Dakwah kontemporari..



Belajar di sebuah sekolah yang melibatkan semua kaum dan agama selama 6 tahun, kemudian bergerak memasuki sebuah institut islam dengan suasana dan pengamalan hidup islami memberikan penulis dua corak kehidupan sosial berbeza.Kedua-dua tahap kehidupan yang berlainan dari kehidupan sebagai pelajar sekolah yang majoriti bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi sumber pengalaman yang men
arik dan membina pengalaman hidup.Melangkah kaki ke sebuah institut yang menghimpunkan para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia yang membawa minda tersendiri, dipertembung dengan aliran sekolah harian, ia menjadi kejutan yang lama kelaman menjadi kebiasaan.

Dalam islam setiap individu di kehendaki melaksanakan kerja2 dakwah sama ade seseorang itu masih remaja ataupon baru mmeluk islam.DI zaman kontemporari ini preses atau method dakwah hendaklah di selaraskn mengikut kesesuain zaman.Penulis teringat kata-kata dr Rani bahawa beliau mengatakan para pendakwah hari ini bukan hanya mampu menguasai segala ilmu agama malah mesti menguasai ilmu waqi'ah.

Orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: "Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: "Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah mencegah dgn hati iaitu selemah-lemah iman,,

0 comments: