Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Perjalanan Intelektual

saya memilih jordan salah satu perjalanan intelektual saya selepas saya meneliti panjang kisah ini dua tahun yang lepas. Oleh itu saya tidak teragak-agak terus memilih yarmouk salah satu perjalanan itu. Sukar juga bila melihat posisi perjalanan asal saya bila melihat bakal perjalanan yang akan datang”.Harakiyyun filsuf” itula salah satu proses perjalanan itu.Bagaimanapun saya termotivasi selepas guru saya,Prof Wan Mohd Nor memberi semangat dan nasihat bahawa proses menuntut ilmu ini perlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi serta terus membulatkan niat yang murni kerana ianya asas kunci kejayaan.



Pelaburan




Bulan ini sahaja sudah beratus-ratus hampir mencecah ribu dilaburkan untuk membeli buku dan jika dikira ianya tidak seberapa berbanding manfaat dan nilai ilmu yang terdapat didalamnya. Teringat Semasa menuntut di Darul Quran seluruh duit elaun saya gunakan untuk membeli buku sehinga tidak meninggalkan baki.Buku adalah nilai yang tidak dapat dibandingkan dengan mata duit tetapi ketidakpedulikan kita menyebabkan kita terlalu berkira untuk melabur dalam membeli buku. ya, Mungkin nilaian ini tidak dapat dirasai kerana mungkin kamu tidak mengerti makna sebenar " budaya ilmu".

Saya masih kuat mengingat kata-kata seorang guru bahawa" Dengan banyak membaca bacaan yang baik dan memahami isinya kamu mungkin berbeza cara berfikir kamu apa yang kamu fikir pada hari ini"

Saya akui, untuk menuntut sesuatu ilmu pastinya melalui banyak kepayahan dan ianya satu jihad dalam menuntut ilmu. Untuk mencapai kefahaman yang baik juga melalui proses sulit dan ianya meletakkan doa sentiasa kepada tuhan agar memudahkan kefahaman.Oleh itu jangan berkira setiap pelaburan yang bermanfaat dan ianya memberi natijah yang terbaik dihari kelak. insyaallah.

p/s: Budak kecik yang gemar membaca komik lebih bagus dari ahli gerakan islam yang malas dalam membaca!

Bersama Ilmuwan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud






Semalam saya sudah melepaskan rindu saya untuk bersama-sama sahabat memeriahkan majlis ilmu di rumah Prof Wan Mohd Nor Wan Daud merupakan seorang perintis institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam(ISTAC) atau seorang ahli falsafah, pentadbir, aktivis islam dan penyair yang cukup dikenali ramai.



Kini beliau bertugas sebagai felo pelawat utama di istitut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA). Bersamanya dalam berkongsi ilmu begitu tidak kekok malah prof begitu ramah dan senang apa yang disampaikan. Meneliti keperipadian Prof Wan ternyata beliau seorang yang amat mencintai ilmu. Ilmu-ilmu yang dimiliki tidak disia-siakan justeru kecintaan terhadap ilmu yang mendalam ini, beliau telah menghasilkan 11 buku dan monograf serta berpuluh-puluh makalah dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.Jelasnya terbukti bukunya telah di terjemahkan dalam banyak bahasa.



Apa yang mengujakan saya lagi apabila bersempatan melihat sudut bacaannya atau perpustakaannya walaupun tidak sempat meneliti buku-bukunya.Mungkin selepas ini peluang itu saya gunakan juga untuk melihat bukunya. Diskusi atau Usrah pertama saya semalam sempat kami membincangkan perihal pluralisme di samping memahami lagi kerangka konsep pandangan islam yang menjadi permasalahan bagi puak-puak liberal, moderniti, wahabisme.



Sempat juga saya menangkap cadangan prof kepada saya untuk mengkaji beberapa aspek yang mengelirukan kaum muslimin dalam memahami quran melihat faham makna dengan betul tidak terjadi seperti hari ini krisis umat islam memandang quran seperti kitab-kitab biasa. Ini suatu cabaran bagi saya!

Sebuah Impian Dan Janji




Serasa sungguh lama tidak berkunjung ke ISTAC, Khazanah Ilmu yang pernah suatu ketika diroboh nilainya oleh puak manusia haiwani pernah ketika. Pertama kali semasa menjejak kaki dibangunan serba kesunyian yang mendamaikan haruman ilmu ini seolah-olah diberikan semangat yang tinggi dalam mencari ilmu Allah ini yang begitu luas. Menanggung kesedihan memuncak melihat institusi sebegini tidak dipandang secara serius. Baru-baru ini Semasa kesibukkan dalam menggerakkan diri dan manusia lain seakan tiba-tiba di cucuk kerinduan yang tidak terhingga pada ISTAC. Teringat pengalaman pertama ketika mancari ISTAC cukup memaniskan diri ini dan membeli Risalah Kaum Muslimin.

Dengan melibatkan diri tidak langsung dengan HAKIM(Himpunan Keilmuan Muda)sungguh banyak saya mengenali dan mencabangkan minat ilmu saya dengan baik dan saya percaya gagasan yang untuh ini mampu membawa suatu luhur peradaban ketika manusia yang sedang dikencing Barat.!


ISTAC( Institute of Islamic Thought and Civilization) adalah institut yang telah dibangunkan oleh Prof AL-Attas yang mempunyai reka bentuk bangunan dan iklim akedemik persekitaraan, mutu perpustakaan dan penerbitan cukup dikagumi dan dihormati oleh masyarakat ilmiah. Suatu istitusi yang kerap dikunjungi oleh ilmuwan seluruh dunia dan menganggap ianya merupakan salah satu cahaya harapan kepada dunia pengajian tinggi islam.


ISTAC menawarkan ijazah M.A dan PROGRAM doktor Falsafah(PHD) yang cukup mencabar disamping penguasaan pelbagai kemahiran bahasa khusus Arab dan Inggeris mahupun tambahan bahasa parsi, yunani, latin ,jerman atau perancis. Program di ISTAC bersifat interdisciplinary bagi menggariskan hakikat perhubungan rapat antara pelbagai disiplin ilmu dan diantara pelbagai masalah individu dan masyarakat. Mungkin itu gambaran ringkas yang saya boleh gambarkan tentang pengajian di ISTAC.


Akhirnya saya mempunyai HARAPAN yang tinggi dalam menuntut ilmu Allah yang luas moga ianya dapat lebih mendekatkan kepadaNYA.Harapan ini supaya dapat mencabar diri saya untuk menuntut pengajian di peringkat lebih tinggi suatu masa nanti dan cita-cita itu di ISTAC selepas saya berjuang ilmu di dataran JORDAN(insyaallah) untuk lebih menfaqihkan lagi pengajian. Saya akan ke ISTAC pada masa terdekat ini dan mahu bertemu dan luah hasrat dengan pendidik sebelum berjaya terbang menyambung pengajian ke Jordan. Mungkin ini janji saya!

p/s:Saya mengharapkan doa-doa untuk memudahkan urusan pengajian saya,Ameen..

" Festschrift "

Alhamdulillah, saya baru selesai mengakhiri peperiksaan akhir dan menamatkan pengajian di Darul Quran Jakim selama 3 tahun. Bermula kosong sehingga apa yang di isi saat ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih khas kepada semua guru-guru, Ahli Usrah, abang-abang dan sahabat sepanjang tempoh saya di bumi tarbiah ini. Bermula dengan membaca buku MAZA YA'NI dan DPF yang pertama menjejak kaki di bumi Huffaz sebagai Manhaj Haraki Muslim sehingga hari ini kepada festschrift sehingga bilangannya menyukarkan saya untuk membawa balik buku-buku ini kerumah. Buku Muqqadimah ini rasanya ingin membuka rasmi di Jordan jika saya dapat belajar disana.Insya'allah doakan =)




p/s;Video Pelancaran Buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization Of Islam
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4

Keluarga Ilmu





Minda saya perlu rehat seketika mungkin. Saya baru sahaja selesai menyiapkan tesis kajian saya pada peringkat pengajian saya.Tajuk kajian kaitan Hegemoni Barat kesannya kepada pendidikan Islam di Malaysia. Rata-rata rujukan daripada buku-buku Al-Attas dan anak muridnya. Di samping sempat juga saya berbincang perihal tesis ini bersama anak murid Al-Attas. Selepas bersama mereka pada seminar pengukuhan pandangan alam, sekali lagi bersama dengan HAKIM dalam satu wacana .Saya senang hati bersama dengan Dr ADI SETIA,DR FARID SHAHRAN,DR KHALIF MUAMMAR mahupun PROF WAN MOHD NOR WAN DAUD di wacana ilmu yang di temani juga oleh sahabat saya saudara Alif(lecothinker).


Mengenali ilmuan ini begitu saya bangga dengan keramahan dan kemesraan mereka dalam memberikan ilmu. Mereka senang di buat berbincang sehinggakan saya merasakan sebahagian daripda keluarga mereka hakikat jauh yang tidak nampak.Sebelum saya pulang dari wacana HAKIM yang membincangkan oleh Prof Wan perihal tahap-tahap proses islamisasi dan peranan gerakan keilmuan sempat juga membeli buku The Concept Of Education in Islam. Jelasnya ianya amat bermakna bagi saya walaupun singkat saya berakhir pada wacana itu.




sekian.

Hamba Fatalisme Barat

Saya rasa lama sudah tidak berkongsi cerita hidup dilaman sawang ini.perlukah?.Saya hanya lagi sebulan untuk melangkah kegerbang lain yang bagi saya cukup menarik diselongkar anehnya.Mungkin juga banyak agenda disana.Pastinya saya merasa sungguh sedih untuk meninggalkan bumi tarbiyyah bagi saya walaupun tidak layak bersama teman-teman yang hebat.Saya sangat menghormati segala pandangan teman-teman walaupun jelas banyak perbezaan.Apapun saya teringat kata seorang senior yang kini di irbid jordan fahamnya mesti pandang kehadapan jika terus toleh kebelakang melihat yang remeh pasti tidak kemana ataupun bahasa mudah "futur".


Apapun pembacaan berat dan penguasaan media amat saya seriuskan lebih-lebih lagi pendokong gerakkan islam yang mempunyai cita-cita yang besar.Mereka harus lebih faham akan perkara ini tetapi kenapa mereka sering menanti arahan kepada AMIR ataupun yang ketua pimpinan untuk baru bergerak membudayakan ini.Satu sifat simplistik yang sering difahami ini tidak lagi akan melahirkan gerakkan yang hebat.Suatu ahli yang berani dan bersedia untuk memasukki gelanggang rentak lawan sebaliknya kita dicucukkan rentak lawan.

BUDAYA FATALISME

Melihat secara baiknya mahasiswa islam sudah banyak diringankan mindanya dalam banyak perkara.Sebab itu saya melihat banyaknya perkara ringan dijadikan isu berat hakikatnya ianya merupakan gula-gula dari barat sahaja kepada kita.Dari situ timbul sifat untuk mengkaji secara serius berkaitan isu permasalahan yang terjadi kepada dunia islam mahupun barat sudah brjaya ditutupkan secara konkritnya oleh barat.Faham sini bahawa Ia tengah dibaratkan (westernized) dan dicongkel dari akarnya sehingga nilai-nilai, kearifan, dan identiti aslinya terkoyak menjadi potongan-potongan kecil yang terkontaminasi dengan produk kebudayaan Barat. Barat telah berhasil mengkristalisasikan sentimen-sentimen,pandangan serta pola pemikiran kedalam karakter kebudayaannya dan mencekokkannya kepada bangsa-bangsa lain.Nampak disini mereka yang arif pada agama telah juga berserah pengawalan hidupnya kepada barat.Jika pemikiran generasi muda perlahan-lahan direbus oleh konstruk pseudokebudayaan dan toxic peradaban Barat yang materialistik dan hedonis, susah sekali mengharapkan perubahan positif muncul dari generasi seperti mereka.


Nampak juga kita telah berjaya dikelirukan kefahaman oleh puak-puak "neo" yang tumbuh sarat globalisasi ini kerana masing-masing membawa bentuk hegemoni songsang kedalam menyesatkan umat islam sendiri.Homogenisasi kebudayaan dan peradaban inilah yang menjadi salah satu tantangan terbesar bagi umat Islam sebagai pengembah wahyu illahi. Negera-negera islam yang pada umumnya masih menjadi mayoritas tertindas (the oppressed majority) dalam keterpurukan ekonomi, politik, dan sosial, ditambah dengan rendahnya intelektualitas, mengambil produk kebudayaan, teknologi, dan peradaban Barat ke dalam tanah air sebagai ikon modernisasi.Mungkin benar cara pandang islam kita telah dirosakkan dengan cara pandang barat sehingga kita keliru dimanakah yang benar.Kita keliru dengan kemajuan yang dibawa barat hari ini.Juga kita keliru indetiti kita hari ini kerana krisis diri akan faham agama dan faham islam.Dengan itu kita melihat islam agama perlu dimajukan walhal tiada istilah maju dalam islam kerana islam sememangnya sudah maju.Kita juga keliru dengan pembangunan yang tinggi itu kita sanjungkan kemajuan hasil teknologi falsafah sains barat yang sudah songsang.

Dengan logika-logika tersebut di atas, masalah dunia Islam dewasa ini nyata tertumpu kepada satu titik, iaitu ketergantungan yang teramat besar terhadap Barat.Sebagian besar masyarakat Muslim telah mengalami keruntuhan dalam banyak sisi.Cara pandang, gaya hidup,kecenderungan berfikir, pilihan hidup, semua menuju kubangan besar yang bernama “hedonisme” dan saudara kembarnya,“materialisme”. Dunia Muslim telah dikoyak-koyak oleh kekuatan Barat.Sedarkah kita suatu agenda fatalisme sudah lama merebak dibenak pemikiran kita sehingga kita mampu menghasilkan fatalisme sebuah peradaban.Masyarakat dunia secara umum sedang menderita westruckness dan westoxication meminjam istilah Ali Syari’ati—kebangkrutan moral ala Barat dan mabuk kepayang terhadap Barat.

Sekian





p/s:Baru-baru ini saya telah mengikuti kuliah siri(1) epistemologi melayu,barat dan islam oleh Dr Alinor.Masih tidak mampu untuk berkongsi dalam blog ini cumanya maklumat ataupun perkongsian untuk mengetahui lebih baik berkaitan epistemologi ini baiknya untuk klip sahaja di sini

REVOLUSI

Saya membelek karya imam al-ghazali yang cukup dalam maknanya untuk di gunakan wajib bagi seluruh umat islam.Saya pernah bertanya soalan yang sudah lama sudah di jawab dan di bahaskan oleh ulama suatu ketika akan kenapa tidakkan al-ghazali sedemikian begitu?mengapa perlu memilih jalan ini sedang nyawa islam setiap hari di korbankan?Begitu hebat tohmahan dan kecaman terhadap al-ghazali pada ketika itu.Dengan rasa yang cukup rendah diri ilmu ini semakin giat menelaah karya lewat al-ghazali sehingga saya berjumpa suatu kebenaran segala perbahasan al sulami suatu ketika itu menjumpai natijahnya.Sekali lagi dengan rendah diri saya terkesan hasil daripada “moral reformasi” al-ghazali yang di pilih sebelum bertemu jalan jihad qital mampu melahirkan roh mahupun manusia yang menjulang islam.



Penggulungan tirai untuk 2009 boleh saya simpulkan sebagai “pra-revolusi” bagi diri saya menjelang 2010 bakal tiba.Tidak di akui banyak perkara mahupun berlaku dalam tahun itu.2009 banyak mengacu perubahan intelektual saya yang baru setahun jagung atau sebagai “budak hingusan”.Pertamanya bersyukur kerana Berjaya menghabiskan hafazan quran sebagai sumber utama,Satu tahun yang juga telah saya Berjaya habiskan banyak bacaan,menjerumus lembah pemikiran intelektual terhebat dunia dan mengikuti program yang banyak membina idealisme masa ini.Terima kepada semua teman-teman mahupun di facebook.Segala perkara yang menghasilkan natijah terbaik pasti memerlukan pelaburan yang sangat tinggi.Itulah perinsip masih saya pegang dalam proses membina ideology ketika ini.Buku pertama bagi saya mengasah intelektual seingat saya pinjam dari sahabat saya iaitu buku karya ALI SHARIATI.Mahupun saya membedah pemikiran al attas yang begitu sukar namun banyak kefahaman itu mudah di perolehi daripada karya anak muridnya.



Secara umumnya begitu singkat saya di darul quran walaupun tidak mampu memberi yang terbaik.3 tahun begitu senja untuk di bandingkan ilmu di kutip.Misi intelektual pasti saya mulai 2010 ini semestinya mengukuhkan kefahaman fardu ain secara asasnya sehingga perkembangan ilmu di cabangkan.Segala penyusunan telah di pasang dengan cermat tetapi bergantung perancangan Allah segalanya.
Perkara yang paling lama bagiku adalah masa yang telah berlaku.Itulah kata-kata al-ghazali sebagai muhasabah sebagai tahun baru hijrah yang telah kita rasai ini adakah kita sudah mampu mencapai insane adabi segalanya.Adakah kita sudah mencapai takrif insan yang baik. Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam tulisannya Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam tatkala memberikan takrifan tentang insan yang baik iaitu
‘’Insan yang baik itu ialah insan yang berilmu luhur,yang insaf akan tanggungjawab dirinya kepada tuhannya yang Hak,insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawabnya terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya,insan yang dalam serba-serbi tingkah lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju kearah kesempurnaan sebagai insan adabi.



“seekor anak helang meminta izin bapaknya mahu terbang ke lain padang,melatih sayap mengembang,mencari pengalaman,menajam pandangan”

REHAT MINDA DALAM TERANG



Kali ini saya ingin merehatkan minda saya seketika dengan di lagukan puisi yang baharu saya dapatkan di kedai tradisi ilmu kelmarin.Saya membeli 4buah buku kesemuanya telah saya Berjaya habiskan bacaan ketka saya meminjam.Kali ini ianya rasai lengkap setelah di miliki.Sesiapa yang belum miliki apa tunggu lagi=) jangan di biarkan lumpuh atau di westernisasikan minda kita.



Minda di waktu memerlukan amat kedamaian .melihat bait-bait puitis yang sangat menyakitkan hakikat ummah ketika ini di robohkan. Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan


Anak muda sewajibnya menjadikan buku sebagai teman yang paling rapat dan tempat merehat minda ketika kuat di letihkan.Di saya tinggalkan suatu kedamaian sebuah puisi yang hakikatnya wajib kita fahami setiap bait dan memikirkannya.Sebuah buku DALAM TERANG oleh dr wan daud prakata syed naquib al attas.Sebuah puisi mentafsirkan tuntutan amanah yang di terima insan serta peranan ilmu dan akhlak dalam masyarakat.

Jom bersama saya menghayati GAGASAN AGUNG
oleh
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.

Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.

Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.

Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.

II
Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.

Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung

Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?

Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.


III
Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.

Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.

Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.

Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.


IV
Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.

Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.

Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.

Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.

Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.

Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!

Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.

Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.

Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.

V
Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.

Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang

Sebentar di ISTAC



Saya mengambil kesempatan waktu itu untuk terus bergegas ke ISTAC(international institute of islamic thought and civilization)walaupun terpaksa mengambil risiko tengah sengkek.Inilah kali pertama saya menjejak
kaki di bangunan yang menyimpan seribu rahsia khazanah ilmu.Semestinya saya teruja dan terpukau seni binaan islam di sini.Saya melihat keadaan yang sangat sunyi di kawasan istac dan terus naik ke tingkat dua berjumpa dengan staf istac.Terima kasih pada Puan salmah dan yang lain melayan saya dengan baik walaupun banyak prosedur saya langgar minta maaf=)



Saya membeli 3 buah buku sebagai langkah permulaan.Buku karya syad naquib al attas"risalah kaum muslimin","makna kebahagiaan dan pengalamanya dalam islam" dan prof dr wan "pembangunan di malaysia ke arah satu kefahaman baru yang lebih sempurna.Terakhir saya membeli jurnal ISTAC "al hikmah" sebagai memudahkan lagi saya fahami.Rata-rata penulis jurnal ini terdiri para ilmuwan islam yang masih lagi berkhidmat di ipt tempatan.

Habis puas membelek, saya di bawa oleh puan salmah untuk menikmati pemandangan ISTAC yang baru ini hasil daripada kretiviti Prof Naquib Al Attas.Saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar di sini mengunakan telefon bimbit.

Selepas sebentar yang meninggalkan banyak persoalan dan roh di istac saya terus bergegas ke kl sentral untuk bergerak ke seremban bertemu pejuang islam di sana.Walaupun letih yang sangat,saya dapat merasakan suatu kenikmatan.

Diskusi Di OldTown

Kelmarin tepat jam 11 malam,saya dan beberapa sahabat dari Al-Azhar telah berbincang dan berkongsi maklumat di oldtown white coffee di sekitar kuala lumpur.Apa yang menarik saya dalam perbincangan ini adalah suatu perbincangan spontan melalui pandangan-pandangan sahabat hingga mencecah jam 2 pagi..(bro sebelah tu dh bagi signal tp wat tatau je).Jarang sekali saya dapat berbincang bersama mahasiswa azhar kerana jarang pulang waktu cuti tetapi kali ini mengambil kesempatan kami bersama untuk berbincang.Sahabat saya memilih tajuk yang kena dengan masalah yang mereka pikul dan alami di waktu ini berkaitan dengan kemuflisan intelektual mahasiswa di azhar.

Saya mendengar dahulu oleh sebab saya tidak mengetaui suasana ilmu mahasiswa azhar di mesir sekarang.Apa yang merungsingkan sahabat ini adalah budaya ilmu talaqqi atau seangkatannya semakin pupus di azhar malah mengutamakan perkara lain hasilnya masa di kurniakan untuk menghadam sebaiknya ilmu yang sukar di temui di buang begitu sahaja.Ianya amat merugikan waktu itu.

Setengah sahabat lain mengatakan budaya politik lebih di utamakan berbanding pengajian talaqqi dan pelajar yang kurang(bukan boikot) berprogram di tuduh yang macam-macam.Biasalah Pemikiran skeptik golongan agama melihat orang bukan ahlinya.

Saya berpandangan,Budaya ini bukan sekadar di mesir malah di malaysia pon.Saya menghargai pandangan sahabat,dan juga mengangkat pandangan itu.Saya juga berprogram malah cuba meninggikan budaya ilmu,jadi di mana kesilapan itu kadang-kadang boleh terjadi diri dan kalangan sahabat-sahabat perjuangan yang lain?

Malah saya amat risau dan takut sikap prejudis dan skeptikal terhadap orang lain,sikap buruk sangka yang keterlaluan melahirkan aspirasi perpaduan nasional mahupun di kalangan sesama melayu .

Saya memberi soalan adakah matlamat sebenar sebuah negara islam ataupun tamadun islam?

Adakah sekular pasti terhapus jika tertegak negara islam?

Saya cuba memberi pandangan yang telah di ungkapkan oleh syed naquib al attas bahawasanya permasalahan yang terjadi oleh kaum muslimin saat ini bermula pada dasarnya iaitu kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu maka lahirlah pemimpin yang salah.

