Showing posts with label Huffaz. Show all posts
Showing posts with label Huffaz. Show all posts

Melihat Barat

Saya sempat singgah sebentar di pustaka petang tadi untuk melepaskan kerinduan dengan buku-buku yang bakal menjadi mangsa untuk saya beli.Seperti biasa duit elaun mesti akan habis di gunakan untuk membeli buku-buku ini setiap hujung bulan.Tadi saya sempat membeli buku berkaitan falsafah pendidikan islam konsep asli islamisasi karya Syed Naquib Al-Attas yang sebelum ini saya hanya mampu meminjam di pepustakaan Darul Quran sahaja.Kitab Ihya Ulumuddin juga menarik saya untuk belaja menyelami lagi dunia sufi di samping buku ringkas kehidupan sufistik versi Al Ghazali.maka seperti biasalah disipin jadual mesti di ketatkan penyusunan pembacaan walaupun terpaksamenjadi hamba sistem pendidikan ciptaan kapatalisme!

saya teringat janji saya untuk menghuraikan secara ringkas berkaitan cara pandang muslim terhadap barat berdasarkan pembacaan saya di makalah pada majalah islamia baru-baru lepas.Sebelum itu saya bertanya kenapa kita perlu cenderung berkaitan oksidentalisme?Bagi saya antara oksidentalis yang hebat dalam renungan ilmiah adalah Syed Naquib Al-Attas tidak kurang adiknya Syed Hussein Al Attas yang lebih cenderung kepada sosiologi dan politik.

TEGURAN HUFFAZ WATAK TERTAWAN

Pandangan saya mengatakan apabila budaya ilmu telah di terbalikkan menghasilkan "captive mind" di kalangan pelajar mahasiswa sendiri bahkan telah membuka lagi pintu kehalusan sekularisme mahupun neo kolonialisasi.Punca kerana gagal memahami akar permasalahan ini.Teguran saya kepada golongan kakak tua dan golongan berasa begitu smart bersama ahlinya yang hanya mahir menguasai segala buku DPF perlu mengubah cara berfikir.

Takkan sampai tahun akhir kita berada di kampus hanya menjadi hamba kepada dasar kapatalis ataupun "robot statik " yang malas untuk berbincang isu-isu sentral ataupun mahu membaca buku-buku keluaran DPF semata-mata?.Ingat nak memimpin kena lebih pada semua itu.Malah tidak mustahil ramai mahasiswa islam yang bertaburan hari ini sebenarnya menjadi mangsa sembelih barat!.Antara puncanya gagal memahami islamisasi pendidikan sebenarnya.
Ya,barat hanya mampu senyum melihat islam bertelagah!
Ya barat senyum tengok huffaz mengaji dari pagi sampai malam!
Hasilnya segala hegemoni berbentuk politik,pendidikan,ekonomi menjadi ancaman terhadap dunia islam ketika ini.Maka merealisasikan segala teori GRAMSCI!

Saya berbalik kepada huraian ringkas saya berkaitan empat cara pandangan muslim terhadap barat yang di sampaikan oleh HAMID FAHMY ZARKASYI di makalah islamia:
GOLONGAN PERTAMA-golongan awam muslim yang memiliki persepsi dominan bahawa barat adalah simbol kemajuan segala sudut dan memnganggap barat penentu kemajuan

GOLONGAN KEDUA-golongan muslim terpelajar mengganggap barat simbolkecanggihan metodologi penelitian dan pengkajian.Kajian filsafat dan ilmu-ilmu humaniora laina di ambil model bagi semua ilmu termasuk ilmu keaagamaan islam.Kolompok yang mengaggap neutral sesuatu ilmu tidak kisah mengambil dari barat asal membawa keemajuaan(muslim modernis dan sekular) di anggap golongan membantu barat

GOLONGAN KETIGA
-golongan yang melihat barat sebagai bangsa yang harus di tentang.Semua dari barat perlu di tolak.Kelompok ini tidak membantu barat

GOLONGAN KEEMPAT
-golongan yang melihat barat secara kritis dan objektif iaitu barat adalah peradaban asing yang berbeza dengan islam dalam banyak hal.Tidak semua dari barat baik tidak pun dari barat semua buruk.Barat perlu di lihat secara cermat berdasarkan epistemologi dari akarnya.

