Chicago (1990)
● Ph. D - Islamic Thought, ISTAC (1997)



Areas of Specialization & Interest:

● Tasawwuf, Philosophy and Theology
● Malay manuscripts and Rare Books.
● Special high level academic library curator

Prolegomena To The Metaphysics Of Islam An Exposition Of The Fundamental Elements Of The Worldview Of Islam





This is very important book. No book of its kind, inprofundity as well as magnitude of scope and comprehensive grasp of modern intellectual challenges facing the contemporary Muslim World, has ever appeared in our century. The book deals with the fundamental question of the nature of "Worldview" according to the perspective of islam-a question that has never really been raised in our time. The book defines that the nature of the worldview of islam is not merely the mind's view of the physical world and of man's historical, social,political and cultural involvement in it,as has been misunderstood in the minds of secular, contemporary Muslim scholars generally, and particularly those preoccupied in the social and political sciences.

The fundamental elements of the worldview of islam, together with the key terms and concepts that they unfold, are elaborated in detail in this book. These have a profound bearing upon the Muslim's ideas about "change","development" and "progress".

" Festschrift "

Alhamdulillah, saya baru selesai mengakhiri peperiksaan akhir dan menamatkan pengajian di Darul Quran Jakim selama 3 tahun. Bermula kosong sehingga apa yang di isi saat ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih khas kepada semua guru-guru, Ahli Usrah, abang-abang dan sahabat sepanjang tempoh saya di bumi tarbiah ini. Bermula dengan membaca buku MAZA YA'NI dan DPF yang pertama menjejak kaki di bumi Huffaz sebagai Manhaj Haraki Muslim sehingga hari ini kepada festschrift sehingga bilangannya menyukarkan saya untuk membawa balik buku-buku ini kerumah. Buku Muqqadimah ini rasanya ingin membuka rasmi di Jordan jika saya dapat belajar disana.Insya'allah doakan =)




p/s;Video Pelancaran Buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization Of Islam
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4

Majlis Pelancaran Buku Baru



Majlis Pelancaran Buku

KNOWLEDGE, LANGUAGE, THOUGHT AND THE CIVILIZATION OF ISLAM
ESSAY IN HONOR SYED NAQUIB AL-ATTAS

Penulis dan Editor : Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
Prof Madya Dr. Zainy Uthman

Disempurnakan Oleh : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Dewan Besar, UTM International Campus, Kuala Lumpur

Atur Acara
2.15 petang Ketibaan Tetamu
3.00 petang Kebarangkatan Tiba Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Lagu UTM Keunggulan Terbilang
Bacaan Do'a
Ucapan Alu aluan Oleh YBhg. Prof.Dato' Ir Dr. Zaini Bin Ujang Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Ucapan Pengkaryaan Oleh YBhg Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
Pencaran Buku Disempurnakan Oleh DYTM Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Persembahan Cinderahati
Ucapan Penghargaan Oleh YBhg Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas
Jamuan Ringan
4.30 petang Majlis Bersurai

REHAT MINDA DALAM TERANG



Kali ini saya ingin merehatkan minda saya seketika dengan di lagukan puisi yang baharu saya dapatkan di kedai tradisi ilmu kelmarin.Saya membeli 4buah buku kesemuanya telah saya Berjaya habiskan bacaan ketka saya meminjam.Kali ini ianya rasai lengkap setelah di miliki.Sesiapa yang belum miliki apa tunggu lagi=) jangan di biarkan lumpuh atau di westernisasikan minda kita.



Minda di waktu memerlukan amat kedamaian .melihat bait-bait puitis yang sangat menyakitkan hakikat ummah ketika ini di robohkan. Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan


Anak muda sewajibnya menjadikan buku sebagai teman yang paling rapat dan tempat merehat minda ketika kuat di letihkan.Di saya tinggalkan suatu kedamaian sebuah puisi yang hakikatnya wajib kita fahami setiap bait dan memikirkannya.Sebuah buku DALAM TERANG oleh dr wan daud prakata syed naquib al attas.Sebuah puisi mentafsirkan tuntutan amanah yang di terima insan serta peranan ilmu dan akhlak dalam masyarakat.

Jom bersama saya menghayati GAGASAN AGUNG
oleh
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.

Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.

Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.

Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.

II
Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.

Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung

Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?

Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.


III
Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.

Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.

Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.

Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.


IV
Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.

Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.

Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.

Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.

Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.

Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!

Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.

Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.

Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.

V
Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.

Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang

Sebentar di ISTAC



Saya mengambil kesempatan waktu itu untuk terus bergegas ke ISTAC(international institute of islamic thought and civilization)walaupun terpaksa mengambil risiko tengah sengkek.Inilah kali pertama saya menjejak
kaki di bangunan yang menyimpan seribu rahsia khazanah ilmu.Semestinya saya teruja dan terpukau seni binaan islam di sini.Saya melihat keadaan yang sangat sunyi di kawasan istac dan terus naik ke tingkat dua berjumpa dengan staf istac.Terima kasih pada Puan salmah dan yang lain melayan saya dengan baik walaupun banyak prosedur saya langgar minta maaf=)



Saya membeli 3 buah buku sebagai langkah permulaan.Buku karya syad naquib al attas"risalah kaum muslimin","makna kebahagiaan dan pengalamanya dalam islam" dan prof dr wan "pembangunan di malaysia ke arah satu kefahaman baru yang lebih sempurna.Terakhir saya membeli jurnal ISTAC "al hikmah" sebagai memudahkan lagi saya fahami.Rata-rata penulis jurnal ini terdiri para ilmuwan islam yang masih lagi berkhidmat di ipt tempatan.

Habis puas membelek, saya di bawa oleh puan salmah untuk menikmati pemandangan ISTAC yang baru ini hasil daripada kretiviti Prof Naquib Al Attas.Saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar di sini mengunakan telefon bimbit.

Selepas sebentar yang meninggalkan banyak persoalan dan roh di istac saya terus bergegas ke kl sentral untuk bergerak ke seremban bertemu pejuang islam di sana.Walaupun letih yang sangat,saya dapat merasakan suatu kenikmatan.

BERMUKIM DI TAMAN ADABI

saya bertanya pada diri dan merenung di sekitar kegemokkan kapatalisme,yang tidak pernah puas merogol dunia di samping golongan bodoh sombong semakin bising di luar sana mempertikaikan segala hukum tuhan sambil sementara menunggu untuk keluar dewan peperiksaan yang membosankan pagi tadi.saya bertanya lagi di samping hegemoni peradaban barat yang sangat kuat ,tradisi keilmuan di kalangan kaum muslimin juga tidak berkembang dengan baik.Begitu bercambah pemikiran jalan pintas di benak kaum kuslimin bahawa keagungan ketamadunan islam akan di capai jika kekuasaan politik mereka pegang.Politik ,ekonomi mahupun teknologi kaum muslimin semestinya berasaskan pada keilmuan yang tinggi.Tradisi ilmu mampu membangkitkan suatu peradaban.ContOH,saya melihat mongol bisa mengalahkan islam di bangdad tetapi tidak dapat bertahan dengan lamanya gara-gara peradaban yanglemah berpunca tidak di beri perhatian akan ILMU.

Adakah masalah ini kurang di ambil perhatian kalangan kita?

saya tinggalkan persoalan ini dengan sebuah renungan yang saya petik dari buku Prof Dr Wan(taman adabi).JOM BERSAMA SAYA BERMUKIM DI TAMAN ADABI!


Risalah untuk Aktivis Umat
Runtuhan bangunan dan kota bedilan meriam,
Tangisan bayi dan laungan insane kelaparan,
Derita di wajah Hawa dinoda tentera,
Tengorak bersepahan di padang luka:
Mudah menganut simpati umat ku
Para aktivis segera ke hilir ke hulu.

Dari kampus ke hujung desa dan pinggir kota
Kering tekak menyebar cerita: umat derita!
Dan putaran sengsara umat tiada putusnya,
Dari helah kejam Yahudi ke angkara Serbia,
Para aktivis tiada gentar bersuara lantang,
“Ayuh! Kita tentang segala petualang!”

Tapi runtuhan tiang-tiang mahligai ilmu dan iman,
Tiada terkesan pada badan dan bangunan,
Hanya terpapar pada budi dan bahasa,
Jelas terang pada hati nan tiada buta.

Dan keluhan ilmuan dalam pendakian
Mencari makna dua kehidupan
Memerah akal menggilap pekerti
Menimba hikmat Ali dan Ghazzali
Membangun lembaga pengajian tinggi
Menghimpun alim mutaalllim sejati;
Dan bila pewaris Nabi mengedar piala
Minuman budi dan akal perkasa
Ingin membina bangsa semesta
Mengangkat amanat junjungan Mustafa.

Para aktivis menggeleng kepala…
Perjuangan apa sebegini rupa?
Tiada darah tumpah tiada rumah musnah?
Tiada Hawa diratah tiada bayi dimamah?
Hanya dakwat terhimpun di muka surat
Hanya kata-kata yang mudah dibuat!

Kehancuran khazanah ilmiah pada mereka,
Akibat kedegilan ilmuan terlalu leka,
Dengan kertas-kertas lama dan kata-kata,
Dengan ide-ide yang tak dapat diniaga,
Pemahaman tentang Tuhan dan segala sifat,
Pemurnian jiwa dari khilaf dan khurafar,
Bukan berupaya mengisi perut lapar,
Bukan mampu menangkis peluru liar!

Aktivis mencari kuasa membina bangsa
Kuasa sebenar dalam dada tiada nyata

Bila kuasa tergenggam sedikit
Namun harta berganda berbukit
Jiwa hampa menjelma belangnya
Dianggap musuh segala hukama!
Nilai akhlak terpaku di libas zahir
Wibawa agama dirujuk ke pena Kafir!

Kata-kata di muka kertas beratnya hakiki
Tersimpan khazanah Ilahi dan mutiara insani
Jika digali-gilap disimpul makna dalam dada
Jika diserap pada ribuan jiwa remaja dan dewasa
Jika dipimpin helang ilmi menerbang di langit luas
Mengawal padang dari belalang dan haiwan buas

Para aktivis: bermukimlah di taman adabi
Sungguhnya kekuatan kita bermula disini,
Membangun bangsa berjiwa singa berhati mulia
Kita mampu bangkit semula, percayalah hamba!

Oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud
Dipetik dari Mutiara Taman Adabi.

Melihat Barat

Saya sempat singgah sebentar di pustaka petang tadi untuk melepaskan kerinduan dengan buku-buku yang bakal menjadi mangsa untuk saya beli.Seperti biasa duit elaun mesti akan habis di gunakan untuk membeli buku-buku ini setiap hujung bulan.Tadi saya sempat membeli buku berkaitan falsafah pendidikan islam konsep asli islamisasi karya Syed Naquib Al-Attas yang sebelum ini saya hanya mampu meminjam di pepustakaan Darul Quran sahaja.Kitab Ihya Ulumuddin juga menarik saya untuk belaja menyelami lagi dunia sufi di samping buku ringkas kehidupan sufistik versi Al Ghazali.maka seperti biasalah disipin jadual mesti di ketatkan penyusunan pembacaan walaupun terpaksamenjadi hamba sistem pendidikan ciptaan kapatalisme!

saya teringat janji saya untuk menghuraikan secara ringkas berkaitan cara pandang muslim terhadap barat berdasarkan pembacaan saya di makalah pada majalah islamia baru-baru lepas.Sebelum itu saya bertanya kenapa kita perlu cenderung berkaitan oksidentalisme?Bagi saya antara oksidentalis yang hebat dalam renungan ilmiah adalah Syed Naquib Al-Attas tidak kurang adiknya Syed Hussein Al Attas yang lebih cenderung kepada sosiologi dan politik.

TEGURAN HUFFAZ WATAK TERTAWAN

Pandangan saya mengatakan apabila budaya ilmu telah di terbalikkan menghasilkan "captive mind" di kalangan pelajar mahasiswa sendiri bahkan telah membuka lagi pintu kehalusan sekularisme mahupun neo kolonialisasi.Punca kerana gagal memahami akar permasalahan ini.Teguran saya kepada golongan kakak tua dan golongan berasa begitu smart bersama ahlinya yang hanya mahir menguasai segala buku DPF perlu mengubah cara berfikir.

