cinta monyet???


Di peringkat umur menginjak dewasa, remaja mudah sangat tertarik dengan pasangan berlainan jenis. Inilah yang dikatakan cinta monyet atau puppy love. Remaja yang sudah mabuk asmara sanggup buat apa saja demi mempertahankan cinta mereka.
Mereka perlu tahu bahawa cinta yang tumbuh terhadap berlainan pasangan ini adalah cinta berdasarkan nafsu. Nafsu yang tertarik atau tergoda pada kepandaian, kecantikan, ketampanan seseorang.
Cinta seperti ini hendaklah dijauhi kerana ia boleh menjerumuskan kepada maksiat seperti bergaul bebas, zina dan lain-lain. perlu ingat fitnah akan berlaku bila sahaja sesuatu pasangan berkenalan atau bertemu. Percintaan melalui surat, telefon atau apa jua teknologi sekalipun tidak bertemu, kesemuanya mengarah kepada fitnah yang lebih besar jika tidak dikawal...cinta monyet sudah mnjadi trend atau budaya khususnya golongan remaja..malah golongan yang bergelar sebagai remaja islam juga tidak mustahil hanyut dalam dakapan fitnah ini.
"mandi x basah,tido x lena,mata terbayang2" inilah ungkapan seakakan monyet yg sedang mangadu kasih pada kekasihnya...yang sering bergayut-gayut di pokok di lewat malam.
adakah kita serupa seperti monyet2 ni???


Firman Allah Taala:
”Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangannya dan menjaga kemaluan mereka; yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan mendedahkan perhiasan mereka.” (An Nur 30-31)
saudara/saudari..
semestinya perlu bersungguh-sungguh menanamkan cinta pada Allah dalam diri. Itulah cinta fitrah (semulajadi) lagi suci dan letaknya cinta yang maha agung. Ingatlah sesiapa yang bersungguh-sungguh melupakan orang yang dicintainya kerana takutkan dosa sedangkan ingatan terhadap kecintaan itu tetap mengganggu sehingga akhir hayatnya, matinya dijanjikan mati syahid.
Sabda Rasulullah saw :
”Sesiapa yang asyik(jatuh cinta) kepada sesuatu lalu dia menyembunyikannya di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid.”
(Riwayat Ibnu Assakir dan Dailami)...
Di kesempatan ruangan kecil ni penulis menyeru kpd diri dan saudara/saudari sama2 lah kita menanamkan rasa cinta kepada ALLAH sedalam-dalamnya dan Dialah adalah segala-galanya.

0 comments: