Sepanyol ketika dahulunya sememangnya terkenal dengan kesuburan pusat keilmuan islamnya,ketamadunan peradan politik dan budaya ekonominya malah pengeluar produk pemikir ilmuwan islam ketika itu.Kekayaan bahasa dan sasteranya sehingakan melahirkan IBNU KHURUJ.IBNU ALHAJJ dan ABU HAYAN AL GARNATHI.
Hendak sahaja saya berada di cardova untuk menyinap kekayaan ilmu yang telah di curi barat suatu masa dahulu.Barat telahpun bijak mencuri khazanah yang pernah menampilkan IBNU SINA,AL FARABI,IBNU RUSYD
Proses penterjemahan kitab AS SYIFA' ibnu sina ,IHSAN AL ULUM al farabi,MAQASID AL FALSAFAH al ghazali dan banyak lagi suatu ketika telah memberi makna kepada tamadun eropah masa itu.Segala kesuburan tamadun ilmi bermula dari islam kemudiannya eropah merampasnya membuktikan eropah memang kebuntuan kejahilan sedang budaya akhlak bangsa itu berada di tahap yang cukup kritikal.Masih kita mengagongkan ketamadunan barat sedang ianya berpuncak bermula sejak figure penaklukan sepanyol MUSA BIN NUSYAIR,THARIF BIN MALIK dan THARIQ BIN ZIYAD.
Semestinya kita mengambil iktibar apa yang terjadi di sepanyol untuk kita berusaha menanam misi merampas balik.Kita perlu bijak sebagaimana bijaknya yahudi menghacurkan islam di sepanyol hanya memberikan alkohol dan rokok kepada umat islam yang memberi kesan sehingga sekarang.Sejarah kejatuhan KOTA GRANADA pada 1april cukup memberi pengajaran.
Saya teringat kata-kata pengerusi ikim,TAN SRI AHMAD SARJI mengatakan pentingnya ahli ilmu di hargai dan di teliti ilmu serta pemikirannya supaya generasi mendatang mengenl sejarah silamnya,dengan kekuata berfikir minda karyawan dan ilmuwan berwibawa.Jelas dan nyata KELESUAN dan KEMUFLISAN intelektual yang nyata memberi
gambaran ketamadunan hari ini.Tamadun islam di zaman puncaknya berada pada budaya intelek yang tinggi lalu menangkis sentimen kemajuan bermula dari baratt!
Amat rugi umat islam hari ini sekiranya sejarah di biarkan berlalu begitu sahaja kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Biarkan sahaja kejatuhan ustmaniyyah menjadi kenangan!.
Biarkan sahaja SOLOMON IBNU GABIROL seorang penterjemah yahudi suatu ketika merampas falsafah keilmuwan islam!
Biarkan sahaja GRANADA di tumbangkan dan orang islam di perbodohkan!
kelesuan dan kemuflisan intektual bakal menjadi korban kepada barat yang sedang bermaharajalela!
Bukankah itu yang kita MAHU?
Saya tinggalkan persoalan itu untuk kita sama renungkan bersama.Saya menanti hari yang sesuai untuk mencari sebuah buku bertajuk "RISALAH KAUM MUSLIMIN "karya al attas yang di cadangkan kepada saya oleh abang wan faisyal.Fokus saya mesti di ISTAC dengan izinNYA untuk mencari banyak lagi buku untuk mengkaji dan berkongsi kepada kamu sekalian!
Saya tetap dengan variasi saya meneruskan aksi di pentas ini sebagai penuntut di tahun akhir di kampus ini.Sebagai status tahun akhir pengajian sebenarnya banyak mencabar dan menakutkan malah ianya hakikat yang mesti saya lalui sebentar nanti.Menakutkan sebuah perpisahan pasti berlaku namun bahtera pasti tidak akan tenggelam.
Semestinya pertanyaan hala tuju selepas ini selalu berlegar di telinga saya,yang pasti saya hanya mampu tersenyum.Pengkajian sejarah ketamadunan dan pemikiran yang lebih serius pastinya menjadi pilihan langkah saya selepas ini walaupun bersimpang jauh dari pilihan sahabat yang lain.Pengajian bahasa di luar sana pastinya saya nantikan untuk terus menelaah kitab yang lebih berat.URDUNI dan EROPAH destinasi saya untuk mengembara melihatNYA di samping misi merampas apa yang dirampas suatu ketika akan saya jernihkan.Mungkin itulah dimensi saya bakal menanti.
Saya tinggalkan dimensi itu sebentar,apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini adalah berkaitan watak islam yang semakin hampus saat ini.Banyak faktor yang boleh di lihat punca watak ini yang semakin berubah watak asalnya dek kerana kedengkelan ummatnya.
Saya sempat berkongsi dan mendengar amanat naqib saya semalam(terima kasih along sempat datang sini kongsi ilmu)berkaitan beberapa isu tetapi berkaitan isu “exclusive” islam menarik saya untuk fokuskan.Mungkin perbincangan kami ketika itu lebih kepada method penyampaian dakwah.
Pada ini saya cuba fokuskan view yang lebih luas maksud watak ini.Pandangan saya islam eklusif tetapi berperinsip.Watak exclusif yang telah di salah gunakan sesetengah kita khususnya saya fokuskan kepada ahli gerakan islam.Watak eklusif ini yang telah menjadikan pendokong islam semakin jumud walaupun ia menafikan ketidakperasan perkara itu.Saya melihat lagi bagaimana sebahagian ahli “PAS” yang masih dibelenggu watak ini sehingga membuka ruang kepada “UMNO” yang semakin tenat makin dapat bernafas sikit demi sedikit hasil permainan isu.
Saya tertarik kebijsanaan strategiknya Rasulullah menunjukkan bahawa islam bukannya eklusif sehingga tidak boleh di kongsi pandangan,pemikiran,daripada non islam.Kita mengambil kisah bagaimana kebijaksanaan rasulullah melepaskan tahanan kafir dengan mengenakan syarat dahulu dengan mengajarkan anak-anak orang islam menulis dan membaca.Bagaimana Rasulullah menggunakan pandangan al farisi untuk menggali parit di dalam peperangan.Islam boleh menerima segala dari segi teknik dan alat sama ada material manusia,pemikiran daripada tamadun lain.