Apakah tindakan AL-Ghazali pada suatu ketika islam di korbankan adalah menulis ihya ulumuddin untuk mengembalikan pandangan islam kembali adalah sia-sia?Tidak,usaha ilmunya maka lahirlah selepas itu Salahuddin ayyubi menyatukan segalanya.

Saya melihat kaum muslimin seolah-olah buta melihat dasar akar permasalahan yang terjadi kaum muslimin ketika ini.
Maka saranan saya adalah berpolitiklah dengan berilmu bukan dengan emosi kebodohan.Menjadi aktivisme intelektual bukan aktivis yang menghabiskan suara semata-mata tanpa mengetahui dasar permasalahan.

kami berbincang sehingga hanya kami sahaja di situ...

Melihat Barat

Saya sempat singgah sebentar di pustaka petang tadi untuk melepaskan kerinduan dengan buku-buku yang bakal menjadi mangsa untuk saya beli.Seperti biasa duit elaun mesti akan habis di gunakan untuk membeli buku-buku ini setiap hujung bulan.Tadi saya sempat membeli buku berkaitan falsafah pendidikan islam konsep asli islamisasi karya Syed Naquib Al-Attas yang sebelum ini saya hanya mampu meminjam di pepustakaan Darul Quran sahaja.Kitab Ihya Ulumuddin juga menarik saya untuk belaja menyelami lagi dunia sufi di samping buku ringkas kehidupan sufistik versi Al Ghazali.maka seperti biasalah disipin jadual mesti di ketatkan penyusunan pembacaan walaupun terpaksamenjadi hamba sistem pendidikan ciptaan kapatalisme!

saya teringat janji saya untuk menghuraikan secara ringkas berkaitan cara pandang muslim terhadap barat berdasarkan pembacaan saya di makalah pada majalah islamia baru-baru lepas.Sebelum itu saya bertanya kenapa kita perlu cenderung berkaitan oksidentalisme?Bagi saya antara oksidentalis yang hebat dalam renungan ilmiah adalah Syed Naquib Al-Attas tidak kurang adiknya Syed Hussein Al Attas yang lebih cenderung kepada sosiologi dan politik.

TEGURAN HUFFAZ WATAK TERTAWAN

Pandangan saya mengatakan apabila budaya ilmu telah di terbalikkan menghasilkan "captive mind" di kalangan pelajar mahasiswa sendiri bahkan telah membuka lagi pintu kehalusan sekularisme mahupun neo kolonialisasi.Punca kerana gagal memahami akar permasalahan ini.Teguran saya kepada golongan kakak tua dan golongan berasa begitu smart bersama ahlinya yang hanya mahir menguasai segala buku DPF perlu mengubah cara berfikir.

Takkan sampai tahun akhir kita berada di kampus hanya menjadi hamba kepada dasar kapatalis ataupun "robot statik " yang malas untuk berbincang isu-isu sentral ataupun mahu membaca buku-buku keluaran DPF semata-mata?.Ingat nak memimpin kena lebih pada semua itu.Malah tidak mustahil ramai mahasiswa islam yang bertaburan hari ini sebenarnya menjadi mangsa sembelih barat!.Antara puncanya gagal memahami islamisasi pendidikan sebenarnya.
Ya,barat hanya mampu senyum melihat islam bertelagah!
Ya barat senyum tengok huffaz mengaji dari pagi sampai malam!
Hasilnya segala hegemoni berbentuk politik,pendidikan,ekonomi menjadi ancaman terhadap dunia islam ketika ini.Maka merealisasikan segala teori GRAMSCI!

Saya berbalik kepada huraian ringkas saya berkaitan empat cara pandangan muslim terhadap barat yang di sampaikan oleh HAMID FAHMY ZARKASYI di makalah islamia:
GOLONGAN PERTAMA-golongan awam muslim yang memiliki persepsi dominan bahawa barat adalah simbol kemajuan segala sudut dan memnganggap barat penentu kemajuan

GOLONGAN KEDUA-golongan muslim terpelajar mengganggap barat simbolkecanggihan metodologi penelitian dan pengkajian.Kajian filsafat dan ilmu-ilmu humaniora laina di ambil model bagi semua ilmu termasuk ilmu keaagamaan islam.Kolompok yang mengaggap neutral sesuatu ilmu tidak kisah mengambil dari barat asal membawa keemajuaan(muslim modernis dan sekular) di anggap golongan membantu barat

GOLONGAN KETIGA
-golongan yang melihat barat sebagai bangsa yang harus di tentang.Semua dari barat perlu di tolak.Kelompok ini tidak membantu barat

GOLONGAN KEEMPAT
-golongan yang melihat barat secara kritis dan objektif iaitu barat adalah peradaban asing yang berbeza dengan islam dalam banyak hal.Tidak semua dari barat baik tidak pun dari barat semua buruk.Barat perlu di lihat secara cermat berdasarkan epistemologi dari akarnya.

p/s: tengah dalam wat pengkajiaan tesis berkaitan oksidentalisme.Moga tajuk di terima ustazah Zamzarina =)

Merampas Misi Yang Hilang

Semalam selepas kecewa pulang dari "maple" gara-gara kekalahan pasukan"never awake alone" saya sempat mendengar suara-suara yang mengkaji punca kekalahan pasukan kegemaran mereka.Saya tidak berkata apa-apa melainkan senyum dan memuji cara mereka analitikal kekalahan.Ketiadaan pencetus dalam suatu pasukan jelas menampakkan kegoyahan pasukan itu.Ketiadaan cristiano Ronaldo(CR7) dalam manchester jelas memberi kesan terbaik kepada Real Madrid yang memiliki Cristiano Ronaldo(CR9) masa kini.Ketiadaan xabi Alonso merencatkan arkitek liverpool.Ini semua gara-gara kapatalisme Real Madrid yang membuatkan epl pada pandangan mata saya menjadi sedikit bosan.Kesemua nama terbaik dunia yang terhebat berada di spanyol.Perampasan nama-nama hebat pemain ketika kini di sepanyol mengingatkan saya pada era pucak kemajuan islam di sepanyol sehingga di rampas barat suatu ketika setelah 800 tahun islam memerintah!

Sepanyol ketika dahulunya sememangnya terkenal dengan kesuburan pusat keilmuan islamnya,ketamadunan peradan politik dan budaya ekonominya malah pengeluar produk pemikir ilmuwan islam ketika itu.Kekayaan bahasa dan sasteranya sehingakan melahirkan IBNU KHURUJ.IBNU ALHAJJ dan ABU HAYAN AL GARNATHI.
Hendak sahaja saya berada di cardova untuk menyinap kekayaan ilmu yang telah di curi barat suatu masa dahulu.Barat telahpun bijak mencuri khazanah yang pernah menampilkan IBNU SINA,AL FARABI,IBNU RUSYD

Proses penterjemahan kitab AS SYIFA' ibnu sina ,IHSAN AL ULUM al farabi,MAQASID AL FALSAFAH al ghazali dan banyak lagi suatu ketika telah memberi makna kepada tamadun eropah masa itu.Segala kesuburan tamadun ilmi bermula dari islam kemudiannya eropah merampasnya membuktikan eropah memang kebuntuan kejahilan sedang budaya akhlak bangsa itu berada di tahap yang cukup kritikal.Masih kita mengagongkan ketamadunan barat sedang ianya berpuncak bermula sejak figure penaklukan sepanyol MUSA BIN NUSYAIR,THARIF BIN MALIK dan THARIQ BIN ZIYAD.

Semestinya kita mengambil iktibar apa yang terjadi di sepanyol untuk kita berusaha menanam misi merampas balik.Kita perlu bijak sebagaimana bijaknya yahudi menghacurkan islam di sepanyol hanya memberikan alkohol dan rokok kepada umat islam yang memberi kesan sehingga sekarang.Sejarah kejatuhan KOTA GRANADA pada 1april cukup memberi pengajaran.

