Hegemoni Barat pada era modern dan postmodern kini jelasnya nampak begitu sulit dibendung kehadirannya. Hampir semua aspek kehidupan tidak mudah melepaskan dari hegemoni Barat. Mulai dari makanan, minuman, pakaian, gaya hidup, tradisi dan pemikiran Barat, semuanya telah menusuk jantung masyarakat dunia. Bagi dunia Islam, yang paling berbahaya adalah hegemoni dalam bidang keagaamaan dan pemikiran
Sepanjang lamanya penindasan barat terhadap umat islam adalah suatu kekacauan dan tentangan yang paling serius pernah berlaku dalam sebuah peradaban sehingga umat islam dihinggap penyakit rendah diri ataupun imferiority complex hasil tercetusnya penjajahan 400 tahun terhadap umat islam gara-gara ketidakseimbangan pertembungan islam dan barat.Inilah suatu tentangan yang paling teruk yang dialami oleh umat islam saat ini.Prof Syed Naquib Al-Attas seorang pemikir yang dikenal cukup baik oleh dunia pemikiran barat mahupun islam memandang masalah ini adalah terbesar terhadap umat islam
Oleh kerana masalah yang dialami umat islam dewasa ini adalah hegemoni dalam bentuk dominasi keilmuan secular barat yang mengarah kearah kehancuran umat manusia.Menurut Al-Attas ,bagi barat,kebenaran fundamental dipandang dari agama sekadar teoritis.Kebenaran absolute dinegasikan dalam nilai-nilai relatif diterima.Bahawa tiada kepastian ataupun kemutlakan diterima.
Kesimpulannya mengarah manusia mengasingkan kehidupan dunia daripada ketuhanan mahupun akhirat dikotomikan dalam kehidupan harian seterunya memberi kuasa kepada manusia mentadbir dengan bebas mengatur dunia.Permasalahan ini begitu besar terjadi kepada umat islam dalam mengatur kehidupan harian.Proses yang mendominasikan agenda kekeliruan pemikiran umat islam saat ini dimulakan dari gagasan bentuk hegemoni yang bermula pada kristian kedominasi bentuk sekular hingga beranakkan kepada liberal.
Faham sekular-liberal ini memiliki framework pemikiran dan konsepsi yang keliru tentang ilmu, manusia, agama, wahyu, Tuhan dan kata kunci lainnya yang mendefinisikan pandangan alam sesuatu peradaban. Kekeliruan dalam epistemologi inilah yang menyebabkan Barat gagal mengenali hakikat sebenarnya akan realitas kehidupan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sepatutnya.
bersambung.....
P/s:sedang dalam proses menyiapkan kertas kerja ilmiah(tesis)bertajuk HEGEMONI BARAT KESANNYA TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM DIMALAYSIA
Showing posts with label Hegemoni. Show all posts

Suatu Penjelasan(3)
Posted In
Al-Attas,
Hegemoni,
Pemikiran,
Suatu Penjelasan
- 8:25 PM - 0
comments
Krisis yang berlaku terhadap umat islam hari ini sama ada dari sudut politik,pendidikan,ekonomi,perundangan mahupun moral adalah bermula dengan krisis pemikiran.Sedia maklum bahawa akidah adalah asas islam dan berperanan meluruskan pemikiran orang islam.Oleh itu perlunya di beri perhatian yang baik punca permasalahan itu.Perlunya proses islamisasi yang melihat banyak bentuk bukan di islamisasi hanya satu sudut sahaja.