ISYAK HUNAIN seorang kristian telah di beri peluang oleh islam untuk memainkan peranan penting dalam mengendalikan penterjemaah dan pembinaan tamadun islam pada abad pertengahan.Bagaimana islam menggunakan kertas dari cina dan kaedah mantiq dari yunani.Islam juga pernah mengambil nombor dari india.Dari segi “ISI” tamadun islam amat memilih walaupun banyak bahan falsafah,sains,perubatan,matematik di terjemahkan dalam yunani tetapi bahan keagamaan dan sastera tidak di terjemahkan.
Watak yang mesti di pegang umat islam adalah mestilah bersatu padu dalam menghapuskan thagut abad 21 ini.Penyatuan iman dan islam serta roh jihad kebangkitan mesti di satukan.
Buanglah watak pengecut dalam menghapuskan kezaliman.Invarsi TARTAR suatu ketika dahulu telah membuatkan umat islam menjadi pengecut lalu ruang kezaliman tartat menjadi lebih luas.
Buanglah sejauhnya watak seperti IBNU ALQAMRI seorang perdana menteri yang menjadi pengkhianat bangsa demi mempertahankan wilayahnya.
Buanglah jua watak IBNU HAJAR BIN ADI yang suka mencetuskan perperangan dan permusuhan ketika konflik era muawwiyah suatu masa.Contohilah MUGHIRAH BIN SYUAIB yang menjadi pendamai permusuhan.
Patutnya kita mengambil sikap Ulama yang tidak pernah berhenti lelah mempertahankan islam dari imperialisme modern yang begitu tidak pernah berhenti menjatuhkan islam.Ambillah semangat keberanian yang di tunjukkan OMAR MUKHTAR di libya.AMIR MUHAMMAD KARIM AL KATHABI yang tidak lelah berjuang mempertahankan maroco waktu itu.SAID NURSI berjuang di turki di bawah jahanam artartuk.Itulah WATAK ISLAM yang sebenar.
Saya hentikan penulisan ini dengan mengimbau kembali bagaimana HAMKA pernah menyebut di dalam dialognya bersama anaknya berkaitan kejatuhan melaka berpunca watak manusia!.Sesungguhnya teori mengatakan sejarah pasti berulang adalah tidak benar tetapi WATAK MANUSIA YANG TIDAK MENGIKUT ACUAN ISLAM punca sejarah datang kembali.
STATISME INTELEKTUAL
Saya tidak boleh memaksa orang lain untuk mengahabiskan pembacaan dam memaksa membaca tetapi sekadar peringatan dan natijah kebaikkan untuk orang itu.Oleh itu saya melihat hasilnya keintelektual mahasiswa islam hari ini terus mundur untuk kehadapan lebih maju dan terus di mandulkan oleh mereka-mereka yang berjiwa kecil dari terus bersuara dan bertindak dalam isu ummah hari ini.Sungguh hari ini suara liberisme semakin menyalak di lapangan dalam kita tidak pernah selesai bergaduh hal-hal kecil.Sedang hemegoni kuffar sedang bersenyum di luar sana tetapi kita asyik sibuk mendownload bahan-bahan picisan kuffar.Sedang sebenarnya kita sudah terkeliru oleh mainan kuffar.
Pastinya islam sangat memuliakan orang-orang yang berakal dan islam itu memuliakan dialog-dialog yang berakal dari jiwa yang segar perubahan kebangkitan islam.Oleh itu saya terus menulis bagai wadah usaha membuka minda daripada isme-isme maoden abad ini yang memesongkan minda terjajah.
Peradaban islam sungguh telah bersinar terang dari peradaban yang lain sehingga mencapai kemajuan ke peringkat kemuncak ketika para fuqaha telah berjaya mencari altenatif memasukkan sumber intelektual ke dalam peradaban selepas nilai intelektual telah mati suatu ketika dahulu.Jelas sekali di katakan penulis barat itu ALYAD WAMIBLY menyebutkan bahawa semua bidang islam itu telah di pelopori oleh cendikiawan islam yang menampilkan suatu ketika dahulu AR RAZI,IBNU SINA,NABAGH FIRNAS,AL BIRUNI,IBNU RUSYD.Semua itu telah berjaya kerana mengikuti peraturan islam yang benar.
Kaum Muslimin berjalan sehingga abad ke-4 hijrah sehingga pelita ilmu pengetahuan menjadi padam dek kerana terikat dengan kepuasan karya-karya terdahulu,tidak menambah penemuan-penemuan baru serta sifat angkuh kepada bangsa-bangsa yang lain dan tidak berani untuk maju kehadapan.Inilah yang di maksudkan dengan statisme intelektual yang di belenggu umat islam suatu masa dahulu yang pernah di doktrin oleh ajaran yang di bawah DAUD ASFAHANI yang berjaya membawa ajaran zahiri kedalam umat islam ketika itu.Ajaran yang mengamalkan zahir nahs semata-mata dengan mengetepikan kaedah qiyas.istimbat sesuatu nash memberikan kesempatan orang islam ketika itu menjadi malas untuk berijtihad.Saya melihat ajaran zahiri secara freemoson telah pun berjaya memasuki ke kampus saya walaupun tidak di sedari.Secara tidak langsungnya mematikan dan menutup budaya ijtihad ataupun intelektual.Hal ini telah menutup secara langsungnya budaya ilmu dan membuka ruang statisme intelektual,
PERKASAKAN BUDAYA ILMU
Hal ini banyak kali saya bangkitkan di dalam penulisan saya sebelum ini yang banyak menyentuh berkaitan dengan budaya ilmu.Sikap terhadap enteng budaya ini telah di buktikan oleh pemerintahan turki suatu masa dahulu yang leka kepentingan ini menjadi punca kejatuhan.Hal ini telah di rumuskan oleh SYED NAQUIB AL ATTAS sebagai kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu.Ia bependapat semangat nasionalis dan perpaduan jika tidak di kembangkan dengan ilmu akan menjadi alat memimpin secara kuku besi.Malang lebih keruh melahirkan cauvisme yang amat sempit.
RAYHAN ALBIRUNI menunjukukkan dirinya amat mementingkan ilmu walaupun di ambang kematian.Hal ini dapat di lihat ketika beliau meminta jawapan fikah setika ambang kematian.Menunjukkan beliau tidak mahu mati dalam kejahilan.Begitu juga yang berlaku kepada ABU HASSAN AL TAMIMI seorang yang buta tabah mencari ilmu sehingga menjadi ulama fekah.IBNU HAZM dan IBNU KHALDUN telah membuktikan bahawa kesenangan dan kemewahan bukan faktor untuk mematikan usaha mencari ilmu ini.Mereka tidak memanjakan diri menjadi malas.Saya selitkan lagi kisah IBNU RUSYD yang hanya bercuti selama 2 hari sahaja sepanjang hidupnya sepenuhnya menumpukan pengajian dan pendidikan.Kemiskinan bukan penghalang segalannya,ianya telah di buktikan oleh L GHAZALI,SYAFIE,FAKRUDDIN ARRAZI malah kesemua itu di lalui penuh kesusahan.