Saya teringat kata-kata pengerusi ikim,TAN SRI AHMAD SARJI mengatakan pentingnya ahli ilmu di hargai dan di teliti ilmu serta pemikirannya supaya generasi mendatang mengenl sejarah silamnya,dengan kekuata berfikir minda karyawan dan ilmuwan berwibawa.Jelas dan nyata KELESUAN dan KEMUFLISAN intelektual yang nyata memberi
gambaran ketamadunan hari ini.Tamadun islam di zaman puncaknya berada pada budaya intelek yang tinggi lalu menangkis sentimen kemajuan bermula dari baratt!

Amat rugi umat islam hari ini sekiranya sejarah di biarkan berlalu begitu sahaja kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Biarkan sahaja kejatuhan ustmaniyyah menjadi kenangan!.
Biarkan sahaja SOLOMON IBNU GABIROL seorang penterjemah yahudi suatu ketika merampas falsafah keilmuwan islam!
Biarkan sahaja GRANADA di tumbangkan dan orang islam di perbodohkan!
kelesuan dan kemuflisan intektual bakal menjadi korban kepada barat yang sedang bermaharajalela!

Bukankah itu yang kita MAHU?

Saya tinggalkan persoalan itu untuk kita sama renungkan bersama.Saya menanti hari yang sesuai untuk mencari sebuah buku bertajuk "RISALAH KAUM MUSLIMIN "karya al attas yang di cadangkan kepada saya oleh abang wan faisyal.Fokus saya mesti di ISTAC dengan izinNYA untuk mencari banyak lagi buku untuk mengkaji dan berkongsi kepada kamu sekalian!

Itulah Watak Islam

Minggu ini sahaja ada ramai sahaja sahabat dan abang-abang saya yang akan berlepas terbang jauh meninggalkan kami di sini untuk meneruskan pengajiannya.Biarlah mereka membawa angin kebangkita islam dan perubahan di luar sana.

Saya tetap dengan variasi saya meneruskan aksi di pentas ini sebagai penuntut di tahun akhir di kampus ini.Sebagai status tahun akhir pengajian sebenarnya banyak mencabar dan menakutkan malah ianya hakikat yang mesti saya lalui sebentar nanti.Menakutkan sebuah perpisahan pasti berlaku namun bahtera pasti tidak akan tenggelam.

Semestinya pertanyaan hala tuju selepas ini selalu berlegar di telinga saya,yang pasti saya hanya mampu tersenyum.Pengkajian sejarah ketamadunan dan pemikiran yang lebih serius pastinya menjadi pilihan langkah saya selepas ini walaupun bersimpang jauh dari pilihan sahabat yang lain.Pengajian bahasa di luar sana pastinya saya nantikan untuk terus menelaah kitab yang lebih berat.URDUNI dan EROPAH destinasi saya untuk mengembara melihatNYA di samping misi merampas apa yang dirampas suatu ketika akan saya jernihkan.Mungkin itulah dimensi saya bakal menanti.
Saya tinggalkan dimensi itu sebentar,apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini adalah berkaitan watak islam yang semakin hampus saat ini.Banyak faktor yang boleh di lihat punca watak ini yang semakin berubah watak asalnya dek kerana kedengkelan ummatnya.

Saya sempat berkongsi dan mendengar amanat naqib saya semalam(terima kasih along sempat datang sini kongsi ilmu)berkaitan beberapa isu tetapi berkaitan isu “exclusive” islam menarik saya untuk fokuskan.Mungkin perbincangan kami ketika itu lebih kepada method penyampaian dakwah.

Pada ini saya cuba fokuskan view yang lebih luas maksud watak ini.Pandangan saya islam eklusif tetapi berperinsip.Watak exclusif yang telah di salah gunakan sesetengah kita khususnya saya fokuskan kepada ahli gerakan islam.Watak eklusif ini yang telah menjadikan pendokong islam semakin jumud walaupun ia menafikan ketidakperasan perkara itu.Saya melihat lagi bagaimana sebahagian ahli “PAS” yang masih dibelenggu watak ini sehingga membuka ruang kepada “UMNO” yang semakin tenat makin dapat bernafas sikit demi sedikit hasil permainan isu.

Saya tertarik kebijsanaan strategiknya Rasulullah menunjukkan bahawa islam bukannya eklusif sehingga tidak boleh di kongsi pandangan,pemikiran,daripada non islam.Kita mengambil kisah bagaimana kebijaksanaan rasulullah melepaskan tahanan kafir dengan mengenakan syarat dahulu dengan mengajarkan anak-anak orang islam menulis dan membaca.Bagaimana Rasulullah menggunakan pandangan al farisi untuk menggali parit di dalam peperangan.Islam boleh menerima segala dari segi teknik dan alat sama ada material manusia,pemikiran daripada tamadun lain.

ISYAK HUNAIN seorang kristian telah di beri peluang oleh islam untuk memainkan peranan penting dalam mengendalikan penterjemaah dan pembinaan tamadun islam pada abad pertengahan.Bagaimana islam menggunakan kertas dari cina dan kaedah mantiq dari yunani.Islam juga pernah mengambil nombor dari india.Dari segi “ISI” tamadun islam amat memilih walaupun banyak bahan falsafah,sains,perubatan,matematik di terjemahkan dalam yunani tetapi bahan keagamaan dan sastera tidak di terjemahkan.
Watak yang mesti di pegang umat islam adalah mestilah bersatu padu dalam menghapuskan thagut abad 21 ini.Penyatuan iman dan islam serta roh jihad kebangkitan mesti di satukan.

Buanglah watak pengecut dalam menghapuskan kezaliman.Invarsi TARTAR suatu ketika dahulu telah membuatkan umat islam menjadi pengecut lalu ruang kezaliman tartat menjadi lebih luas.
Buanglah sejauhnya watak seperti IBNU ALQAMRI seorang perdana menteri yang menjadi pengkhianat bangsa demi mempertahankan wilayahnya.

Buanglah jua watak IBNU HAJAR BIN ADI yang suka mencetuskan perperangan dan permusuhan ketika konflik era muawwiyah suatu masa.Contohilah MUGHIRAH BIN SYUAIB yang menjadi pendamai permusuhan.
Patutnya kita mengambil sikap Ulama yang tidak pernah berhenti lelah mempertahankan islam dari imperialisme modern yang begitu tidak pernah berhenti menjatuhkan islam.Ambillah semangat keberanian yang di tunjukkan OMAR MUKHTAR di libya.AMIR MUHAMMAD KARIM AL KATHABI yang tidak lelah berjuang mempertahankan maroco waktu itu.SAID NURSI berjuang di turki di bawah jahanam artartuk.Itulah WATAK ISLAM yang sebenar.

Saya hentikan penulisan ini dengan mengimbau kembali bagaimana HAMKA pernah menyebut di dalam dialognya bersama anaknya berkaitan kejatuhan melaka berpunca watak manusia!.Sesungguhnya teori mengatakan sejarah pasti berulang adalah tidak benar tetapi WATAK MANUSIA YANG TIDAK MENGIKUT ACUAN ISLAM punca sejarah datang kembali.

STATISME INTELEKTUAL

Saya terpaksa menepikan seketika hasrat untuk membaca dan meneliti beberapa buah buku yang baru di beli kerana untuk mengambil sedikit perhatian berkaitan penjelasan berkaitan budaya ilmu yang dikupaskan secara baiknya oleh seseorang yang di kagumi pastinya oleh saya iaitu DR.WAN MOHD NOR WAN DAUD.Saya juga tidak terlepas untuk berbincang dengan beberapa sahabat semestinya yang berlainan fikrah dan cara berfikir berbeza dengan saya kerana untuk mengambil pandang sisi yang berbeza.Secara keseluruhannya dan jelas saya mestilah mengubah bentuk cara berfikir dan mengejut golongan yang enak di buai tidor dengan memekakkan volume maksima di telinganya untuk mendengar suara-suara tangisan ummah di luar sana.Walaupun tinggi impian itu tetapi saya tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut cara saya berfikir kerana saya mestinya menghormati cara mereka berfikir.Saya tidak layak untuk memarahi dan menghina orang lain barangkali orang itu akan menjadi lebih hebat suatu masa akan datang tetapi teguran atas dasar islam amat saya galakkan dalam pembinaan ilmiyah seseorang.