Takkan sampai tahun akhir kita berada di kampus hanya menjadi hamba kepada dasar kapatalis ataupun "robot statik " yang malas untuk berbincang isu-isu sentral ataupun mahu membaca buku-buku keluaran DPF semata-mata?.Ingat nak memimpin kena lebih pada semua itu.Malah tidak mustahil ramai mahasiswa islam yang bertaburan hari ini sebenarnya menjadi mangsa sembelih barat!.Antara puncanya gagal memahami islamisasi pendidikan sebenarnya.
Ya,barat hanya mampu senyum melihat islam bertelagah!
Ya barat senyum tengok huffaz mengaji dari pagi sampai malam!
Hasilnya segala hegemoni berbentuk politik,pendidikan,ekonomi menjadi ancaman terhadap dunia islam ketika ini.Maka merealisasikan segala teori GRAMSCI!

Saya berbalik kepada huraian ringkas saya berkaitan empat cara pandangan muslim terhadap barat yang di sampaikan oleh HAMID FAHMY ZARKASYI di makalah islamia:
GOLONGAN PERTAMA-golongan awam muslim yang memiliki persepsi dominan bahawa barat adalah simbol kemajuan segala sudut dan memnganggap barat penentu kemajuan

GOLONGAN KEDUA-golongan muslim terpelajar mengganggap barat simbolkecanggihan metodologi penelitian dan pengkajian.Kajian filsafat dan ilmu-ilmu humaniora laina di ambil model bagi semua ilmu termasuk ilmu keaagamaan islam.Kolompok yang mengaggap neutral sesuatu ilmu tidak kisah mengambil dari barat asal membawa keemajuaan(muslim modernis dan sekular) di anggap golongan membantu barat

GOLONGAN KETIGA
-golongan yang melihat barat sebagai bangsa yang harus di tentang.Semua dari barat perlu di tolak.Kelompok ini tidak membantu barat

GOLONGAN KEEMPAT
-golongan yang melihat barat secara kritis dan objektif iaitu barat adalah peradaban asing yang berbeza dengan islam dalam banyak hal.Tidak semua dari barat baik tidak pun dari barat semua buruk.Barat perlu di lihat secara cermat berdasarkan epistemologi dari akarnya.

p/s: tengah dalam wat pengkajiaan tesis berkaitan oksidentalisme.Moga tajuk di terima ustazah Zamzarina =)

Kenalan Buku


Sudah lama saya tidak mendapatkan majalah islamia(jurnal pemikiran dan peradaban islam) ketika suatu masa dahulu menjadi pelanggan tetap tetapi semuanya saya sudah tidak pasti di mana majalah itu yang lama-lama.Hari ini saya tidak jadi untuk ke ISTAC gara-gara sebab tertentu dan saya teruskan ke tempat biasa saya di fajar ilmu wisma yakin untuk dapati majalah islamia ini.Saya sempat membeli sebuah buku yang saya rasa cukup menarik untuk di kenalkan dan sempat berbincang kaitan buku ini dengan abg faisyal di tengah-tengah jalan hehe.Buku ini menarik perhatian saya kebetulan sekarang saya sedang membaca beberapa buku PROF DR WAN MOHD WAN DAUD sememangnya berkaitan kata-kata syed naquib al attas.Buku ini di tulis oleh ADIAN HUSAINI(Anak didik al attas) dan penghantar oleh DR WAN MOHD WAN DAUD .

Buku yang padat dengan sumber dan maklumat kebanyakkan di gali dari khazanah perpustakaan istac.Buku yang saya ingin kenalkan adalah sebuah buku bertajuk "WAJAH PERADABAN BARAT DARI HEGEMONI KRISTEN KE DOMINASI SEKULAR DAN LIBERAL"
Perbincangan tentang barat dalam buku ini cukup lengkap dan kajian yang bagus mengenai wajah sebenar peradaban barat dan pengkajian oksidentalisme.

Maemahami barat adalah sebenar dapat memahami permasalahan pemikiran yang di belenggu masyarakat tidak kurang kepada intelektual muslim yang memahami barat sebagai simbol kemajuan dan kecanggihan metodologi penelitian yang di sebut oleh CHERLY BERNARD iaitu muslim "MODERNIS dan SEKULAR"

Pandangan sebenar terhadap barat melihat secara kritis dan objektif iaitu melihat pada perbezaan asing daripada peradaban islam.Tidak semua dari barat buruk dan tidak semua dari barat baik.Barat perlu di lihat secara cermat melalui pengkajian dari akar umbi.Insyaallah saya akan ulaskan lebih lanjut pandangan muslim terhadap barat ada 4 peringkat mengikut pandangan HAMID FAHMI ZARKASYI.

kembali kepada buku peradaban barat mungkin mengambil masa saya untuk di bedah sebaik-baiknya walaupun terpaksa membaca berulang kali pasti memerlukan perbincangan. berkaitan "POSMORDENISME" nanti saya kongsikan masih dalam mengkaji.Yang pasti tumpuan mungkin saya alihkan sementara pada exam tidak lama lagi.=)

Eksplorasi mencari dunia terang

Tenggelam dalam dunia pembacaan mungkin faktor menjadikan saya dah lama tidak menulis ataupun kekangan yang pasti tidak dapat di elakkan ketika ini.Tetapi keasyikan meneroka dan menghayati sejarah sememangnya banyak mengubah bentuk pemikiran dan cara berfikir dengan lebih luas lagi.Begitu hebat sejarah malah rugi jika tidak di ambil ibrah setiap peristiwa itu.Sejarah banyak membantu saya mengenal atau mengerti wajah dunia islam saat kegemilangan hingga saat kegelapan yang amat mengerikan mahupun kebangkitan itu tercetus.Sekali lagi saya terus bersengkang mata menatap bentuk ataupun pola pemikiran sarjana islam seperti FAZLUR RAHMAN,ABUL HASSAN ALI AN NADWI,MUHAMMAD SAYYID AL-WAKIL.Usaha intelektual tokoh ini dalam mengkaji isu realiti kehidupan seperti kebajikan politik dan ekonomi dalam masyarakat islam yang baru sahaja merdeka amat sekali perlu di rasai dalam membawa semula kebangkitan pembaharuan meskipun mendapat penentangan yang merugikan yang boleh berakhir dengan ketinggalannya islam dari setiap sudut.

Saya mengakui memang susah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari serta begitu susah sekali melukis wajah dunia tanpa pengorbanan dan keberanian jika tidak di terjemahkan oleh RABI' IBNU AMIR.
Tidak juga menjadi jika kesanggupan kesyahidan tidak seperti AMRU IBNUL JAMIL dan tidak juga tanpa kerelaan ABU DUJANAH yang melindungi Rasulullah daripada serangan panah yang bertubi-tubi dengan ketabahan MALIK AL KHUDRI yang menyedut darah Rasulullah yang mengalir kencang.Tidak juga islam itu begitu laju kehadapan tanpa perselisihan pandangan untuk kebaikan islam itu sendiri.Contohilah IBNU ABBAS dan IBNU UMAR,SYAFIE dan MALIKI.

Bagaimana kegelapan tamadun itu amat merugikan umat islam yang menjadi punca sebenar kemunduran islam hari ini berpunca daripada pemimpin dan keghairahan material dan sikap rakyat yang patuh dengan kemungkaran penerobosan etika yang melampau pemimpin sebuah negara itu.Sejarah mengambarkan bagaimana KAISAR BAHRAM dalam pemerintahan parsi yang menggunakan sistem nafsu dujana dan penindasan menjadi punca kejatuhan kerajaan romawi timur dalam abad ke-6

Berbekalkan keimanan yang luas serta berkat ajaran al-quran yang penuh keajaiban,Rasulullah berjaya menciptakan suatu kehidupan baru yang penuh harmoni.Fokus pemerhatian rasulullah ketika itu adalah mengembalikan tabiaat manusia yang dalam kejahilan kepada kepada iman dan akidah yang mendalam

Buktinya kita melihat UMAR ALKHATAB menjadi kekuatan kepada islam yang asalnya begitu bengis dan kasar amalan jahiliyyahnya.KHALID AL WALID yang terkenal sebagai panglima kaum quraisy telah berubah menjadi pedang ALLAH yang berjaya menumpaskan kerajaan Romawi suatu ketika.SAAD IBNU WAQAS yang dulunya tidak di kenal namannya akhirnya islam membawa nama ini di pelosok dunia.Begitu juga SALMAN ALFARISI yang dulunya hanya sebagai budak yang lepas dari satu majikan kepada majikan akhirnya menjadi hakim di wilayah persia untuk mencurah bakti kepada islam.Begitu ramai sekali jika di katakan.Itulah bukti kejayaan nabi dalam mengubah pemimpin jahiliyya menjadi manusia teladan.

Perjalanan ini di teruskan oleh IMADUDDIN ZANKI dan diserahkan kepada NURUDDIN ZANKI sehingga akhirnya kepada SALEHUDDIN di saat kritis umat islam sehingga salehuddin berjaya menakluki dan mengusir tentera salib.KEGEMILANGAN ISLAM di gelapkan oleh bangsa tartar sehingga AL FATEH berjaya menakluki kostantine dengan kegemilangan usmaniyah saat itu..

Persoalan ketika islam sudah berjaya ketika itu akhirnya jatuh dek kerana kelalaian umat islam itu sendiri.mungkin perkongsian ini membuka minda kita untuk berfikir untuk mencari cahaya-cahaya yang hampir padam saat ini.Secara peribadinya saya banyak mengetahui daripada ABUL HASSAN ALI NADWI dalam bukunya KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM.InsyaALLAH saya dalam mengkaji satu kajian tentang fundamentalisme islam.Moga ALLAH memberi kekuatan segala pengkajian ini dapat lagi merapatkan hubungan denganNYA.

MEMPERBANYAKKAN BACAAN


Buku ini mesti di paksa untuk di hadam sebaiknya.Aku mesti gagahkan diri untuk membeli dan memahami setiap buku yang di telaah.Itulah yang selalu bermain di minda ini setiap kali untuk membeli sesuatu buku.Sesungguhnya pembacaan yang di selarikan kefahaman sememangnya membuka skop minda penulis daripada kesempitan.

Pastinya sudah menyanjadi suatu kewajipan kepada umat islam untuk menceduk semula ilmu khazanah islam yang telah di rampas barat suatu ketika dahulu bukannya menyalahkan barat sebulatnya tanpa berusaha merampasnya balik.Itulah kesilapan umat islam saat ini.Di sini penulis berasa tanggungjawab untuk memperkenalkan suatu buku yang wajib untuk setiap jemaah kampus khususnya berkaitan dalam menyusun strategi pergerakkan dan perjuangan politik dalam sirah nabi saw.

Ketika banyak pergerakan islam kontemporer layu sebelum berkembang,buku ini insya'allah dapat memberikan suntikan energi yang dahsyat sekali sehingga menjadi referensi WAJIB bagi para aktivis dakwah dan harakah islam.Lebih dari itu publikasi karyanya bukan hanya keasyikkan intelektual penulisnya tapi lahir dari pengalaman MUHAMMAD AL-GHADBAN sehingakan menjadikan roh kepada kesegaran buku ini.

Buku yang di maksudkan penulis yang memaksa diri ini menghabiskan sepantas pemahanaman sebanyak 700 halaman setiap satu jilid adalah MANHAJ HARAKI karya syeikh Munir Al-Ghadban dan buku sirah nabawiyyah MUBARAKFURI yang cukup-cukup menghidupkan sirah yang terperinci mengikut edaran zaman semasa.

Penulis mengajak kepada semua untuk bersama-sama untuk memperbanyakkan lagi bahan bacaan semasa bukannya terikat semata-mata kitab haraki sahaja yang biasanya boleh menyempitkan pemikiran segar para aktivis khusunya tanpa kita menguasai segala bentuk kajian yang lain contohnya teknologi,ekonomi,psiokologi,tadbir,sains,dan banyak lagi yang memerlukan analisa yang tajam serta daya kritis yang tinggi.