p/s: tengah dalam wat pengkajiaan tesis berkaitan oksidentalisme.Moga tajuk di terima ustazah Zamzarina =)

STATISME INTELEKTUAL

Saya terpaksa menepikan seketika hasrat untuk membaca dan meneliti beberapa buah buku yang baru di beli kerana untuk mengambil sedikit perhatian berkaitan penjelasan berkaitan budaya ilmu yang dikupaskan secara baiknya oleh seseorang yang di kagumi pastinya oleh saya iaitu DR.WAN MOHD NOR WAN DAUD.Saya juga tidak terlepas untuk berbincang dengan beberapa sahabat semestinya yang berlainan fikrah dan cara berfikir berbeza dengan saya kerana untuk mengambil pandang sisi yang berbeza.Secara keseluruhannya dan jelas saya mestilah mengubah bentuk cara berfikir dan mengejut golongan yang enak di buai tidor dengan memekakkan volume maksima di telinganya untuk mendengar suara-suara tangisan ummah di luar sana.Walaupun tinggi impian itu tetapi saya tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut cara saya berfikir kerana saya mestinya menghormati cara mereka berfikir.Saya tidak layak untuk memarahi dan menghina orang lain barangkali orang itu akan menjadi lebih hebat suatu masa akan datang tetapi teguran atas dasar islam amat saya galakkan dalam pembinaan ilmiyah seseorang.

Saya tidak boleh memaksa orang lain untuk mengahabiskan pembacaan dam memaksa membaca tetapi sekadar peringatan dan natijah kebaikkan untuk orang itu.Oleh itu saya melihat hasilnya keintelektual mahasiswa islam hari ini terus mundur untuk kehadapan lebih maju dan terus di mandulkan oleh mereka-mereka yang berjiwa kecil dari terus bersuara dan bertindak dalam isu ummah hari ini.Sungguh hari ini suara liberisme semakin menyalak di lapangan dalam kita tidak pernah selesai bergaduh hal-hal kecil.Sedang hemegoni kuffar sedang bersenyum di luar sana tetapi kita asyik sibuk mendownload bahan-bahan picisan kuffar.Sedang sebenarnya kita sudah terkeliru oleh mainan kuffar.

Pastinya islam sangat memuliakan orang-orang yang berakal dan islam itu memuliakan dialog-dialog yang berakal dari jiwa yang segar perubahan kebangkitan islam.Oleh itu saya terus menulis bagai wadah usaha membuka minda daripada isme-isme maoden abad ini yang memesongkan minda terjajah.
Peradaban islam sungguh telah bersinar terang dari peradaban yang lain sehingga mencapai kemajuan ke peringkat kemuncak ketika para fuqaha telah berjaya mencari altenatif memasukkan sumber intelektual ke dalam peradaban selepas nilai intelektual telah mati suatu ketika dahulu.Jelas sekali di katakan penulis barat itu ALYAD WAMIBLY menyebutkan bahawa semua bidang islam itu telah di pelopori oleh cendikiawan islam yang menampilkan suatu ketika dahulu AR RAZI,IBNU SINA,NABAGH FIRNAS,AL BIRUNI,IBNU RUSYD.Semua itu telah berjaya kerana mengikuti peraturan islam yang benar.

Kaum Muslimin berjalan sehingga abad ke-4 hijrah sehingga pelita ilmu pengetahuan menjadi padam dek kerana terikat dengan kepuasan karya-karya terdahulu,tidak menambah penemuan-penemuan baru serta sifat angkuh kepada bangsa-bangsa yang lain dan tidak berani untuk maju kehadapan.Inilah yang di maksudkan dengan statisme intelektual yang di belenggu umat islam suatu masa dahulu yang pernah di doktrin oleh ajaran yang di bawah DAUD ASFAHANI yang berjaya membawa ajaran zahiri kedalam umat islam ketika itu.Ajaran yang mengamalkan zahir nahs semata-mata dengan mengetepikan kaedah qiyas.istimbat sesuatu nash memberikan kesempatan orang islam ketika itu menjadi malas untuk berijtihad.Saya melihat ajaran zahiri secara freemoson telah pun berjaya memasuki ke kampus saya walaupun tidak di sedari.Secara tidak langsungnya mematikan dan menutup budaya ijtihad ataupun intelektual.Hal ini telah menutup secara langsungnya budaya ilmu dan membuka ruang statisme intelektual,

