Menutupi Cahaya Kebenaran
Akhir – akhir ini kerisauan jelas ternyata bila memikirkan pergolakan akidah menjadi suatu trend yang amat biasa terjadi kepada kaum muslimin, Kerancakkan permainan ini juga menjadi suatu kebahagian kepada “golongan intelektual “ kononnya tetapi di hujungnya adalah permainan ingin menipiskan aqidah islam atau menghilangkan tumpuan akhirnya.
Ya, Anda mungkin sudah mual dengan istilah-istilah permainan pemikiran ini tetapi anda tidak sama sekali melihatnya secara kritis jalan hujungnya malah sentiasa terjadi adalah untuk membuka ruang perkara yang sudah jelas lagi terang di tukarkan kepada jalan yang lebih menampakkan kekeliruan. Mengapa harus memilih cahaya lampu suluh yang tidak mampu menghidupkan ? Mengapa mempertikai hakikat cahaya matahari yang sudah jelas tujuannya? Pernyataan kedua-dua adalah memberi cahaya tetapi ternyata hakikatnya berlainan. cahaya matahari dengan cahaya lampu, kerana hakikat dan kedudukannya yg berbeza. ketika muncul cahaya matahari kita tidak lagi memerlukan cahaya lampu.
Inilah suatu konsep yang gagal atau degil difahami golongan yang gemar menamakan diri mereka golongan yang membawa kehormanian tetapi sayangnya sudah benar dirobek kebenaran itu kerana gagal memahami konsep pandangan alam islam tetapi lebih gemar membetulkan perkara yang sudah tidak betul pada pandang alam barat sehingga mampu mengeluarkan pemikiran yang diluar batas.
Saya percaya nama-nama seperti Rene Guenon, Ananda Coomaraswamy, Frithjof Schuon, Smith, John Hick, mahupun pada kalangan orang islam seperti Sayyed Hossein Nasr, Nurcholis Majid adalah biasa didengari. Sayyed Hossein dan Nurcholis adalah Mereka yang tergolong mendukung pemikiran ini melalui pendekatan tradisionalis dan falsafah perennial(ini akan dijelaskan pada tulisan seterusnya) berbanding pada bukan kalangan orang islam seperti hick, schuon etc lebih pendekatan sekular dan liberal. Apa yang menjadi menarik dan perlu difokuskan adalah walaupun terdapat arus yang berlainan iaitu tradisionalis dan sekular, namun kedua-duanya dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk menyebarkan fahaman ini dan jelas ini adalah suatu pembikinan modenisasi dan liberalisasi. Kerangka ekslusivisme di tukarkan kepada inklusivisme.
“Bertentangan Akidah” atau “Peaceful coexistence”
Jelasnya akidah adalah jalan akhir setiap konsep mahupun pergerakan barat untuk melemahkan kaum muslimin selain terjadi kerancuan dalam epistemologi.
Kita jelas nampak kabur atau kekeliruan agenda yang ingin dibawa kerana baunya begitu harmoni untuk diamalkan konsepnya malangnya kita gagal memahami antara penyata dan hakikat.Akhirnya kita kalah dalam percaturan ini.
” apakah pluralisme agama semestinya menjamin kehidupan antara komuniti beragama yang aman dan damai?
Pernyataan ini yang sering gagal dijawab atau dijelaskan. Kerana faham penyata diatas semestinya benar sedangkan tidak semestinya demikian. Maka dengan jelas sifat ekslusif bukanlah punca permasalahan komuniti beragama dan persoalan teologi tidak sesekali menjadi faktor utama permusuhan tetapi faktor lain yang sengaja dilupakan.
Jelasnya, kita sebagai Muslim, perlu berhati-hati dalam mendapat kefahaman yang masuk ke dalam benak kita, dengan cara meningkatkan keilmuan Islam kita, agar tidak keliru dan tersesat.
Dan yakinlah bahwa kebatilan pluralisme tidak mungkin dapat menutupi cahaya Islam yang terang benderang.
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
”Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, sementara Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukainya.” (QS at-Taubah [9]: 32).
BERSAMBUNG....
p/s; Artikel ringkas ini adalah muqaddimah awal pemahaman permasalahan di atas. Dan saya yakin penyata di atas adalah asas permasalahan ini dan tulisan ini akan bersambung pada seterusnya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya.
Showing posts with label pluralisme. Show all posts
Showing posts with label pluralisme. Show all posts
PLURALISME - Menutupi Cahaya Kebenaran (1)
Posted In
deislamisasi,
Pemikiran,
pluralisme
- 10:40 AM - 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)