Saya melihat al attas Berjaya menterjemahkan gagasan islamisasi dalam bentuk yang cukup konkrit berbeza Konsep Islamisasi yang pernah dibicarakan oleh sarjana-sarjana ulung lain seperti Seyyed Hossein Nasr,dan Fazlur Rahman yang dilakukan bukan berangkat daripada kajian epistemologis
melihat musuh yang utama ketika ini adalah sekularisme suatu pahaman barat yang Berjaya melumpuhkan masyarakat islam dunia hari ini perlu di lakukan suatu proses tindakbalas serangan ini yang telah yang telah di terjemahkan al ttas sebagai tindak balas desekularisasi (menyah-sekularisasikan) tumpuan proses Islamisasi bagi al-Attas adalah individu dan bukannya umat seperti yang ditekankan oleh al-Faruqi dalam konsep Islamisasinya.
Persoalannya kenapa saya begitu beriya-iya dalam mengambil gagasan al attas berbanding figure yang sedia ada saat kini?secara peribadinya saya mendokong banyak idea dan gagasan figure kontemporari cumenya saya melihat lebih konkrit yang ada pada al attas dalam merungkai segala permasalahan di atas.
Dan yang paling kasar kritikan adalah individu yang merpraktikkan adea dan mendokong idenya di anggap teorikal bukan praktikal semata-mata?
Dan secara baiknya saya mengatakan golongan yang mengkritik atas alasan tersebut adalah mereka yang terjerat dikotomis pemikiran asas dualisme sudah di tapak secara kuat pada akalnya menghasilkan sebuah hati akhirnya mencorakkan perlakuannya.Mereka tidak melihat mengubah pemikiran di anggap suatu praktikal kerana itu mereka bersahaja melihat pemikiran umat islam dinyahkan barat ataupun yang telah di ungkai oleh Ali Syariati sebuah masyarakat yang telah derita westrukness dan westoxication”. Akar permasalahan intelektual ummat Islam adalah kekeliruan mereka memahami sejumlah kata kunci seperti pandangan alam, agama, Allah s.w.t., ilmu pengetahuan, pendidikan, kebahagiaan, keadilan, kebijaksanaan, pembangunan .
Oleh kerananya, menurut al attas, perpecahan dapat diselesaikan apabila terdapat kesatuan pemahaman di antara sarjana Muslim tentang idea dan konsep fundamental yang berkaitan dengan agama Islam dan peradaban ummat. Analisis yang dilakukan oleh al-Attas ini memang sangat penting khususnya pada hari ini kita lihat kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami Islam seringkali berpunca daripada perbezaan dalam memahami konsep-konsep penting dalam Islam seperti: ilmu, agama, epistemologi menurut Islam.
Saya tutup penjelasan ringkas ini dengan mencadangkan golongan ini membedah buku islam dan sekilarisme al attas mahupun dr majid irsan kaylani bukunya kebangkitan generasi salahuddin.
P/s: saya akan kongsikan kesenambungan kaitan permasalahan ini dengan ringkasan buku Ali Syariati” IDEOLOGI KAUM INTELEKTUAL SUATU WAWASAN ISLAM “

Suatu Penjelasan- (1)
Posted In
Al-Attas,
Hegemoni,
Pemikiran,
Suatu Penjelasan
- 7:18 AM - 0
comments
Memahami dan melaksanakan islam dengan betul menjadi suatu cabaran yang hebat.Malah begitu sukar ketika di tengah-tengah kecelaruan pemahaman pemikiran mahupun ilmu.Begitu malang ianya di lihat dengan kekeliruan dan penyelewangan di barat mahupun dunia islam itu sendiri.Begitu hebat sandiwara kuasa penjajah memanipulasikan pemikiran moderat yang akhirnya terkubur dirinya hasil salah laku dan kefahamannya.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan bacaan dan pemahaman karya syed naquib al attas(sukar kerana bahasanya dan falsafahnya)dan di iringi karya intelektual muslim karya Ali syariati.
Atas kesedaran pentingnya kekeliruan mengenai islam perlu di hampuskan dan kebenaran mesti di perluaskan maka perlu sesuatu pencerahan gerakan di lakukan masa kini yang mampu membawa kepada renaissans ketiga.Kesegaran ilmu yang berasaskan konsep tauhidik mampu mengubat dasar permasalah yang berlaku kaum muslimin ketika ini.