SIKAP HORMAT DAN KRITIS
Sikap yang mesti ada pada setiap pencinta ilmu khususnya penggerak islam dalam pembinaan budaya ilmu dengan keberanian memahami ilmu dahulu dan semasa .Sikap ini telah di tunjukkan ARISTOTLE ketika berbeza ajaran daripada gurunya PLATO kerana mempunyai hujah yang baik(plato is dear to us but truth is dearer)
Saya melihat sikap ini makin terhakis mahupun sudah hilang pada ilmuwan-ilmuwan saat ini kerana tidak berani menyatakan pandangan dek kerana menjaga kehormatan.Pandangan saya itu silap malah menjadikan kita semakin hilang punca untuk berfikir.Saya melihat mereka lebih terikat pada semangat fanatisme atau kepartian.Contohilah keberanian IBNU KHALDUN dan contohilah kritikan cinta IMAM SYAFIE terhadap IMAM MALIK sehingga imam malik terpaksa mengurangkan sebahagian daripada MUWATTA.”Teguhilah dan kritiklah aku jika aku membuat kesilapan”Kata SYAFIE kepada imam-imam ketika itu.Sesungguhnya islam terbinanya bukannya mengikut ekslusivist tapi universal yang berperinsip.
Mungkin perkongsian santai ini dapat saya mengubah sedikit sebanyak persepsi golongan muda yang begitu cepat melatah dan tidak menghormati disiplin intelektual yang telah di gariskan.Selepas ini saya akan terus bersama berkongsi dan tidak sabar untuk membaca karya JOHN ESPOSITO berkaitan ancaman islam.SELAMAT MEMBACA:)
Dialog boleh di ertikan sebagai suatu percubahan perbezaan pendapat antara dua pihak,kepercayaan atau pandangan untuk melakukan sesuatu aktiviti bagi mendapat kesefahamanan yang baik serterusnya dapat mewujudkan sikap saling memahani antara satu sama lain.Dialog juga di sebut dengan muzakarah,mujadalah bagi melengkapi benih-benih fikiran untuk di satukan mencapai kekuatan optimum penyelesaian.
Buruk yang terjadi dunia hari ini konsep tersebut tidak di capai sebaik-baiknya malah sebaliknya perpecahan yang berlaku.Konflik secara dalaman dan luaran semakin parah tercetusnya hingga belum suatu perancangan yang kokrit dan praktikal dalam menyelesaikan konflik ini.Seperti kata ALWI SHIHAB bahawa soal mana yang lebih benar dan salah bukan tujuan dialog.Itu semua urusan Allah.tetapi yang menjadi fokus dialog itu mencari TITIK TEMU.Jika titik temu tidak dapat di jumpai malah egoisme pendapat menjadi puncak segalanya tidak mustahil menjadi penyebab kehancuran.Sesungguhnya islam mengajar konsep menghormati antara yang lain serta agama lain.Sejarah menunjukkan bahawa nabi dan khalifah ryasidin tidak pernah menular agama selain islam apatah lagi menyuruh untuk menukar agama demi syarat untuk hidup bersama kaum muslimin.Nabi menerima kunjungan kristian dari najran.Nabi menyambut baik rombongan seramai 60 orang yang di pimpin ABDUL MASIH AL AYHAM dan ABU HARITHAH AL GAMA.Ini jelas menbuktikan bahawa islam tidak meminggir kaum-kaum yang lain selain islam.
Mungkin benar sekali IBNU RUMI mengatakan "memang aneh dunia ini,engkau menginginkan orang lain bersih sedang engkau sendiri tidak bersih" .Virus HEGEMONI KUFFAR sememangnya tidak akan terhenti malah di lebarkan skopnya sehingga kepada pengekspotan budaya,ekonomi,undang-undang dan pemikiran.Itulah yang membarahkan umat islam hari ini yang telah di peradabankan oleh virus ini sehingga mencapai tahap dominan ketika ini.Terbukti di dalam MUKADDIMAH IBNU KHALDUN apabila sesuatu kaum atau bangsa sudah hilang budaya jati diri dalam kehidupannya maka mereka terpaksa mengikut budaya jati diri yang lebih dominan ketika itu.Maka tidak hairanlah hari ini begitu parahnya ikutan liberalisasi,amerikanisasi yang kononnya menjadi pejuang keadilan sejagat melalui "new world order" cuba menjadi kuasa di muka bumi ini.
Saya melihat secara jelasnya di sini punca terjadi permasalahan ini berikutan suatu yang pernah berlaku abad Romawi di mana kaum intelektual dan keagamaan ketika itu cukup-cukup parah dari sudut penerimaan perbezaan,egoisme,fanatisme yang melampau serta penghayatan ketuhanan tidak di hayati langsung dengan menyamakan konsep ketuhanan sama seperti benda lain.Ketiadaan TTIK TEMU dalam pemasalahan ini yang mengakibatkan DIALOG semakin di tepikan.
Tegasnya bahawa dialog menuntut kedua-dua belah pihak memilih dan bekerjasama daripda berkonfrontasi serta salah menyalahkan.
Jelasnya wajibnya untuk kita mengambil inisiatif untuk merapatkan lagi jurang perbezaan agama,kaum,dan pendapat yang berbeza ini.Konsep LITAA'RUF saling kenal mengenali mestilah di praktikkan untuk kita bersama menangkis TEORI HUNTINGON ini melalui gagasannya CLASH OF CIVILIZATION.
Mekanisme peradaban ini perlu di bina segera.Mewujudkan simbiosis di anrtara peradaban merupakan langkah yang terbaik untuk membina kesepakatan yang sejagat.Kemunduran ummah tidak terjadi sekiranya kita tidak menjadi bangau kepada kuffar.Sekali lagi saya tegaskan bahawa konflik ini tidak akan terjadi sekiranya faktor ilmu yang mengawal pendirian dan pemikiran kita.Teruskan modal intelek,kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.Teruskan MENGKAJI dan BERFIKIR!!!
Sejarah membuktikan keterburukkan islam tidak berlarutan seperti saat ini bagaimana islam terus bangkit selepas abbasiyyah di jatuhkan pasukan Tartar dengan mendirikan terus segera khilafah islam yang baru di turki iaitu turki uthmaniyyah adalah kerana berpegangnya kepada quran dan sunnah Rasulullah.Berbeza hari ini konsumsi doktrin-doktrin barat terus saat ini.
Kita di bodohkan hari ini dengan permainan jarum yahudi yang tidak pernah henti setiap saat memikirkan kehancuran islam
Sistem kapatalisme,sosialisme,nasionalisme,chaunisme yang melampau hari ini yang tidak bertunjangkan islam serta pemimpin penguasa ala-ala Zaman Romawi abad ke-6 hari ni jelas menunjukkan umat islam perlu sedar dan bangun daripada penindasan jahiliyyah ini.EDWARD GIBBON pernah berkata dalam bukunya bahawa mesir abad ke 7 telah menjadi negara yang sengsara kerana banyak pertikaian agama dan penindasan penguasa.Materialitisme dan nasionalisme yang menyempang jauh daripada akidah menjadi budaya golongan penguasa ketika itu.
Di sini gagasan saya lebih kepada memikirkan bagaimana mencapai golongan QURANIK,ENSIKLOPEDIK,IJTIHADIK yang membawa maksud seluruhnya golongan membaca,memahami,menghafaz al-quran serta berakhlakkan quran.Golongan yang hebat dalam pelbagai ilmu dan kemahiran yang semestinya kreaif dan mampu mengubah ummah.Sesungguhnya barat sebenarnya terkenal dengan kebodohan yang amat nyata suatu ketika sentiasa mengambil segala bentuk keilmuan islam tetapi kebodohan barat ketika itu telah di terjemahkan umat islam hari ini yang tidak pernah berusaha menghakis kejahiliyyah pada diri.
DI sini juga bagaimana melahirkan golongan yang berani seperti ulama suatu ketika yang berani menentang kaum TARTAR yang di pimpin HULAKO ketika menakluk baghdad yang telah megemukan perlembagaan yasik iaitu ajaran yang mencampurkan islam dengan agama kristian dan akal fikiran mereka.
Golongam muda ataupun mahasiswa hari ini sememangnya sudahpun terpesong yang asyik membudayakan MATERIALISME.Pencapaian dunia adalah segalanya sehingga tidak sedar telah menghitamkan dunia.Di mana tanggungjawab bersama terhadap umat islam?
Saya terus mengkritik golongan burung kakak tua di kampus saya sendiri yang merealisasikan kata-kata MOCHE DAYAN iaitu panglima perang israil menyatakan bahawa kelemahan umat islam adalah umatnya yang malas membaca,mengkaji sejarah.Kakak tua ini selalu menyebut JILUN QURANIYUN FARID padahal suatu kalimat yang begitu berat untuk di ungkapkan tanpa di praktikkan.Sesungguhnya SYED QUTB dalam MAA'LIM FITTARIQ jelaskan bahawa
generasi yang faham agama dan tidak tenggelam dengan arus kemodenan.Ianya di bimbing oleh nilai akhlak quran itu sendiri.
Segunung harapan seteguh gagasan untuk terus merealisasikan'jilun quraniyun farid,jilun nasr,Rausyafikir,generasi intelektual.
Saya mengakui memang susah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari serta begitu susah sekali melukis wajah dunia tanpa pengorbanan dan keberanian jika tidak di terjemahkan oleh RABI' IBNU AMIR.
Tidak juga menjadi jika kesanggupan kesyahidan tidak seperti AMRU IBNUL JAMIL dan tidak juga tanpa kerelaan ABU DUJANAH yang melindungi Rasulullah daripada serangan panah yang bertubi-tubi dengan ketabahan MALIK AL KHUDRI yang menyedut darah Rasulullah yang mengalir kencang.Tidak juga islam itu begitu laju kehadapan tanpa perselisihan pandangan untuk kebaikan islam itu sendiri.Contohilah IBNU ABBAS dan IBNU UMAR,SYAFIE dan MALIKI.
Bagaimana kegelapan tamadun itu amat merugikan umat islam yang menjadi punca sebenar kemunduran islam hari ini berpunca daripada pemimpin dan keghairahan material dan sikap rakyat yang patuh dengan kemungkaran penerobosan etika yang melampau pemimpin sebuah negara itu.Sejarah mengambarkan bagaimana KAISAR BAHRAM dalam pemerintahan parsi yang menggunakan sistem nafsu dujana dan penindasan menjadi punca kejatuhan kerajaan romawi timur dalam abad ke-6
Berbekalkan keimanan yang luas serta berkat ajaran al-quran yang penuh keajaiban,Rasulullah berjaya menciptakan suatu kehidupan baru yang penuh harmoni.Fokus pemerhatian rasulullah ketika itu adalah mengembalikan tabiaat manusia yang dalam kejahilan kepada kepada iman dan akidah yang mendalam
Buktinya kita melihat UMAR ALKHATAB menjadi kekuatan kepada islam yang asalnya begitu bengis dan kasar amalan jahiliyyahnya.KHALID AL WALID yang terkenal sebagai panglima kaum quraisy telah berubah menjadi pedang ALLAH yang berjaya menumpaskan kerajaan Romawi suatu ketika.SAAD IBNU WAQAS yang dulunya tidak di kenal namannya akhirnya islam membawa nama ini di pelosok dunia.Begitu juga SALMAN ALFARISI yang dulunya hanya sebagai budak yang lepas dari satu majikan kepada majikan akhirnya menjadi hakim di wilayah persia untuk mencurah bakti kepada islam.Begitu ramai sekali jika di katakan.Itulah bukti kejayaan nabi dalam mengubah pemimpin jahiliyya menjadi manusia teladan.
Perjalanan ini di teruskan oleh IMADUDDIN ZANKI dan diserahkan kepada NURUDDIN ZANKI sehingga akhirnya kepada SALEHUDDIN di saat kritis umat islam sehingga salehuddin berjaya menakluki dan mengusir tentera salib.KEGEMILANGAN ISLAM di gelapkan oleh bangsa tartar sehingga AL FATEH berjaya menakluki kostantine dengan kegemilangan usmaniyah saat itu..
Persoalan ketika islam sudah berjaya ketika itu akhirnya jatuh dek kerana kelalaian umat islam itu sendiri.mungkin perkongsian ini membuka minda kita untuk berfikir untuk mencari cahaya-cahaya yang hampir padam saat ini.Secara peribadinya saya banyak mengetahui daripada ABUL HASSAN ALI NADWI dalam bukunya KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM.InsyaALLAH saya dalam mengkaji satu kajian tentang fundamentalisme islam.Moga ALLAH memberi kekuatan segala pengkajian ini dapat lagi merapatkan hubungan denganNYA.
Buku ini mesti di paksa untuk di hadam sebaiknya.Aku mesti gagahkan diri untuk membeli dan memahami setiap buku yang di telaah.Itulah yang selalu bermain di minda ini setiap kali untuk membeli sesuatu buku.Sesungguhnya pembacaan yang di selarikan kefahaman sememangnya membuka skop minda penulis daripada kesempitan.
Pastinya sudah menyanjadi suatu kewajipan kepada umat islam untuk menceduk semula ilmu khazanah islam yang telah di rampas barat suatu ketika dahulu bukannya menyalahkan barat sebulatnya tanpa berusaha merampasnya balik.Itulah kesilapan umat islam saat ini.Di sini penulis berasa tanggungjawab untuk memperkenalkan suatu buku yang wajib untuk setiap jemaah kampus khususnya berkaitan dalam menyusun strategi pergerakkan dan perjuangan politik dalam sirah nabi saw.
Ketika banyak pergerakan islam kontemporer layu sebelum berkembang,buku ini insya'allah dapat memberikan suntikan energi yang dahsyat sekali sehingga menjadi referensi WAJIB bagi para aktivis dakwah dan harakah islam.Lebih dari itu publikasi karyanya bukan hanya keasyikkan intelektual penulisnya tapi lahir dari pengalaman MUHAMMAD AL-GHADBAN sehingakan menjadikan roh kepada kesegaran buku ini.
Buku yang di maksudkan penulis yang memaksa diri ini menghabiskan sepantas pemahanaman sebanyak 700 halaman setiap satu jilid adalah MANHAJ HARAKI karya syeikh Munir Al-Ghadban dan buku sirah nabawiyyah MUBARAKFURI yang cukup-cukup menghidupkan sirah yang terperinci mengikut edaran zaman semasa.
Penulis mengajak kepada semua untuk bersama-sama untuk memperbanyakkan lagi bahan bacaan semasa bukannya terikat semata-mata kitab haraki sahaja yang biasanya boleh menyempitkan pemikiran segar para aktivis khusunya tanpa kita menguasai segala bentuk kajian yang lain contohnya teknologi,ekonomi,psiokologi,tadbir,sains,dan banyak lagi yang memerlukan analisa yang tajam serta daya kritis yang tinggi.

Pada waktu di mana keadaan manusia yang sudah tiada nilai dalam menggunakan nikmat yang diberi kepadanya yang alpa melakukan kerosakkan dalam erti usaha untuk memburukkan atau mempelagakan sesama manusia dengan membuat perpecahan serta cukup bernafsu dalam mengkritik secara hodohnya tanpa mengetahui akikat keadaan sebenarnya begitu merunsingkan penulis malah umat islam laginya.Namun realitinya bahawa sikap golongan yang bijak merosakkan kepada perpaduan ini mestilah di buang sejauh-jauhnya.
Pernahkah kita berfikir sebentar untuk memikirkan keaadan politik,ekonomi,social di Malaysia pada tempoh satu dekad yang akan datang? Bagaimana kualiti pemimpinya pada akan datang?Bagaimana pula kualiti kepimpinan yang bakal mencorak warna Negara?HIJAU ataupun BIRU yang semakin tenat dan terdesak ketika ini?.Persoalan ini penulis ajukan untuk kita bersama membuka minda yang kian hari semakin di jajah oleh pemikiran-pemikiran nasiolisme yang tidak perlukan kepada perubahan membawa kepada kebaikkan.
Pastinya kita akan menginginkan pemimpin yang futuristik tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang bersama rakyat dan bertanggungjawab apa yang di pimpinnya bukannya bersama ketika kempen piliharaya semata-mata yang tahu hanya menghabiskan duit rakyat demi kepentingan diri.
Pak Hamka meletakkan pandanganya dan mengakui bahawa sudah sunnahtullah segala sesuatu berjalan dengan pimpinan.Tanpa pimpinan yang mantap akan memberi ruangan atau laluan kepada kelenyapan sebuah tamadun itu.
Insafilah sejarah agar tidak menjadikan pimpinan di Negara kita seperti KETAM yang mengajar anaknya berjalan lurus tetepi hakikatnya masih tidak lagi mampu menunjukkan’USWATUL HASANAH’. Jangan pula menjadikan kepimpinan kita seperti SANTA CLAUS yang hanya berselindung pada wajah yang cantik dengan menyumbang pelbagai hadiah kepada orang lain namun pada hakikatnya menumpang tuah orang lain iatu barang bukan miliknya, Jangan pula berwatakkan seperti FIRAUN,QARUN yang rakus dan tamak haloba pada harta sedangkan hakikat keperluan rakyatnya tidak terbela.
Jiwailah keperihatinan SEMUT yang menyeru anak buahnya supaya berlindung di kala kedatangan rombongan tentera sulaiman yang melentasi kawasan mereka.Aspirasikan juga semangat dan kekuataN yang di tunjukkan KURA-KURA dalam menyahut cabaran arnab hingga mampu mengalahkannya.
Di manakah kayu ukur kita dalam meletakkan criteria seorang pemimpin Kita tidak mahu menjadi parasit yang hanya mengharapkan tuah bakal datang.Semangat lalang juga perlu di buang dalam membentuk kepimpinan maka jadilah benih yang mampu subur di merata tempat tanpa di kuasai masalah keliling.
Kepimpinan yang tidak “lekang dek panas lapuk dek hujan” idealisme perjuangan dalam menegakkan perinsip kebenaran.Mentaliti “WHAT DO I GET “semakin menjadi-jadi budaya kepimpinan kita khususya remaja perlu di cantas secepatnya.
Ilmuwan besar seperti Agus Salim pernah mengungkapkan bahawa “MEMIMPIN ITU DERITA” iaitu orang yang berakal berasa derita sekali di tengah-tengah kenikmatan tetapi orang yang jahil berasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan.
Penulis menuju kembali kisah yang di tunjukkan bagaimana Nabi Yaakub seorang pemimpin yang memiliki berotak perancang dengan baginda berpesan kepada setiap anaknya bahawa tidak memasuki pintu yang sama yang akhir natijahnya berpihak kepada kebenaran.Pemimpin sejati adalah pemimpin yang mencintai tdadisi keilmuan dan mencintai kebenaran untuk di pandu ketika saat kritikal menanti hadapan.