PERKASAKAN BUDAYA ILMU

Hal ini banyak kali saya bangkitkan di dalam penulisan saya sebelum ini yang banyak menyentuh berkaitan dengan budaya ilmu.Sikap terhadap enteng budaya ini telah di buktikan oleh pemerintahan turki suatu masa dahulu yang leka kepentingan ini menjadi punca kejatuhan.Hal ini telah di rumuskan oleh SYED NAQUIB AL ATTAS sebagai kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu.Ia bependapat semangat nasionalis dan perpaduan jika tidak di kembangkan dengan ilmu akan menjadi alat memimpin secara kuku besi.Malang lebih keruh melahirkan cauvisme yang amat sempit.
RAYHAN ALBIRUNI menunjukukkan dirinya amat mementingkan ilmu walaupun di ambang kematian.Hal ini dapat di lihat ketika beliau meminta jawapan fikah setika ambang kematian.Menunjukkan beliau tidak mahu mati dalam kejahilan.Begitu juga yang berlaku kepada ABU HASSAN AL TAMIMI seorang yang buta tabah mencari ilmu sehingga menjadi ulama fekah.IBNU HAZM dan IBNU KHALDUN telah membuktikan bahawa kesenangan dan kemewahan bukan faktor untuk mematikan usaha mencari ilmu ini.Mereka tidak memanjakan diri menjadi malas.Saya selitkan lagi kisah IBNU RUSYD yang hanya bercuti selama 2 hari sahaja sepanjang hidupnya sepenuhnya menumpukan pengajian dan pendidikan.Kemiskinan bukan penghalang segalannya,ianya telah di buktikan oleh L GHAZALI,SYAFIE,FAKRUDDIN ARRAZI malah kesemua itu di lalui penuh kesusahan.

SIKAP HORMAT DAN KRITIS

Sikap yang mesti ada pada setiap pencinta ilmu khususnya penggerak islam dalam pembinaan budaya ilmu dengan keberanian memahami ilmu dahulu dan semasa .Sikap ini telah di tunjukkan ARISTOTLE ketika berbeza ajaran daripada gurunya PLATO kerana mempunyai hujah yang baik(plato is dear to us but truth is dearer)
Saya melihat sikap ini makin terhakis mahupun sudah hilang pada ilmuwan-ilmuwan saat ini kerana tidak berani menyatakan pandangan dek kerana menjaga kehormatan.Pandangan saya itu silap malah menjadikan kita semakin hilang punca untuk berfikir.Saya melihat mereka lebih terikat pada semangat fanatisme atau kepartian.Contohilah keberanian IBNU KHALDUN dan contohilah kritikan cinta IMAM SYAFIE terhadap IMAM MALIK sehingga imam malik terpaksa mengurangkan sebahagian daripada MUWATTA.”Teguhilah dan kritiklah aku jika aku membuat kesilapan”Kata SYAFIE kepada imam-imam ketika itu.Sesungguhnya islam terbinanya bukannya mengikut ekslusivist tapi universal yang berperinsip.

Mungkin perkongsian santai ini dapat saya mengubah sedikit sebanyak persepsi golongan muda yang begitu cepat melatah dan tidak menghormati disiplin intelektual yang telah di gariskan.Selepas ini saya akan terus bersama berkongsi dan tidak sabar untuk membaca karya JOHN ESPOSITO berkaitan ancaman islam.SELAMAT MEMBACA:)

Segunung Harapan Seteguh Gagasan

Secara tulusnya saya mengatakan bahawa hari ini kita perlu belajar merangkak daripada sejarah.Berkacakan deretan peristiwa yang berlalu bukannya di biarkan berlalu begitu sahaja tanpa memikirkan secara komprehensif kesan saat ini.Sememangnya angin segar islam telah pun bertiup dengan sepoinya tetapi sayang tidak dikoordinasikan dengan baik.Itulah masalah saat ini.Tiada kesatuan menuju kesana malah masing-masing harakah mendepankan egoisme kelompok.Adakah ini watak asli atau warisan budaya kolonialisme di negara-negara islam hari ini.Memang benarlah kehancuran ini terkesan kepada umat islam hari ini yang merudum di bawah permainan zionis.

