Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

REHAT MINDA DALAM TERANG



Kali ini saya ingin merehatkan minda saya seketika dengan di lagukan puisi yang baharu saya dapatkan di kedai tradisi ilmu kelmarin.Saya membeli 4buah buku kesemuanya telah saya Berjaya habiskan bacaan ketka saya meminjam.Kali ini ianya rasai lengkap setelah di miliki.Sesiapa yang belum miliki apa tunggu lagi=) jangan di biarkan lumpuh atau di westernisasikan minda kita.



Minda di waktu memerlukan amat kedamaian .melihat bait-bait puitis yang sangat menyakitkan hakikat ummah ketika ini di robohkan. Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan


Anak muda sewajibnya menjadikan buku sebagai teman yang paling rapat dan tempat merehat minda ketika kuat di letihkan.Di saya tinggalkan suatu kedamaian sebuah puisi yang hakikatnya wajib kita fahami setiap bait dan memikirkannya.Sebuah buku DALAM TERANG oleh dr wan daud prakata syed naquib al attas.Sebuah puisi mentafsirkan tuntutan amanah yang di terima insan serta peranan ilmu dan akhlak dalam masyarakat.

Jom bersama saya menghayati GAGASAN AGUNG
oleh
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.

Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.

Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.

Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.

II
Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.

Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung

Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?

Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.


III
Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.

Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.

Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.

Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.


IV
Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.

Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.

Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.

Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.

Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.

Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!

Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.

Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.

Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.

V
Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.

Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang

BERMUKIM DI TAMAN ADABI

saya bertanya pada diri dan merenung di sekitar kegemokkan kapatalisme,yang tidak pernah puas merogol dunia di samping golongan bodoh sombong semakin bising di luar sana mempertikaikan segala hukum tuhan sambil sementara menunggu untuk keluar dewan peperiksaan yang membosankan pagi tadi.saya bertanya lagi di samping hegemoni peradaban barat yang sangat kuat ,tradisi keilmuan di kalangan kaum muslimin juga tidak berkembang dengan baik.Begitu bercambah pemikiran jalan pintas di benak kaum kuslimin bahawa keagungan ketamadunan islam akan di capai jika kekuasaan politik mereka pegang.Politik ,ekonomi mahupun teknologi kaum muslimin semestinya berasaskan pada keilmuan yang tinggi.Tradisi ilmu mampu membangkitkan suatu peradaban.ContOH,saya melihat mongol bisa mengalahkan islam di bangdad tetapi tidak dapat bertahan dengan lamanya gara-gara peradaban yanglemah berpunca tidak di beri perhatian akan ILMU.

Adakah masalah ini kurang di ambil perhatian kalangan kita?

saya tinggalkan persoalan ini dengan sebuah renungan yang saya petik dari buku Prof Dr Wan(taman adabi).JOM BERSAMA SAYA BERMUKIM DI TAMAN ADABI!


Risalah untuk Aktivis Umat
Runtuhan bangunan dan kota bedilan meriam,
Tangisan bayi dan laungan insane kelaparan,
Derita di wajah Hawa dinoda tentera,
Tengorak bersepahan di padang luka:
Mudah menganut simpati umat ku
Para aktivis segera ke hilir ke hulu.

Dari kampus ke hujung desa dan pinggir kota
Kering tekak menyebar cerita: umat derita!
Dan putaran sengsara umat tiada putusnya,
Dari helah kejam Yahudi ke angkara Serbia,
Para aktivis tiada gentar bersuara lantang,
“Ayuh! Kita tentang segala petualang!”

Tapi runtuhan tiang-tiang mahligai ilmu dan iman,
Tiada terkesan pada badan dan bangunan,
Hanya terpapar pada budi dan bahasa,
Jelas terang pada hati nan tiada buta.

Dan keluhan ilmuan dalam pendakian
Mencari makna dua kehidupan
Memerah akal menggilap pekerti
Menimba hikmat Ali dan Ghazzali
Membangun lembaga pengajian tinggi
Menghimpun alim mutaalllim sejati;
Dan bila pewaris Nabi mengedar piala
Minuman budi dan akal perkasa
Ingin membina bangsa semesta
Mengangkat amanat junjungan Mustafa.

Para aktivis menggeleng kepala…
Perjuangan apa sebegini rupa?
Tiada darah tumpah tiada rumah musnah?
Tiada Hawa diratah tiada bayi dimamah?
Hanya dakwat terhimpun di muka surat
Hanya kata-kata yang mudah dibuat!

Kehancuran khazanah ilmiah pada mereka,
Akibat kedegilan ilmuan terlalu leka,
Dengan kertas-kertas lama dan kata-kata,
Dengan ide-ide yang tak dapat diniaga,
Pemahaman tentang Tuhan dan segala sifat,
Pemurnian jiwa dari khilaf dan khurafar,
Bukan berupaya mengisi perut lapar,
Bukan mampu menangkis peluru liar!

Aktivis mencari kuasa membina bangsa
Kuasa sebenar dalam dada tiada nyata

Bila kuasa tergenggam sedikit
Namun harta berganda berbukit
Jiwa hampa menjelma belangnya
Dianggap musuh segala hukama!
Nilai akhlak terpaku di libas zahir
Wibawa agama dirujuk ke pena Kafir!

Kata-kata di muka kertas beratnya hakiki
Tersimpan khazanah Ilahi dan mutiara insani
Jika digali-gilap disimpul makna dalam dada
Jika diserap pada ribuan jiwa remaja dan dewasa
Jika dipimpin helang ilmi menerbang di langit luas
Mengawal padang dari belalang dan haiwan buas

Para aktivis: bermukimlah di taman adabi
Sungguhnya kekuatan kita bermula disini,
Membangun bangsa berjiwa singa berhati mulia
Kita mampu bangkit semula, percayalah hamba!

Oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud
Dipetik dari Mutiara Taman Adabi.