KEKELIRUAN KAUM MUSLIMIN
Melihat kepincangan kaum muslimin ketika ini kerana kejahilan mengenai islam secara menyeluruh bahawa islam adalah agama yang sebenarnya yang mampu menghasilkan peradaban agung.
Mengambil permasalahan kaum muslimin ketika ini al attas merumuskan tiga faktor krisis punca permasalahan masa ini yang berpunca daripada kekeliruan mahupun kesilapfahaman ilmu yang menerjemahkan ketiadaan adab atau akhlak kalangan kaum muslimin akhirnya menghasilkan pemimpin yang palsu dan mengamalkan kehancuran di muka bumi ini.Tegas al attas bahasanya bermula krisis ilmu adalah dasar utama segala permasalahan ini.
Kekurangan adab hari ini membuka segala pintu segala pemahaman yang songsang hari ini dan akhlak yang tidak bertanggungjawap terhadap ilmu mahupun orang yang berilmu dan istitusi ilmu.
Malik bennabi seorang pemikir hebat islam telah menganalisis faktor penjajahan barat terhadap dunia islam melalui faktor luaran mahupun dalaman.Mengikut pandangan beliau bahawa faktor luaran seperti intelektual mahupun ekonomi Berjaya di tewaskan tetapi ianya dapat di halangi jika umat islam mempunyai kekuatan dalaman yang kuat.
PENGUASAAN BUDAYA TA’DIB
Seperti makalah-makalah yang sebelumnya saya amat menekankan penguasaan ilmu mahupun pembudayaannya.Saya percaya bahawa kuasa ilmu yang bertunjangkan tauhidik mampu mengubah segala kepincangan yang berlaku ke atas umat islam ketika ini.
Bahawasanya al quran telah menyebut berbanyak kali pentinya ilmu masih tidak menterjemahnya ke arah kebenaran malah melihat kaum muslimin keliru memahami sebaiknya lalu menggunakan acuan pemikiran barat yang semata-mata bertunjangkan akliah dan nafsu.
Tugas para reformis islam sebenarnya lebih berat memerlukan jihad intelektual yang besar .Maka saya berpendapat ‘tajdid’ ataupun islah yang menbawa kefahanman kepada pemikiran islam yang segar yang tidak menepikan bentuk tradisi keilmuan dan mempersembahkan kedalam bentuk yang lebih cergas dan segar segala nilai.
Kecacatan university ketika ini membangun dengan kehilangan semangat intelektualnya hasil mereka yang memandang ringan pembudayaan ini dan masih selesa di jajah dan peliknya melahirkan graduan yang boleh melakukan kemungkaran bangsa ,agama mahupun Negara
Hegemoni ini Berjaya memasuki minda mereka.
Awas gerakan islam yang berslogan ingin membawa islam.Kamu tidak mampu mencapai matlamat jika hanya menumpukan kepada gagasan tarbiyah semata-mata.Perlu di ingat bahawasanya penguasaan ta’dib yang seiring rata di perkuatkan untuk menjadi gerakan yang hebat di perjuangkan masa kini.Contohilah gerakan GULEN di turkey.
Saya tertarik andaian sahabat saya bagi mengukuhkan gerakan islam abad 22 akan tiba dengan mencapai sebuah gerakan yang hebat pendidikan seperti al ghazali,pemikiran al attas dan gerakan seperti gulen.