Sejarah membuktikan keterburukkan islam tidak berlarutan seperti saat ini bagaimana islam terus bangkit selepas abbasiyyah di jatuhkan pasukan Tartar dengan mendirikan terus segera khilafah islam yang baru di turki iaitu turki uthmaniyyah adalah kerana berpegangnya kepada quran dan sunnah Rasulullah.Berbeza hari ini konsumsi doktrin-doktrin barat terus saat ini.
Kita di bodohkan hari ini dengan permainan jarum yahudi yang tidak pernah henti setiap saat memikirkan kehancuran islam

Sistem kapatalisme,sosialisme,nasionalisme,chaunisme yang melampau hari ini yang tidak bertunjangkan islam serta pemimpin penguasa ala-ala Zaman Romawi abad ke-6 hari ni jelas menunjukkan umat islam perlu sedar dan bangun daripada penindasan jahiliyyah ini.EDWARD GIBBON pernah berkata dalam bukunya bahawa mesir abad ke 7 telah menjadi negara yang sengsara kerana banyak pertikaian agama dan penindasan penguasa.Materialitisme dan nasionalisme yang menyempang jauh daripada akidah menjadi budaya golongan penguasa ketika itu.

Di sini gagasan saya lebih kepada memikirkan bagaimana mencapai golongan QURANIK,ENSIKLOPEDIK,IJTIHADIK yang membawa maksud seluruhnya golongan membaca,memahami,menghafaz al-quran serta berakhlakkan quran.Golongan yang hebat dalam pelbagai ilmu dan kemahiran yang semestinya kreaif dan mampu mengubah ummah.Sesungguhnya barat sebenarnya terkenal dengan kebodohan yang amat nyata suatu ketika sentiasa mengambil segala bentuk keilmuan islam tetapi kebodohan barat ketika itu telah di terjemahkan umat islam hari ini yang tidak pernah berusaha menghakis kejahiliyyah pada diri.

DI sini juga bagaimana melahirkan golongan yang berani seperti ulama suatu ketika yang berani menentang kaum TARTAR yang di pimpin HULAKO ketika menakluk baghdad yang telah megemukan perlembagaan yasik iaitu ajaran yang mencampurkan islam dengan agama kristian dan akal fikiran mereka.

Golongam muda ataupun mahasiswa hari ini sememangnya sudahpun terpesong yang asyik membudayakan MATERIALISME.Pencapaian dunia adalah segalanya sehingga tidak sedar telah menghitamkan dunia.Di mana tanggungjawab bersama terhadap umat islam?
Saya terus mengkritik golongan burung kakak tua di kampus saya sendiri yang merealisasikan kata-kata MOCHE DAYAN iaitu panglima perang israil menyatakan bahawa kelemahan umat islam adalah umatnya yang malas membaca,mengkaji sejarah.Kakak tua ini selalu menyebut JILUN QURANIYUN FARID padahal suatu kalimat yang begitu berat untuk di ungkapkan tanpa di praktikkan.Sesungguhnya SYED QUTB dalam MAA'LIM FITTARIQ jelaskan bahawa
generasi yang faham agama dan tidak tenggelam dengan arus kemodenan.Ianya di bimbing oleh nilai akhlak quran itu sendiri.

Segunung harapan seteguh gagasan untuk terus merealisasikan'jilun quraniyun farid,jilun nasr,Rausyafikir,generasi intelektual.

PERBEZAAN


Mallek Bennabi tokoh penulis islam abad ke-2o berpandangan bahawa umat islam kini lemah kerana malasnya berfikir di sebabkan terlalu hedomistik..

Di dalam hadis yang di sebutkan dalam AS-Sayuti di dalam al-jami'ush shaghir bermaksud bahawa "PERBEDAAN UMATKU ADALAH RAHMAT"

Hari ini sesungguhnya musuh islam itu sentiasa memerhatikan dan melakukan pelbagai kospirasi terhadap islam dari setiap segenap sudut menunggu kelalaian umat islam kian hari di lalaikan dengan serangan pemikiran yang membawa jatuhnya islam hari ini.Tetapi sejujurnya penulis menjelasnya ianya sangat memedihkan apabila musuh itu datang dari dalam tubuh kebangkitan islam itu sendiri.Sesengguhnya penulis tidak kisah jika kebangkitan islam yang masing-masing memiliki manhaj tersendiri dalam berjuang menegakkan islam di muka bumi yang sesuai dengan penemuan sasaran,skala prioritas dan tahapanya.Tidak menjadi masalah adanya beberapa kelompok jemaah yang berjuang untuk menegakkan islam apabila ianya merupakan TA'ADDUDU TANNAWWUN dan bukanya TA'ADDUDU TA'ARUDH.