Sesengguhnya generasi ulama yang berotakkan BRILLIANT ketika ini pasti menjadi pilihan untuk mengekalkan perjuangan islam pada saat ini di ambang muktamar PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya"-Hamka-
Penulis tertarik dengan kenyataan yang di keluarkan oleh perdana menteri kita yang ke-6 yang menyarankan dan berhasrat untuk menjadikan malaysia sebuah negara membaca.Kenyataan ini sememangnya begitu menggembirakan penulis dan tahniah kepada Dato Seri Najib yang begitu tnggi harapan di letakkan kepada rakyat malaysia agar menjadi negara yang di pelopori oleh golongan yang membaca dan berpengetahuan luas dalam semua sudut ilmu.
Bagi seseorang yang memerhati dari setiap sudut keluasan pastinya mengatakan bahawa membaca adalah suatu kunci yang dapat mengorek segalanya.
Read, you will conquer the world adalah kata-kata Napolean Bonaparte, penakluk dunia yang telah pun mementingkan aspek pembacaan dikala zaman penjajahan dulu lagi.Ini pasti telah terbukti yang di serlahkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan pada masa kini dan dahulu yang telah mencorak dunia ini adalah dengan membaca.
seterusnya jika di tanya kepada kalangan anak muda sekiranya mereka mempunyai wang apa yang ingin di beli?telefon bimbit atau kamera video yang begitu canggih tidak pernah puas?jarang sekali ataupun sukar sekali untuk mendengar mereka memilih untuk membeli buku apatah lagi di habiskan beratus-ratus untuk buku?
Budaya iqra sewajibnya mesti menjadi budaya kepada semua pelapis lebih-lebih lagi golongan muda atau lebih sekali mereka yang bergelar mahasiswa.Tetapi sayangnya rata-rata mahasiswa hari ini khususnya mereka yang begitu aktif dalam gerakan begitu malas untuk membaca dan berusaha mengkhatamkan.Setengah mereka begitu cetek dan lembab.Penguasaan pembacaan mestilah di perluaskan untuk menghasilkan view yang luas. Sikap dan budaya membaca begini sentias di amalkan, sudah tentu kita akan menjadi golongan mahasiswa yang lebih terkehadapan,yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu fundamental dan kontemporari yang menjadi tuntutan dulu dan masakini sehingga dapat melahirkan generasi ulul albab dengan di selitkan semangat dan kekuatan generasi salehuddin.
Ibu tiri kepada ABRAHAM LINCOLN memaksa beliau untuk membaca dan suka kepada ilmu pengetahuan sewaktu beliau masih kecil sehigga mampu menjadi PRESIDEN yang termasyur di amerika.Sekali lagi penuls mengajukan persoalan kepada diri dan sahabat untuk bermula daripada sekarang kita mengajak kepada semua untuk membeli buku,suka kepada buku dan rajin membaca buku.BOLEHKAH KITA?
Islam amat menggalakkan umatnya membaca,sebab itu ayat al quran pertama yang di wahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad saw iaitu IQRA'. Menyuruh manusia tekun dan mengamalkan budaya membaca.

Penulis teringat satu nama tokoh besar iaitu AL-JAHIZ seorang ilmuwan dan ulama besar yang gigih bergelumang dengan dunia buku.Bliau di katakan mati akibat tertimpa lambakan bukunya sendiri di perpustakaan peribadinya di Basra.Kemiskinan tidak menghalang beliau menjadi penulis agung islam.Beliau telah menghasilkan 200 buku meliputi pelbagai bidang ilmu.
Kadang-kadang kita terfikir keadaan bangsa jepun,eropah lebih memahami dan menghayati konsep budaya iqra hinggakan mereka menjadi begitu maju.Kalau begitu mengapa kita masih leka dan malass untuk menbaca?
Untuk akhirnya berbaki dalam sehari sebelum pesta buku antarabangsa berakhir,penulis mengajak untuk bersama kita ke pwtc dalam menjadikan budaya membaca di terapkan pada setiap diri.Dan cuba dapatkan buku-buku terbaru di terjemah di sana.

" setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta,jiwa raga ,pena dan lidah(dakwah)"-sayyid abul ala al maududi-
Entry untuk ini penulis merasakan gelombang "KESATUAN" dan champion perlu di rasai oleh setiap individu khusus kepada mereka yang menggerakkan gelombang ini lebih-lebih lagi mestilah meletakkannya di tempat yang tinggi.ketika ini penulis merasakan seolah-olah berada pada zaman 1171-1193 kerana cuba menghabiskan buku dalam mengerti dan menghayati sejarah ketika ambang pemerintahan salehuddin al-ayyubi serta mencari di manakah generasi salehuddin untuk di bangkitkan pada hari ini seteguh jiwanya seperti panglima Asaduddin syirkuwah,Bahaudin Garagusy,panglima syamsudin dan ramai lagi .Mereka meletakkan keredaan allah segalanya di samping meletakkan kemenangan pasti milik islam jika umat islam dapat bersatu bersama.Adalah lebih bijak jika sekiranya umat islam yang kuat atau lemah berkerjasama atau bersatu supaya sebarang bentuk kezaliman yang menghalamg manusia daripada mendapat keperluan asasi di tangani dan di tentang bersama.Bagaimana kita melihat bersama kesatuan umat islam yang di tunjukkan kepada kita pada era pimpinan salehuddin dapat mengalahkan tentera salib dengan ketelitian dan kebijaksanaan strategis mampu memberi kemenangan pada islam. Adakah kita tidak mengambil iktibar sejarah dahulu atau kita termasuk golongan yang sudah lupa pada sejarah? Sejarah perjuangan dan peperangan Rasulullah adalah yang paling terbaik bahkan juga di jadikan rujukan salehuddin ketika memimpin tentera islam ketika itu. Sebenarnya. berasakan amatlah penting untuk kita memahami sejarah dan dalam mencapai kemenangan yang mutlak. Syeikh Hassan An Nadwi dalam bukunya ' Kerugian dunia kerana kemunduran umat islam" berkatanya cukup sayang sekali umat islam hari begitu mundur dalam banyak aspek dan selama berabad-abad manusia hanya berfikir dan berfalsafah perkara yang tidak ada manfaat untuk islam.Jika mereka memikirkan fokus ilmu yang mengutungkan umat islam tidak separah seperti berlaku pada hari ini. Penulis merayu supaya kita bersama untuk menfokuskan kepada inovasi serta bersama menggebleng tenaga dan menjana gelombang kesatuan yang mampu meresahkan musuh islam demi matlamat yang mutlak
.