Saya tidak boleh memaksa orang lain untuk mengahabiskan pembacaan dam memaksa membaca tetapi sekadar peringatan dan natijah kebaikkan untuk orang itu.Oleh itu saya melihat hasilnya keintelektual mahasiswa islam hari ini terus mundur untuk kehadapan lebih maju dan terus di mandulkan oleh mereka-mereka yang berjiwa kecil dari terus bersuara dan bertindak dalam isu ummah hari ini.Sungguh hari ini suara liberisme semakin menyalak di lapangan dalam kita tidak pernah selesai bergaduh hal-hal kecil.Sedang hemegoni kuffar sedang bersenyum di luar sana tetapi kita asyik sibuk mendownload bahan-bahan picisan kuffar.Sedang sebenarnya kita sudah terkeliru oleh mainan kuffar.

Pastinya islam sangat memuliakan orang-orang yang berakal dan islam itu memuliakan dialog-dialog yang berakal dari jiwa yang segar perubahan kebangkitan islam.Oleh itu saya terus menulis bagai wadah usaha membuka minda daripada isme-isme maoden abad ini yang memesongkan minda terjajah.
Peradaban islam sungguh telah bersinar terang dari peradaban yang lain sehingga mencapai kemajuan ke peringkat kemuncak ketika para fuqaha telah berjaya mencari altenatif memasukkan sumber intelektual ke dalam peradaban selepas nilai intelektual telah mati suatu ketika dahulu.Jelas sekali di katakan penulis barat itu ALYAD WAMIBLY menyebutkan bahawa semua bidang islam itu telah di pelopori oleh cendikiawan islam yang menampilkan suatu ketika dahulu AR RAZI,IBNU SINA,NABAGH FIRNAS,AL BIRUNI,IBNU RUSYD.Semua itu telah berjaya kerana mengikuti peraturan islam yang benar.

Kaum Muslimin berjalan sehingga abad ke-4 hijrah sehingga pelita ilmu pengetahuan menjadi padam dek kerana terikat dengan kepuasan karya-karya terdahulu,tidak menambah penemuan-penemuan baru serta sifat angkuh kepada bangsa-bangsa yang lain dan tidak berani untuk maju kehadapan.Inilah yang di maksudkan dengan statisme intelektual yang di belenggu umat islam suatu masa dahulu yang pernah di doktrin oleh ajaran yang di bawah DAUD ASFAHANI yang berjaya membawa ajaran zahiri kedalam umat islam ketika itu.Ajaran yang mengamalkan zahir nahs semata-mata dengan mengetepikan kaedah qiyas.istimbat sesuatu nash memberikan kesempatan orang islam ketika itu menjadi malas untuk berijtihad.Saya melihat ajaran zahiri secara freemoson telah pun berjaya memasuki ke kampus saya walaupun tidak di sedari.Secara tidak langsungnya mematikan dan menutup budaya ijtihad ataupun intelektual.Hal ini telah menutup secara langsungnya budaya ilmu dan membuka ruang statisme intelektual,

PERKASAKAN BUDAYA ILMU

Hal ini banyak kali saya bangkitkan di dalam penulisan saya sebelum ini yang banyak menyentuh berkaitan dengan budaya ilmu.Sikap terhadap enteng budaya ini telah di buktikan oleh pemerintahan turki suatu masa dahulu yang leka kepentingan ini menjadi punca kejatuhan.Hal ini telah di rumuskan oleh SYED NAQUIB AL ATTAS sebagai kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu.Ia bependapat semangat nasionalis dan perpaduan jika tidak di kembangkan dengan ilmu akan menjadi alat memimpin secara kuku besi.Malang lebih keruh melahirkan cauvisme yang amat sempit.
RAYHAN ALBIRUNI menunjukukkan dirinya amat mementingkan ilmu walaupun di ambang kematian.Hal ini dapat di lihat ketika beliau meminta jawapan fikah setika ambang kematian.Menunjukkan beliau tidak mahu mati dalam kejahilan.Begitu juga yang berlaku kepada ABU HASSAN AL TAMIMI seorang yang buta tabah mencari ilmu sehingga menjadi ulama fekah.IBNU HAZM dan IBNU KHALDUN telah membuktikan bahawa kesenangan dan kemewahan bukan faktor untuk mematikan usaha mencari ilmu ini.Mereka tidak memanjakan diri menjadi malas.Saya selitkan lagi kisah IBNU RUSYD yang hanya bercuti selama 2 hari sahaja sepanjang hidupnya sepenuhnya menumpukan pengajian dan pendidikan.Kemiskinan bukan penghalang segalannya,ianya telah di buktikan oleh L GHAZALI,SYAFIE,FAKRUDDIN ARRAZI malah kesemua itu di lalui penuh kesusahan.

SIKAP HORMAT DAN KRITIS

Sikap yang mesti ada pada setiap pencinta ilmu khususnya penggerak islam dalam pembinaan budaya ilmu dengan keberanian memahami ilmu dahulu dan semasa .Sikap ini telah di tunjukkan ARISTOTLE ketika berbeza ajaran daripada gurunya PLATO kerana mempunyai hujah yang baik(plato is dear to us but truth is dearer)
Saya melihat sikap ini makin terhakis mahupun sudah hilang pada ilmuwan-ilmuwan saat ini kerana tidak berani menyatakan pandangan dek kerana menjaga kehormatan.Pandangan saya itu silap malah menjadikan kita semakin hilang punca untuk berfikir.Saya melihat mereka lebih terikat pada semangat fanatisme atau kepartian.Contohilah keberanian IBNU KHALDUN dan contohilah kritikan cinta IMAM SYAFIE terhadap IMAM MALIK sehingga imam malik terpaksa mengurangkan sebahagian daripada MUWATTA.”Teguhilah dan kritiklah aku jika aku membuat kesilapan”Kata SYAFIE kepada imam-imam ketika itu.Sesungguhnya islam terbinanya bukannya mengikut ekslusivist tapi universal yang berperinsip.

Mungkin perkongsian santai ini dapat saya mengubah sedikit sebanyak persepsi golongan muda yang begitu cepat melatah dan tidak menghormati disiplin intelektual yang telah di gariskan.Selepas ini saya akan terus bersama berkongsi dan tidak sabar untuk membaca karya JOHN ESPOSITO berkaitan ancaman islam.SELAMAT MEMBACA:)

Eksplorasi mencari dunia terang

Tenggelam dalam dunia pembacaan mungkin faktor menjadikan saya dah lama tidak menulis ataupun kekangan yang pasti tidak dapat di elakkan ketika ini.Tetapi keasyikan meneroka dan menghayati sejarah sememangnya banyak mengubah bentuk pemikiran dan cara berfikir dengan lebih luas lagi.Begitu hebat sejarah malah rugi jika tidak di ambil ibrah setiap peristiwa itu.Sejarah banyak membantu saya mengenal atau mengerti wajah dunia islam saat kegemilangan hingga saat kegelapan yang amat mengerikan mahupun kebangkitan itu tercetus.Sekali lagi saya terus bersengkang mata menatap bentuk ataupun pola pemikiran sarjana islam seperti FAZLUR RAHMAN,ABUL HASSAN ALI AN NADWI,MUHAMMAD SAYYID AL-WAKIL.Usaha intelektual tokoh ini dalam mengkaji isu realiti kehidupan seperti kebajikan politik dan ekonomi dalam masyarakat islam yang baru sahaja merdeka amat sekali perlu di rasai dalam membawa semula kebangkitan pembaharuan meskipun mendapat penentangan yang merugikan yang boleh berakhir dengan ketinggalannya islam dari setiap sudut.

Saya mengakui memang susah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari serta begitu susah sekali melukis wajah dunia tanpa pengorbanan dan keberanian jika tidak di terjemahkan oleh RABI' IBNU AMIR.
Tidak juga menjadi jika kesanggupan kesyahidan tidak seperti AMRU IBNUL JAMIL dan tidak juga tanpa kerelaan ABU DUJANAH yang melindungi Rasulullah daripada serangan panah yang bertubi-tubi dengan ketabahan MALIK AL KHUDRI yang menyedut darah Rasulullah yang mengalir kencang.Tidak juga islam itu begitu laju kehadapan tanpa perselisihan pandangan untuk kebaikan islam itu sendiri.Contohilah IBNU ABBAS dan IBNU UMAR,SYAFIE dan MALIKI.

Bagaimana kegelapan tamadun itu amat merugikan umat islam yang menjadi punca sebenar kemunduran islam hari ini berpunca daripada pemimpin dan keghairahan material dan sikap rakyat yang patuh dengan kemungkaran penerobosan etika yang melampau pemimpin sebuah negara itu.Sejarah mengambarkan bagaimana KAISAR BAHRAM dalam pemerintahan parsi yang menggunakan sistem nafsu dujana dan penindasan menjadi punca kejatuhan kerajaan romawi timur dalam abad ke-6

Berbekalkan keimanan yang luas serta berkat ajaran al-quran yang penuh keajaiban,Rasulullah berjaya menciptakan suatu kehidupan baru yang penuh harmoni.Fokus pemerhatian rasulullah ketika itu adalah mengembalikan tabiaat manusia yang dalam kejahilan kepada kepada iman dan akidah yang mendalam

Buktinya kita melihat UMAR ALKHATAB menjadi kekuatan kepada islam yang asalnya begitu bengis dan kasar amalan jahiliyyahnya.KHALID AL WALID yang terkenal sebagai panglima kaum quraisy telah berubah menjadi pedang ALLAH yang berjaya menumpaskan kerajaan Romawi suatu ketika.SAAD IBNU WAQAS yang dulunya tidak di kenal namannya akhirnya islam membawa nama ini di pelosok dunia.Begitu juga SALMAN ALFARISI yang dulunya hanya sebagai budak yang lepas dari satu majikan kepada majikan akhirnya menjadi hakim di wilayah persia untuk mencurah bakti kepada islam.Begitu ramai sekali jika di katakan.Itulah bukti kejayaan nabi dalam mengubah pemimpin jahiliyya menjadi manusia teladan.

Perjalanan ini di teruskan oleh IMADUDDIN ZANKI dan diserahkan kepada NURUDDIN ZANKI sehingga akhirnya kepada SALEHUDDIN di saat kritis umat islam sehingga salehuddin berjaya menakluki dan mengusir tentera salib.KEGEMILANGAN ISLAM di gelapkan oleh bangsa tartar sehingga AL FATEH berjaya menakluki kostantine dengan kegemilangan usmaniyah saat itu..

Persoalan ketika islam sudah berjaya ketika itu akhirnya jatuh dek kerana kelalaian umat islam itu sendiri.mungkin perkongsian ini membuka minda kita untuk berfikir untuk mencari cahaya-cahaya yang hampir padam saat ini.Secara peribadinya saya banyak mengetahui daripada ABUL HASSAN ALI NADWI dalam bukunya KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM.InsyaALLAH saya dalam mengkaji satu kajian tentang fundamentalisme islam.Moga ALLAH memberi kekuatan segala pengkajian ini dapat lagi merapatkan hubungan denganNYA.

VIRUS UKHUWWAH=SELIMUT ASSABIYYAH



suatu virus sememangnya tidak akan di rasai bagi mereka yang sedang nikmat berukhuwah malah tidak mungkin sekali untuk di perhalusi bahayanya yang mendatang.Sesungguhnya bahaya ini pastinya melarat hingga ke generasi yang akan datang.
Maksud penulis di sini adalah ianya berkaitan istilah ukhuwah yang sering selalu di salahtafsirkan sehingga mampu menonjolkan ketaasuban berkumpulan yang pastinya membawa kepada selimut kepada assabiyyah.
Mereka pasti keliru di antara ukhuwah dengan taasub berkumpulan.Semestinya ukhuwah adalah menghasilkan manusia yang mampu berinteraksi dan berhubung dengan manusia lain sedangkan taasub dalam berkumpulan jauh berbeza.Ianya melibatkan kemesraan yang terhad sesama mereka sahaja sedangkan maksud sebenar perlu di perluaskan dan di sebarkan.Malang cukup sekali kenikmatan ini melibatkan golongan tertentu sahaja tanpa kemesraan insider dengan outsider.

Assabiyah sememangnya mempertahankankan suatu golongan yang melakukan kezaliman.Sebagaimana di perkatakan oleh seorang panglima perang" kerana engkau hitam dan aku putih,maka kepala engkau mesti di pancung".
Bagaimana nabi memarahi abu dzar ketika perselisihan dengan bilal mengatakan bilal anak orang hitam.

kita melihat bersama bagaimana sedang berbualnya althabarani dan alhakim mengenai salman alfarisi dengan merendahkan bangsa parsi berbanding arab.Rasulullah terus menegur perbuatan merendahkan bangsa ketika itu.

Mengapa kita tidak mengambil pengajaran teguran nabi itu?

Satu SMS ketidakfahaman yang penulis terima berbunyi" ana xpaham kenapa mengatakan kita yang memulakan assabiyah sedangkan kebenaran kita sampaikan sedang mereka menutup telinga kebenaran yang di beri"

Sesungguhnya halus makna untuk penulis maksudkan di situ sedang suatu tembakan yang di kenakan khususnya kepada jemaah islam kampus yang sering mencapai nikmat berukhuwwah malah sayangnya sering menganggap kekelasan yang membezakan dengan golongan yang lain.

Budaya ELITISMA atau fonemena yang mengangkat keistimewaan diri di atas memandang rendah keupayaan orang lain.Kembali renungkan bahawa sesungguhnya tarbiyyah kita adalah terbaik dan tarbiyyah sahabat kita ada kelebihannya.Suatu muhassabah penulis bersama.

BANGKIT DARI LUMPUH


Pondok usang buruk bersebelahan dengan parit besar yang terbiar sambil di perhatikan kanak-kanak yang masih belum tidak mengenal erti sebenar di mana ketika saat kepanasan cahaya matahari meresapi seluruh badan di atas tanah merah itulah menjadi saksi detik episod permulaan sebuah tarbiyah.

Seluruh makhluk di bumi ini menjadi saksi segala setiap episod perjalan itu.Benar sekali begitu susah untuk seorang remaja itu untuk di ciptakan tika hati ini bagaikan batu yang inginkan keseronokkan dan kebebasan untuk di cairkan.
Pergolakkan jiwa seorang remaja yang tidak pernah puas akan layanan nafsu dan sentiasa inginkan kebebasan ini di hentak dengan hentakan padu tarbiyah yang mengajar perjalanan erti hidup.
Sejarah nabawiyyah menyaksikan bagaimana seorang nabi itu di tarbiyyah oleh Allah.Ini jelas menunjukkan bahawa nabi di uji dengan pelbagai bentuk ujian yang di beri

Kenapa begitu susah kita dalam menerima sesuatu tarbiyyah sedangkan Nabi Allah di uji lagi pahit sebagaimana Musa yang di tarbiyyah oleh Allah keadaan kaumnya selepas peninggalannya.Bagaimana yaaqub yang merana di uji kesakitan yang begitu menguji kesabaran.
Kita melihat sekali lagi ibrah daripada kisah Yussuf yang di fitnah begitu hebat ketika itu.Pernahkah kita merasai bagaimana posisi yussuf ketika itu sedang hati dan jiwanya saat itu walaupun kebenaran milik yussuf.Tetapi itulah tarbiyyah Allah kepada hambanya untuk untuk menghakis kesombongan diri di samping terbinanya suatu kekuatn yang luar biasa.

Kenapa sekali lagi kita susah untuk menerima segala ujian ini? Sememangnya ianya bermula daripada seketul hati yang keras susah untuk di cairkan dek kerana kelalaian kemaksiatan yang selalu.

Sesungguhnya latihan perjalanan hidup ini sememangnya di serapkan pada tamrin untuk kita membuka bagaimana kesusahan di sana.Semestinya di aplikasi di dalam kehidupan bukannya sebagai permainan retorik yang akhirnya melahirkan ahli yang retorik.

Tamrin ini bukanlah semata-mata menghabiskan duit poket ,tenaga,masa yang sememangnya seronok jika di isi bersama keluarga ketika itu malah begitu halus hatimu wahai generasi yang melahirkan generasi yang mendatang.

Tamrin ini juga bukanlah retorik dalam mendidik jiwamu mengenal erti hidup tetapi sungguh halus hatimu untuk melahirkan pemuda pewaris perjuangan masa hadapan.

Tamrin ini juga bukanlah di habiskan suara jeritan tarbiyyah semata-mata malah sesungguhnya halus hatimu melahirkan generasi yang tegar pada tarbiyyah.Sesungguhnya begitu besar harapan untuk menyaksikan satu generasi dalam tiga generasi yang mengimpikan generasi salehuddin,generasi ulul albab,generasi ghuraba.

Bangkitlah wahai jundullah,eksplorasikan dirimu dalam membina kekuatan luaran dan dalaman untuk mengemudi suatu bahtera perjuangan.

TERIMA KASIH



Dalam memerhatikan peserta induksi nuqaba membentangkan hasil perbincangan ketika itu juga ilham tercipta untuk menulis kiasan rindu ini untuk di kongsi bersama .Mungkin ini adalah coretan rindu penulis untuk di luahkan kepada orang yang tersayang khususnya si dia yang banyak memberi dan berkorban untuk membesarkan generasi yang akan berdiri di tengah lapangan masyarakat yang amat memerlukan.Hari yang bertukar minggu dan minggu juga bertukar bulan sememangnya pasti bulan akan bertemu tahun.Peringkat demi peringkat ini memaksa hari-hari tarbiyyah ini memerlukan generasi yang akan memimpin umat manusia hari ini.Ini lah erti sebuah perjalanan yang semakin mematangkan penulis akan besarnya kewajipan ini untuk di terjemakan.



Bicara tentang cinta ini penulis tujukan khas kepada si dia iaitu insan yang banyak mengorbankan separuh kenikmatan hidupnya dalam memberi dan mendidik insan yang bermula daripada merangkak untuk terbang lebih jauh dalam mengenal erti kehidupan seorang pemberi.



Hari ini kita mampu melihat begitu ramai cerdik pandai yang di hasilkan untuk merealisasikan setiap dimensi kejayaan tanpa pernah memikirkan di sebalik erti itu tanpa daripada peluhnya sang pendidik.Mungkin watak ini tidak pernah muncul ketika kejayaan tetapi malangnya ianya muncul ketika gagalnya sang penerima.Watak ini hanya mampu tersenyum ketika melihat kejayaan anaknya.Begitu tinggi dan halusnya hati mu dalam mengasuh dan terus mendidik insan saat ini.



Sejarah bagaimana kita menyaksikan MUHAMMAD AL-FATEH yang di didik oleh syeikh al-Kurani dan syeik Bayram ketika waktu kecilnya yang begitu sukar untuk menerima didikan kerana kenakalannya tetapi berkat sebuah rotan yang di hinggap pada tubuhnya ketika itu telah melahirkan pemuda yang menggoncang dunia dengan menakluki kota kostantinopel.



Kita melihat tokoh yang hebat seperti Abraham lincon presiden amerika suatu masa dahulu di paksa ibunya untuk membaca dan bagaimana salehuddin al ayyubi di paksa untuk meninggalkan kota allepo kesayangannya demi untuk menjadi pemimpin kepada pemimpin.



Amat penting untuk kita mengenang balik jasa si dia kepada kita pada hari ini yang banyak mewarnai hidup ini.Tanpa pengorbanan si dia mustahil sekali untuk penulis berdiri tidak jemu member i ketika saat ini.Tanpa keperihatinan kasih sayang cinta yang di curah hari ini mustahil sekali lagi untuk penulis merasai kemanisan ini.



Coretan ringkas ini sebagai penghargaan penulis yang termampu untuk menzahirkan kerinduan hati ini pada si dia.Di manakah si dia ketika ini di kala saat waktu penulis memerlukan nasihat dan pandangan sang pendidik bagi meneruskan langkah ini.Selamat hari IBU dan GURU.Di kaula pelengkap hidupku.

LANGKAH TERCIPTA

Berat mata memandang,Berat lagi langkah menyusur...
Itulah luahan monolog ketika melihat keadaan sana dan sini keadaan yang terjadi semasa.Selepas terlena dalam menelaah helaian demi helaian buku mukaddimah Ibnu Khaldun yang begitu berat penelitian sejarahnya untuk di telan.Ketika dan waktu sunyi malam ini sebenarnya tidak boleh penulis menahan rasanya pedih dan terus pedih untuk di simpan bila sahaja mengenangkan keadaan semasa yang amat meerungsingkan dalam semua aspek.Dengan dalam ghairah keaadan politik di perak sekarang ini,di lema ulama ataupun profesional,(tradisionalis or erdogan)l berita penangkapan mat sabu semalam ,masalah jenayah yang mengerikan sekarang ini yang selalu memberi gentaran cucukan tajam di jiwa penulis ketika ini.

Memang berat sekali hanya memandang tanpa merasa tetapi begitu perit jerit hakikatnya jika memandang dengan memahami dan merasai masalah semuanya di sandarkan pada bahu kita.Penulis menghitung kembali anugerah 24 jam di beri pada diri sambil bertanya cerita hati sudahkah tersusunnya masa yang di agihkan..patutkah penulis mengatakan tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada ataupun sebenarnya penulis mencipta alasan..sesungguhnya tanggungjawab itu lebih besar dari kepentingan diri.

Bila mengenangkan diri yang selalu di bius enakkan maksiat..ingin sahaja langkah ini berhenti..
Bila sahaja mengenangkan ia'dah quran ingin sahaja langkah ini membisu..
Bila sahaja mengenangkan tahajjjud,puasa sunat,dan ibadah sunat yang lain ingin sahaja sekali lagi langkah ini pekak. Bila sahaja mengenangkah semua itu jelas sekali begitu kecil dan hinanya diri ini.Begitu berat bebanan ini untuk di pikul sememangnya tidak mampu untuk di katakan malah titsan air mata dosa pun sukar di jatuhkan.Keras betul hati ini..

Ingin sahaja untuk mematikan terus langkah ini bagaikan tidak mampu untuk di tahan dan di campur semangat SUPERHERO yang sudah hampir mengalah pada musuhnya akibat hilangnya POWER pada diri ini.Haruskah diri ini mengalah sambil melihat sahaja tawanan yang hampir sahaja mati derita akibat mainan musuh.Namun jiwa ini berbisik'inilah dugaan dan kini mata dan segala pancainderaku terbuka pada hikmah dugaan sebalik ujian keimanan pada diri ini.

LANGKAH TERCIPTA ini mesti terus melangkah dengan senyuman di setiap kesakitan untuk diri ini menampung segala kekosongan watak di luar gelanggang sebenar.Sekali menapak di jalan ini tidak berpatah kembali.Perjuangan Rasulullah dan para sahabat mesti di teruskan walaupun diri ini sedar bukan calang-calang jalan yang ku tempur ini dalam mengharung fasa pembentukkan jiwa dan rohani insan.

Ya Allah..Pimpinlah diri ini untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini untuk terus siaga menyerahkan diri pada jalanMU.