Mekanisme Dialog Peradaban

Dialog ini bertujuan untuk memperjuangkan masyarakat yang lebih adil,lebih merdeka malah lebih manusiawi.Saya rasa cukup berat untuk membawa maksud pengertian mekanisme dialog sebuah peradaban ini jika memandang konflik peradaban yang berlaku ketika ini cukup sukar untuk memahami khususnya dunia hari ini.saya terus memaksa menelaah kitab yang sering di agung-agungkan tokoh-tokoh barat iaitu muqqaddimah ibnu khaldun bagi memahami konsep ketamadunan ini secara jelasnya.Memang berat penilitian kajian tamadun ini sehingga mencapai maksudnya.

Dialog boleh di ertikan sebagai suatu percubahan perbezaan pendapat antara dua pihak,kepercayaan atau pandangan untuk melakukan sesuatu aktiviti bagi mendapat kesefahamanan yang baik serterusnya dapat mewujudkan sikap saling memahani antara satu sama lain.Dialog juga di sebut dengan muzakarah,mujadalah bagi melengkapi benih-benih fikiran untuk di satukan mencapai kekuatan optimum penyelesaian.

Buruk yang terjadi dunia hari ini konsep tersebut tidak di capai sebaik-baiknya malah sebaliknya perpecahan yang berlaku.Konflik secara dalaman dan luaran semakin parah tercetusnya hingga belum suatu perancangan yang kokrit dan praktikal dalam menyelesaikan konflik ini.Seperti kata ALWI SHIHAB bahawa soal mana yang lebih benar dan salah bukan tujuan dialog.Itu semua urusan Allah.tetapi yang menjadi fokus dialog itu mencari TITIK TEMU.Jika titik temu tidak dapat di jumpai malah egoisme pendapat menjadi puncak segalanya tidak mustahil menjadi penyebab kehancuran.Sesungguhnya islam mengajar konsep menghormati antara yang lain serta agama lain.Sejarah menunjukkan bahawa nabi dan khalifah ryasidin tidak pernah menular agama selain islam apatah lagi menyuruh untuk menukar agama demi syarat untuk hidup bersama kaum muslimin.Nabi menerima kunjungan kristian dari najran.Nabi menyambut baik rombongan seramai 60 orang yang di pimpin ABDUL MASIH AL AYHAM dan ABU HARITHAH AL GAMA.Ini jelas menbuktikan bahawa islam tidak meminggir kaum-kaum yang lain selain islam.

Mungkin benar sekali IBNU RUMI mengatakan "memang aneh dunia ini,engkau menginginkan orang lain bersih sedang engkau sendiri tidak bersih" .Virus HEGEMONI KUFFAR sememangnya tidak akan terhenti malah di lebarkan skopnya sehingga kepada pengekspotan budaya,ekonomi,undang-undang dan pemikiran.Itulah yang membarahkan umat islam hari ini yang telah di peradabankan oleh virus ini sehingga mencapai tahap dominan ketika ini.Terbukti di dalam MUKADDIMAH IBNU KHALDUN apabila sesuatu kaum atau bangsa sudah hilang budaya jati diri dalam kehidupannya maka mereka terpaksa mengikut budaya jati diri yang lebih dominan ketika itu.Maka tidak hairanlah hari ini begitu parahnya ikutan liberalisasi,amerikanisasi yang kononnya menjadi pejuang keadilan sejagat melalui "new world order" cuba menjadi kuasa di muka bumi ini.

Saya melihat secara jelasnya di sini punca terjadi permasalahan ini berikutan suatu yang pernah berlaku abad Romawi di mana kaum intelektual dan keagamaan ketika itu cukup-cukup parah dari sudut penerimaan perbezaan,egoisme,fanatisme yang melampau serta penghayatan ketuhanan tidak di hayati langsung dengan menyamakan konsep ketuhanan sama seperti benda lain.Ketiadaan TTIK TEMU dalam pemasalahan ini yang mengakibatkan DIALOG semakin di tepikan.
Tegasnya bahawa dialog menuntut kedua-dua belah pihak memilih dan bekerjasama daripda berkonfrontasi serta salah menyalahkan.

Jelasnya wajibnya untuk kita mengambil inisiatif untuk merapatkan lagi jurang perbezaan agama,kaum,dan pendapat yang berbeza ini.Konsep LITAA'RUF saling kenal mengenali mestilah di praktikkan untuk kita bersama menangkis TEORI HUNTINGON ini melalui gagasannya CLASH OF CIVILIZATION.

Mekanisme peradaban ini perlu di bina segera.Mewujudkan simbiosis di anrtara peradaban merupakan langkah yang terbaik untuk membina kesepakatan yang sejagat.Kemunduran ummah tidak terjadi sekiranya kita tidak menjadi bangau kepada kuffar.Sekali lagi saya tegaskan bahawa konflik ini tidak akan terjadi sekiranya faktor ilmu yang mengawal pendirian dan pemikiran kita.Teruskan modal intelek,kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.Teruskan MENGKAJI dan BERFIKIR!!!

1 comments - Add Yours

ibnuali\ said...

salam.nta kaji buku tentang sistem peradaban..masyallah..