Saya sempat singgah sebentar di pustaka petang tadi untuk melepaskan kerinduan dengan buku-buku yang bakal menjadi mangsa untuk saya beli.Seperti biasa duit elaun mesti akan habis di gunakan untuk membeli buku-buku ini setiap hujung bulan.Tadi saya sempat membeli buku berkaitan falsafah pendidikan islam konsep asli islamisasi karya Syed Naquib Al-Attas yang sebelum ini saya hanya mampu meminjam di pepustakaan Darul Quran sahaja.Kitab Ihya Ulumuddin juga menarik saya untuk belaja menyelami lagi dunia sufi di samping buku ringkas kehidupan sufistik versi Al Ghazali.maka seperti biasalah disipin jadual mesti di ketatkan penyusunan pembacaan walaupun terpaksamenjadi hamba sistem pendidikan ciptaan kapatalisme!
saya teringat janji saya untuk menghuraikan secara ringkas berkaitan cara pandang muslim terhadap barat berdasarkan pembacaan saya di makalah pada majalah islamia baru-baru lepas.Sebelum itu saya bertanya kenapa kita perlu cenderung berkaitan oksidentalisme?Bagi saya antara oksidentalis yang hebat dalam renungan ilmiah adalah Syed Naquib Al-Attas tidak kurang adiknya Syed Hussein Al Attas yang lebih cenderung kepada sosiologi dan politik.
TEGURAN HUFFAZ WATAK TERTAWAN
Pandangan saya mengatakan apabila budaya ilmu telah di terbalikkan menghasilkan "captive mind" di kalangan pelajar mahasiswa sendiri bahkan telah membuka lagi pintu kehalusan sekularisme mahupun neo kolonialisasi.Punca kerana gagal memahami akar permasalahan ini.Teguran saya kepada golongan kakak tua dan golongan berasa begitu smart bersama ahlinya yang hanya mahir menguasai segala buku DPF perlu mengubah cara berfikir.
Takkan sampai tahun akhir kita berada di kampus hanya menjadi hamba kepada dasar kapatalis ataupun "robot statik " yang malas untuk berbincang isu-isu sentral ataupun mahu membaca buku-buku keluaran DPF semata-mata?.Ingat nak memimpin kena lebih pada semua itu.Malah tidak mustahil ramai mahasiswa islam yang bertaburan hari ini sebenarnya menjadi mangsa sembelih barat!.Antara puncanya gagal memahami islamisasi pendidikan sebenarnya.
Ya,barat hanya mampu senyum melihat islam bertelagah!
Ya barat senyum tengok huffaz mengaji dari pagi sampai malam!
Hasilnya segala hegemoni berbentuk politik,pendidikan,ekonomi menjadi ancaman terhadap dunia islam ketika ini.Maka merealisasikan segala teori GRAMSCI!
Saya berbalik kepada huraian ringkas saya berkaitan empat cara pandangan muslim terhadap barat yang di sampaikan oleh HAMID FAHMY ZARKASYI di makalah islamia:
GOLONGAN PERTAMA-golongan awam muslim yang memiliki persepsi dominan bahawa barat adalah simbol kemajuan segala sudut dan memnganggap barat penentu kemajuan
GOLONGAN KEDUA-golongan muslim terpelajar mengganggap barat simbolkecanggihan metodologi penelitian dan pengkajian.Kajian filsafat dan ilmu-ilmu humaniora laina di ambil model bagi semua ilmu termasuk ilmu keaagamaan islam.Kolompok yang mengaggap neutral sesuatu ilmu tidak kisah mengambil dari barat asal membawa keemajuaan(muslim modernis dan sekular) di anggap golongan membantu barat
GOLONGAN KETIGA-golongan yang melihat barat sebagai bangsa yang harus di tentang.Semua dari barat perlu di tolak.Kelompok ini tidak membantu barat
GOLONGAN KEEMPAT-golongan yang melihat barat secara kritis dan objektif iaitu barat adalah peradaban asing yang berbeza dengan islam dalam banyak hal.Tidak semua dari barat baik tidak pun dari barat semua buruk.Barat perlu di lihat secara cermat berdasarkan epistemologi dari akarnya.
p/s: tengah dalam wat pengkajiaan tesis berkaitan oksidentalisme.Moga tajuk di terima ustazah Zamzarina =)

Subscribe to:
Posts (Atom)