TRANSFORMASI


Nilai masa begitu penting dan begitu terhad sekali bila memandang keaadan kelling untuk memaksa nilai masa itu menjadi begitu makna tidak ternilai dan begitu makna sekali . Bila di ungkapkan betapa pentingnya nilai masa ini.
Penulis teringat kisah nilai masa yang telah di pamerkan oleh tokoh dan ulama islam dalam mengisi masanya untuk islam .Teringat akan kisah Badiuzzaman said nursi masih sempat menulis ketika sedang menunggang kuda dan kehebatan seorang ulama yang menulis untuk dakwah islam hatta tidak sempat untuk makan sehingga tidak perasan dirinya telah di suap makanan ketika itu di mulutnya.Ini semuanya di sebabkan oleh nilai sesaat masa begitu berharga dan bernilai sekali di isikan untuk islam

Mukaddimah nilai masa begitu sebenarnya memotivasikan penulis bahawa begitu penting dan berharga setiap saat di gunakan atau di beri untuk membawa kebenaran islam itu segala-galanya dalam merentasi globalisasi di ambang arus serangan pemikiran yang cukup dahsyat sekali di zaman ini.
Alasan “ aku tidak cukup masa lah nak menulis dan memberi untuk islam ni” adalah penipu sekali jika kita melihat kepentingan ruang masa yang di kurniakan itu.

Ketika kesunyian dan hanya bertemankan alunan merdu huffaz di sekeliling sebenarnya memberi ilham dalam usaha terus memberi di samping sentiasa terbuka untuk menerima.Di waktu ini penulis sedang menghayati atau lebih untuk memahami serta menyingkap sebuah pemikiran seorang tokoh reformis sehingga membawa kepada buaian lenaan tidur.
Reformis yang di maksudkan adalah MUHAMMAD ABDUH iaitu seorang tokoh reformis mujaddid dan pemikir yang sistematik.

Pemikiran beliau amat mempengaruhi pemikiran dalam agama dan politik umat islam bukan sahaja di mesir malah di seluruh dunia .Peribadinya menghimpunkan watak yang pelbagai daripada seorang pemimpin organisasi sulit membawa kepada watak seorang mufti besar dan berubah kepada seorang guru kepada sasterawan akhirnya watak sufinya kepada seorang nasionalis.

Tokoh ini membawa obor kebebasan dan pencerahan di dalam sejarah dunia moden islam .Setelah beliau di jemput oleh Jamaluddin Al Afghani ke paris dan telah menerbitkan sebuah majalah yang bernama “al urwah” yang membawa kepada kesatuan islam dan menerbitkan sebuah jurnah yang menyeru umat ini bersatu untuk memikirkan masalah menimpa mereka.Dalam keaadan politik Negara islam yang semakin mundur memberi peluang penjajahan kepada Britain ketika itu.
Muhammad Abduh menyarankan idea-idea PAN ISLAMISME yang di cetuskan oleh Al Aghani untuk melawan tindakan penaklukan eropah dengan cara menghimpunkan kekuatan di setiap Negara islam.
Penulisan Abduh dalam urwah berjaya membangkitkan 2 sentimen yang pertamanya nasionalisme dan agama
Di mana ketika itu muslim khususnya berada dalam kehancuran yang cukup berbeza di eropah ketika itu.Berpunca kerana dalaman dan luaran yang mesti di tangani .Lewat dalam upaya berfikir yang bersungguh-sungguh akhirnya menemui cara penyelesaian masalah untuk perubahan.Cara di cetuskan Abduh ketika itu antaranya dengan mereformasikan pengetahuan dalam mencapai pembaharuan atau reformasi pengetahuan

Penulis meletakkan perubahan pada gerakkan mahasiswa ketika ini untuk mencapai “TRANSFORMASI” khusus dalam pemikiran setiap mahasiswa lebih lagi penggerak mahasiswa islam.Transformasi ketika in perlu di bina bagi mencapai kekuatan dan mengembalikan kembali taring yang sudah semakin tumpul untuk di tajamkan pada masa kini sehingga mampu mencengkam mana-mana pihak yang berani muncul dalam setiap genap penjuru.
Mahasiswa perlu untuk berubah dari segi paradigma yang jelas dan matlamat dalam prjuangan serta memahami perinsip perjuangan tanpa mengikut secara melulu pendekatan terdahulu .Mereka perlu menyusun perkara yang utama tanpa mendahului perkara furuk daripada perkara perinsip.

Idealisme yang di bawa mestilah bebas daripada di belenggu dari anasir luar .Konsep “ADABUL IKHTILAF” perlu di uarkan oleh gerakkan supaya mereka dapat duduk semeja bersatu menegakkan keadilan dan kebebasan di samping menentang kezaliman dalam masyarakat.
Perbezaan pemikiran dan pendapat ini sebagai rahmat untuk menyatukan hati-hati mereka dalam melaksanakan agenda bertindak seperti yang di gariskan oleh islam.Sebagai orang yang berfikir marilah bersama untuk berfikir perkara ini.

IQRA'


"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya"-Hamka-

Penulis tertarik dengan kenyataan yang di keluarkan oleh perdana menteri kita yang ke-6 yang menyarankan dan berhasrat untuk menjadikan malaysia sebuah negara membaca.Kenyataan ini sememangnya begitu menggembirakan penulis dan tahniah kepada Dato Seri Najib yang begitu tnggi harapan di letakkan kepada rakyat malaysia agar menjadi negara yang di pelopori oleh golongan yang membaca dan berpengetahuan luas dalam semua sudut ilmu.
Bagi seseorang yang memerhati dari setiap sudut keluasan pastinya mengatakan bahawa membaca adalah suatu kunci yang dapat mengorek segalanya.

Read, you will conquer the world adalah kata-kata Napolean Bonaparte, penakluk dunia yang telah pun mementingkan aspek pembacaan dikala zaman penjajahan dulu lagi.Ini pasti telah terbukti yang di serlahkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan pada masa kini dan dahulu yang telah mencorak dunia ini adalah dengan membaca.

seterusnya jika di tanya kepada kalangan anak muda sekiranya mereka mempunyai wang apa yang ingin di beli?telefon bimbit atau kamera video yang begitu canggih tidak pernah puas?jarang sekali ataupun sukar sekali untuk mendengar mereka memilih untuk membeli buku apatah lagi di habiskan beratus-ratus untuk buku?
Budaya iqra sewajibnya mesti menjadi budaya kepada semua pelapis lebih-lebih lagi golongan muda atau lebih sekali mereka yang bergelar mahasiswa.Tetapi sayangnya rata-rata mahasiswa hari ini khususnya mereka yang begitu aktif dalam gerakan begitu malas untuk membaca dan berusaha mengkhatamkan.Setengah mereka begitu cetek dan lembab.Penguasaan pembacaan mestilah di perluaskan untuk menghasilkan view yang luas. Sikap dan budaya membaca begini sentias di amalkan, sudah tentu kita akan menjadi golongan mahasiswa yang lebih terkehadapan,yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu fundamental dan kontemporari yang menjadi tuntutan dulu dan masakini sehingga dapat melahirkan generasi ulul albab dengan di selitkan semangat dan kekuatan generasi salehuddin.

Ibu tiri kepada ABRAHAM LINCOLN memaksa beliau untuk membaca dan suka kepada ilmu pengetahuan sewaktu beliau masih kecil sehigga mampu menjadi PRESIDEN yang termasyur di amerika.Sekali lagi penuls mengajukan persoalan kepada diri dan sahabat untuk bermula daripada sekarang kita mengajak kepada semua untuk membeli buku,suka kepada buku dan rajin membaca buku.BOLEHKAH KITA?

Islam amat menggalakkan umatnya membaca,sebab itu ayat al quran pertama yang di wahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad saw iaitu IQRA'. Menyuruh manusia tekun dan mengamalkan budaya membaca.

Penulis teringat satu nama tokoh besar iaitu AL-JAHIZ seorang ilmuwan dan ulama besar yang gigih bergelumang dengan dunia buku.Bliau di katakan mati akibat tertimpa lambakan bukunya sendiri di perpustakaan peribadinya di Basra.Kemiskinan tidak menghalang beliau menjadi penulis agung islam.Beliau telah menghasilkan 200 buku meliputi pelbagai bidang ilmu.
Kadang-kadang kita terfikir keadaan bangsa jepun,eropah lebih memahami dan menghayati konsep budaya iqra hinggakan mereka menjadi begitu maju.Kalau begitu mengapa kita masih leka dan malass untuk menbaca?

Untuk akhirnya berbaki dalam sehari sebelum pesta buku antarabangsa berakhir,penulis mengajak untuk bersama kita ke pwtc dalam menjadikan budaya membaca di terapkan pada setiap diri.Dan cuba dapatkan buku-buku terbaru di terjemah di sana.