" kamu adalah umat terbaik yang di lahirkan bagi manusia ,menyuruh kemaarufan dan mencegah kemungkaran"-(ali imran 110)

Dalam bahasa yang mudah adalah wajib untuk umat islam mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran dan keadilan serta menjadi yang terbaik pada golongan yang lain. Ya Allah sabatkan hati-hati mereka untuk berjuang sehabis mungkin dengan mempertaruhkan harta dan jiwa mereka demi merealisasikan cita-cita untuk mengibarkan panji-panji islam di puncak tertinggi "BUKIT GANTANG"
Hatta al banna sekali ingin sampaikan dakwah walaupun kepada janin.DI JALAN DAKWAH KAMI MELANGKAH menarik hati penulis sekali lagi untuk bicara walaupun di selimutkan gelora jiwa yang di biuskan nafsu yang tidak pernah puas kepada maksiat namun mengharapkan keampunanMU yang tidak pernah henti supaya di berikan power untuk meneruskan agendaMu. Ketika hampir untuk melelapkan mata tiba-tiba terpintas di minda ini mengingatkan kepada seorang tokoh wanita islam yang mewakafkan diri untuk agama Allah di atas muka bumi ini.Rela menghadapi segala cabaran dan penentangan semata -mata untuk keredhaanMu.
Tokoh yang di maksudkan adalah ZAINAB AL GHAZALI iaitu seorang aktivis islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ketua jamaah muslimat yang menjadi sayap kepada ikhwan muslimin di mesir ini yang sangat kental dan yakin kepada kalimah Allah ini tidak pernah sesekali berundur melangkah ke belakang malah dengan kepantasan iman yang di kurniakan membuatkannya terus melangkah seribu hadapan demi dakwah untuk mempertahankan umatnya daripada di landa arus kesesatan di bawah pemerintahan presiden JAMAL ABDUL NASSER yang tidak memperkemanusiaan ini.
Pada era pemerintahannya ratusan ribu anggota ikhwan muslimin di penjara dan di seksa termasuklah zainab yang terpaksa melalui hari-hari dalam hidupnya dengan seksaan seperti seksaan seorang lelaki.Di tengah kesakitan yang tidak terbayang begitu dasyatnya namun di hati seorang mujahidah ini begitu yakin dengan janji Allah sehingga tidak merasai kesakitan yang di alami.
Inilah satu tarbiyyah ruhiyyah yang mesti di serapkan kepada umat islam khususnya gerakan islam yang di mana pentingnya aspek tassauf dan perjuangan yang tidak boleh di pisahkan dalam diri individu.Tarbiyyah inilah menjadi punca kemenangan umat islam sebagai contoh di bawah pimpinan SALEHUDDIN AL AYYUBI, ALLAN HADRAMIK, antaranya yang tidak memisahkan tassauf dan perjuangan.Pergantungannya kepada Allah adalah segala-galanya..
Di dalam arena dimensi dakwah mengajak kepada penggerak jalan-jalan dakwah ini khususnya penulis sendiri untuk muhassabah dan menghayati perjuangan yang di bawah Rasulullah dan para pendukung dalam menghadapi" THE STAGE OF DAKWAH"
rasanya banyak topik yang terlepas untuk di kongsi bersama
Sebagai pembuka tirai tahun 2009 ini kita tidak terlepas daripada terus di uji dengan bermacam bentuk ujian yang di timpa terhadap umat islam dengan kezaliman yang tidak boleh di gambarkan..namun usaha dakwah itu wajib di teruskan.Penulis teringat kata-kata pak hamka dalam tafsir alzhar yang menyebut dakwah mesti disampaikan hatta kepada janin di dalam perut ibu..
pada hari ini satu penyakit yang begitu kuat gelombangnya menguasai hati-hati manusia sehingga sanggup berlaku GILA iaitu penyakit hamiyatul jahiliyyah(berasa sombong pada diri dan berasa orang lain jahat)..gelombang inilah yang menyebabkam umat islam terus di tindas oleh amerika malah penyakit ini merebak kepada umat islam sehingga sanggup menindas bangsa sendiri...
DI manakah kedamaian? adakah ianya sudah lama hilang dan tidak akan muncul?....Tugas siapakah ini?.mungkin ini alasan yang selalu di dengari oleh golongan pendakwah yang bacul yang selalu menyebut "ana tidak mampu" "ana tak layak" dan mungkin ini" ana tak sempurna lagi".
Penulis teringat kisah di mana sahabat nabi iaitu jundud bin janadah atau abu dzar yang di lahirkan dan di besarkan di kalangan Bani Ghifar yang cukup terkenal dengan aktiviti merompak namun abu dzar mempunyai matlamat hidup yang berbeza lantas bertemu nabi lalu memeluk islam ketika bermusafir seorang diri dan terus kembali ke kampung halaman dengan melakukan kerja dakwah seorang diri di tengah manusia yang tidak mengenal islam..dengan usaha yang berterusan akhirnya mendatangkan hasil yang menkagumkan dengan seluruh Bani Ghifar memeluk islam..
Dan ingatlah wahai para da'ie siapakah lagi yang akan mencari damai yang hilang jika bukan kita!

salam bicara...rasanya sudah lama tidak kunjungi ruangan ini apa lagi untuk update.Biasalah mungkin jiwa pemuda ini semangatnya cepat naik dan cepat turun..itulah perlunya sering di pantau dan di ingati jiwa pemuda ini.Di ruangan ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan eiduladha kepada seluruh umat islam.Kita akan terfikir pengorbanan bila menyebut eiduladha.Itulah yang sering di paparkan kisah-kisah pengorbanan di setiap televisyen bila datang eiduladha.Tapi jelasnya di sini penulis ingin mengungkap apakah sebenarnya pengorbanan yang sering di sebut-sebutkan.Mungkin ramai yang masih tidak menghayati ataupun terlepas pandang apakah itu pengorbanan.maksud penulis adalah pengorbana kita untuk islam.Rasanya terlalu kerdil insan fakir ini bila menyebut pengorbanan seolah-olah sebutir pasir yang halus belum pasti lagi di capai bahkan untuk di bandingkan pengorbanan yang di lakukan oleh para rasul,sahabat dan tokoh serta mujahid dalam menegakkan kalimah agung... JOM kita muhasabah diri ini di manakah kita atau tempat kita untuk islam? manakah sumbangan kita? sudah layakkah kita untuk Syurga?..
firman Allah dalam surah taubah ayat 121 yang bemaksud.
“Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil maupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lembah (untuk berjihad) kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan) untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”
SEsungguhnya kejayaan tidak akan tercapai jika tidak di sandarkan dengan pengorbanan.Jika tidak di tunjukkan seperti pengorbanan rasululullah dalam mengharungi liku-liku lorong-lorong yang gelap bahkan berduri,seperti ketabahan nuh dan yusuf..perlu di jadikan pengajaran.pada ketika ini di manakah remaja-remaja yang brjiwa besar seperti jiwanya salman al farisi sebagai perancang kemengan islam.?di manakah jiwa yang mengorbankan diri seperti Saidina Ali. Sama-samalah kita menghayati sirah pengorbanan para nabi dan sahabat kerana mustahil islam akan tertegak tanpa pengorbanan sebegini.
.

Belajar di sebuah sekolah yang melibatkan semua kaum dan agama selama 6 tahun, kemudian bergerak memasuki sebuah institut islam dengan suasana dan pengamalan hidup islami memberikan penulis dua corak kehidupan sosial berbeza.Kedua-dua tahap kehidupan yang berlainan dari kehidupan sebagai pelajar sekolah yang majoriti bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi sumber pengalaman yang menarik dan membina pengalaman hidup.Melangkah kaki ke sebuah institut yang menghimpunkan para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia yang membawa minda tersendiri, dipertembung dengan aliran sekolah harian, ia menjadi kejutan yang lama kelaman menjadi kebiasaan.
Dalam islam setiap individu di kehendaki melaksanakan kerja2 dakwah sama ade seseorang itu masih remaja ataupon baru mmeluk islam.DI zaman kontemporari ini preses atau method dakwah hendaklah di selaraskn mengikut kesesuain zaman.Penulis teringat kata-kata dr Rani bahawa beliau mengatakan para pendakwah hari ini bukan hanya mampu menguasai segala ilmu agama malah mesti menguasai ilmu waqi'ah.
Orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: "Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."
Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: "Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah mencegah dgn hati iaitu selemah-lemah iman,,
"akan di buka kota kontantinopel di tangan seorang amir..maka sebaik-baik paglima adalah panglima mereka dan sebaik-baik tentera adalah tentera mereka"
penulis tertarik dengan hadith rasulullah yg terus membuka minda ni untuk mendalami tokoh2 perjuangan gerakan islam..dan kepimpinan islam.siapakah tokoh kepimpinan islam?...banyak tapi amat sukar untuk di temui di tengah2 zaman penuh dengan celaru ini.Di sini penulis tertarik dgn 2 tokoh dalam satu perjuangan islam...
SULTAN MUHAMMAD ALFATIH ialah salah seorang dari tokoh pemimpin kerajaan islam yang mansyur di catatkan di dalam sejarah dunia.Beliau bukan saje hebat dari segi kepimpinan malah di geruni sebagai panglima perang cukup gah sehingga di kenali di benua eropah..
Beliaulah pemerintah islam yg pertama mendapat gelaran yg di berikan barat iaitu GRAND SEGNEUR yang bermaksud pemimpin yg agung...ini lah sejarah rigkas berkaitan dgn sultan muhammad alfatih..
Manakala tokoh seterusnya ialah NECMETTIN ERBARKAN adalah seorang pengasas gerakan islam moden turkey.Bila di ajak berdiskusi mengenai teknologi die akan berbicara sebagai orang yang pakar dalam teknologi.Jika di ajak berbicara tentang politik ..die akan menjadi tokoh politik yg memahami serta menyedari kehidupan politik..
Tokoh ini mampu mendirikan sebuah pergerakan islam padahal untuk berbicara tentang islam di turkey jarang2 berlaku dan undang2 jahanam turkey amat memandang sepatah perkataan islam yg boleh mengakibatkan penjara lima tahun.!!!
Penulis tertarik apa yg di serlahkan oleh kedua-dua tokoh ini..jadi amat mengharapkan pemimpin islam di zaman dusta ini untuk memiliki wawasan yang luas dan dapat menguasai ilmu pengetahuan sehingga mampu membawa pergerakan islam di tempat yg sesuai.Sebagai motiwasi bersama sebagai pemimpin jangan sesekali mengalah atau mundur dalam situasi apa pon..wasalm.

merdekakah kita??...satu persoalan yang mesti di jawab.Sedar tak sedar di dalam menjalani hari-hari liku dan penuh dengan mehnah tribulasi ni..negara kita sudah pon berusia 51 tahun.
Detik 31 ogos jam 12 pagi adalah waktu yang di nantikan seluruh rakyat malaysia terutamanya golongan-golongan muda bagi meraikan hari merdeka.
persoalannya di manakah kita ketika itu???....malang dan sedihnya malam merdekalah adalah malam yang di hiasi dengan maksiat dengan pelbagai ragam anak merdeka yang tidak rasa segan silu langsung melakukan zina,tarian bogel,minum arak, dengan pengaruh punk seolah-olah seperti binatang..inikah di namakan negara merdeka??
Syed Qutb pernah berkata dalam kitabnya "fi tariqu fikrah wal manhaj"..iaitu aku melihat umat islam hari ini ingin menjadi enggeris malah lebih dasyat menjadi barat"..
kita sering mengungkapkan bahawa kita merdeka tp hakikatnya kita telah tertipu malah di jadikan sebagai alat boneka yahudi pada hari ini..renungkanlah.......
Seringkali kita mendengar "ungkapan remaja hari ini pemimpin akan datangPersoalannya, mampukah remaja yang kita lihat hari ini menaruju kepimpinan dimasa akan datang? Mampukah mereka menjadi seperti pemimpin agung, Umar al-faruq, seperti Sultan Muhammad al-fateh, seperti Salahuddin al-ayubi dan beberapa kepimpinan Islam yang menjadikan 2/3 dunia dalam penguasaan mereka. Adakah pemuda yang kita lihat hari ini sehebat Saidina Ali atau mereka ini seperti Hasan Basri yang ditauliahkan sebagai tuan guru di Basra sejak umurnya 15 tahun? Mereka tidak. Tidak. Tidak sama sekali.Bermati-matian orang dulu menghalau penjajah, remaja hari ini senang-senang membawa budaya mereka kembali bersila di atas tikar kedaulatan ini.......