Malangnya sekali apabila da'ie ataupun aktivis islam yang tidak menghargai masalah ini dan menyebarkan benih-benih PERPECAHAN di mana sahaja.Mereka sentiasa menyalakan api perselisihan dan perpecahan.Ianya sentiasa tertuju pada titik perpecahan dan bukanya titik persatuan.Mereka tidak akan berlapang dada atau menerima jemaah selain jemaahnya yang betul.

Tidak mustahil jika penulis mengatakan bahawa inilah punca jatuhnya islam apabila segala perbedaan tidak dapat di satukan dendan tidak mengiktirf pada pandangan yang kedua.Masalah tidak dapat menerima dan tidak memberi ruang pandangan kedua ini dalam sesuatu ikhtilaf adalah jalan menuju kepada kejumudan.

Benar sekali realiti jemaah kampus hari ini begitu di belenggu kejumudan dalam konsep ilmu,politik,pentadbiran ataupun segala urusan.Mungkin benar kita di lalaikan dengan sentimen yang sempit dalam mendoktrinkan semangat kepartian,jemaah,fikrah yang merupakan kadangkala kelemahan umat islam hari ini dan puca kejatuhan eropah pada ketika dahulu di sebabkan kerana ahli gereja yang di belenggu kejumudan.

Perbedaan yang di sebabkan oleh faktor akhlak dan pemikiran
-faktor akhlak seperti membanggakan diri dan pendapatnya
-buruk sangka dan mudah menuduh orang lain
-egoisme mengikut hawa nafsu
-fanatik kepada pendapat kumpulan(jemaah)

Faktor pemikiran berbeza dari sudut pandangan suatu masalah yang tidak menerima pandangan kedua dalam masalah alamiyah atau amaliyah.Sesungguhnya perbedaan dalam pendapat ini telah pun di kisahkan ketika zaman sahabat contoh kita melihat keterbukaan hati dalam menerima pandangan dan pendapat seseorang yang di tunjukkan seperti berbezanya pandangan ibnu umar dan ibnu abbas.Sifat terbukanya imam abu hanufah dan syafie dalam menerima maliki.Kenapa hari para kita tidak mengambil contoh dan akhlak yang di tunjukan ulama kita dahulu kala?

Sedang kita dalam tidak pernah habis berbalah tentang masalah furu' dalam musuh islam tengah berfikir menjatuhkan islam.Mungkin kita selalu memikirkan perkara furu' sehingga kita lupakan agenda sebenarnya.Dan itu puncanya kita tidak dapat berfikir secara kritikal dek hanya menumpukan furu sahaja.

Begitu penting penulis memikirkan bahawa budaya berlapang dada mesti di semaikan di kalangan jik supaya kita tidak menjadi sebahagian faktor lambatnya islam hari ini.Penulis sekali lagi pernah menyarankan pada jik dalam artikel IQRA bahasanya budaya ilmu mesti di jadikan kewajipan setiap ahli supaya kita tidak bisa kebelakang dalam menepis pergolakkan kehancuran ketika ini.

MULTIDIMENSIONAL


Seorang jundullah berkata: “Jangan kamu menjadi pohon bunga di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan disiram dan dibajai, jika tidak akan menjadi layu dan mati. Jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba yang sentiasa bersaing dan berjuang untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin.”

Kata-kata di atas sekiranya di hayati dan di jadikan sebagai satu inspirasi dalam kehidupan penulis yakin manusia akan terus tidak jemu bekerja dan memberi dalam berjuang memartabatkan kehidupan agar menjadi cemerlang dunia dan akhirat.Kesempatan yang menyempit ini ketika rindu haramain begitu kuat sekali sebenarnya memberi penulis impak yang baik dalam terus memberi di samping terus dan terus mencari dengan pemerhatian sejarah dan kefahaman rujukan sebagai bekalan penghayatan untuk terus memberi pada jalan ini.
Sememangnya setiap perubahan yang berlaku ketika ini wajar di perhalusi dengan teliti agar kita tidak menjadi keliru pandangan zahir yang kadang-kadang tidak menepati apa sebenarnya disebalik pandangan biasa.Pada dunia kala zaman kian hari pantas berubah yang memerlukan kemahiran yang cukup-cukup kritikal sebenarnya memberi cabaran global hari ini kepada golongan pendakwah untuk bersedia semaksima kemahiran dalam setiap sudut posisi untuk memenuhi ruangan yang tergendala atau di usahakan oleh golongan yang menipu.

Penulis memberi contoh pada ketika ini dunia sedang pesat di landa arus pemodenan dalam setiap DIMENSI kehidupan,sosial,ekonomi,politik dan kebudayaan.Kondisi masyarakat juga semakin hari berubah.Perubahan dunia hari ini sememangnya memaksakan lebih lagi pada pendakwah atau ulama untuk bersiap siaga dalam menghadapi dunia yang semakin rencam ini.
Jika di lihat pada hari ini begitu ramai sebenarnya mereka-mereka yang berilmu yang boleh ke hadapan dalam merentasi masalah umat sejagat ini tetapi sayangnya golongan setengah seperti yang berasa cukup selesa ilmu di dada tidaklah memberi semaksima secukupnya dek kerana kurangnya kemahiran dari pelbagai dimensi.Sikap atau kemahiran MULTIDIMENSI ini penting bagi golongan ulama yang tidak sekadar tempat rujuk pada sudut tertentu sahaja.

Golongan ini bukannya sekadar menjadi penghukum kepada kesalahan malah lebih bertanggungjawab dalam menjadi "JURUDIDIK dan "JURUFIKIR" bagi masyarakat.kemahiran yang di miliki oleh mereka bukanya dalam hal keagamaan semata-mata malah menjadi pencetus kepada penghasilan teknologi-teknologi muasir .Golongan ini mesti bersifat "MULTIDIMENSIONAL" dengan tidak menguasai bidang tertentu sahaja.

Ibnu Qayyim pernah menyatakan' Seorang fakih adalah orang yang bijak menggabungkan antara hukum wajib dan keadaan semasa".

Jika dulunya watak pendakwah peringkat dunia di tandai oleh kehebatan imej pelayar,peniaga dan panglima perang,sewajar kini dakwah kontemporer di tampilkan oleh ahli korporat,peguam,jurutera dan pelbagai imej profesional yang lain.
Ibnu Khaldun pernah menegaskan bahawa kesenambungan sinar peradaban sesuatu umat bergantung kepada kemampuan mereka mengekalkan peradaban berupa identiti ,agama, dan budaya dengan adaptasi sesuai perkembangan zaman tetapi tidak sampai merosakkan peradaban silam.

Justeru,penulis mengajak diri dan semua untuk bersama dalam menggerakan perubahan pemikiran untuk bersedia dalam membina minda khalifah,negarawan untuk bersama sekali lagi dalam mencetus perubahan demi kebaikkan bersama.FIKIRKANLAH

TERBANG


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

Pada malam transformasi pimpinan negara hari ini membuat penulis tertarik untuk mentajdidkan minda bersama di ruangan serba putih ini.Kali ini tajuk "TERBANG" berjaya mencuri hati ini untuk bersama-sama kita berfikir dan merenungi tentang di sebalik kalimah yang tersirat yang kadangkala di abaikan padahal memberi pengertian yang cukup-cukup besar pada hari ini.Tidak mustahil hari ini manusia sering mengabaikan perkara yang besar dan sering bergaduh perkara yang remeh dan kecil kerana hanya melihat pada tersurat bukan tersirat di sebaliknya.
Dewasa hari ini terlalu ramai golongan yang bergelar "USTAZ" yang kononnya boleh menjadi tempat rujukan di tengah-tengah kegelapan demi mencapai sinaran cahaya malangnya pemikiran golongan ini tidak pernah memberi impak semaksima kepada mereka yang perlu.
Adakah golongan ini pada hari ini sekadar menambah bilangan yang sudah ramai atau fungsinya adalah semata-mata untuk membaca tahlil?

Di manakah golongan ini yang sudah bersedia dengan pelbagai kemahiran yang mempunyai daya pemikiran pada skala yang luas?
kuncinya yang penulis ingin sampaikan adalah" TABIAT TIDAK JEMU MENCARI ILMU"
Budaya menuntut ilmu mestilah wajib ada pada setiap individu khususnya mereka yang bergelar da'ie pada hari ini untuk bersama dalam menyuluh kejahilan hari ini.
Hari ini kita mencari di manakah generasi salehuddin yang di tinggalkan bertahun-tahun dahulu untuk di capai hari ini?...
Manusia yang berjaya adalah manusia yang sering mencari kebenaran dengan mengembara atau merantau bertujuan meninba ilmu dan memperkaya pengalaman serta memperbaiki diri untuk menjalani kehidupan seterusnya melahirnya pemikiran generasi salehuddin.

Jika kita sering melihat seekor merpati terbang di waktu pagi mencari-cari rezeki pada hari itu dan akan kembali memberi makanan kepada anaknya begitu juga manusia hari ini perlulah lebih terbang lagi tinggi daripada merpati untuk mencari ilmu untuk di bawa pulang memberi cahaya dan petunjuk kepada manusia lain dan ingatlah apabila kita berjaya terbang begitu tinggi melangit yang akhirnya merasakan rendahnya diri ini di sisi tuhan.

Penulis menyedari tiada yang dapat membantu umat ini selain membetulkan cara pandang pada akidah yang suci sebaga cara dan gaya hidup dunia ini.Inilah yang menaikkan nilai para sahabat Nabi,dari kelompok yang membunuh anak sendiri,yang bercakaran dan berperang sesama sendiri,kepada umat yang mentadbir alam ini
Inilah yang harus dilakukan ketika ini.Fikir dan renungkanlah.
Jadilah golongan yang sentiasa "terbang" untuk mencari tuhan demi kebenaran yang hak .
untuk sekalian akhirnya penulis akan terbang ke madinah untuk mengerjakan ibadah umrah serta temuduga univrsiti islam madinah pada 8.4.2009.Doakan supaya di permudahkan segala urusan.

Permata di hadapan mata

Alhamdulillah di tengah kesibukkan masa akhirnya berjaya juga untuk melepaskan rindu di ruangan emas ini.Begitu banyak isu yang tidak sempat di kongsi di ruangan ini lebih-lebih lagi keaadaan yang memaksa untuk bertindak dengan pantas sekali.Dalam keadaan krisis politik,ekonomi yang tidak menentu ini dan bercelaru dengan kekalutan,kekotoran dan pencabulan hak asasi yang zalim ini memaksa sekali lagi penulis bertindak sebagai orang yang bertindak.Kenapa hari dan saat ini islam sudah lagi tidak lagi di letakkan di atas dan segalanya. dan kenapa juga hari ini kejahiliah menguasai dunia sedangkan kejahiliah ini mesti di tentang sehabis-habisnya? sememangnya kesilapan perlu di sandarkan kepada orang yang memahaminya.

Penulis analogikan kisah yang terjadi kepada manusia bernama hafiz suatu ketika dahulu.Seorang hartawan yang memiliki ladang-ladang yang cukup banyak.Pada suatu hari seorang ahli silam berjumpa dengannya yang mengatakan kepadanya bahawasanya ada sebutir permata yang mampu untuk menakluki negara dan selombong permata mampu menakluki dunia. Kerana ketamakannya akhirnya hafiz memgembara mencari permata ke merata dunia sehingga kemuncaknya hafiz berada di teluk barcelona dan kecewa usahanya tidak berjaya akhirnya membunuh diri dengan mencampakkan dirinya di tengah-tengah laut. Dalam masa yang sama seorang permuda melalui ladang hafiz lalu menjumpai permata di tengah ladang hafiz akhirnya pemuda ini menjadi jutawan.Kesimpulan yang ingin di sampaikan penulis adalah permata yang penulis ingin maksudkan di sini adalah islam itu sendiri.Mengapa nikmat islam yang sudah di beri tidak di sempurnakan dengan sempurnanya dan mengapa perkara lain atau kejahiliah di cari sehingga mampu membawa kepada kebinasaan.........? persoalan ini penulis lontarkan untuk kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan.