Kenalan Buku


Sudah lama saya tidak mendapatkan majalah islamia(jurnal pemikiran dan peradaban islam) ketika suatu masa dahulu menjadi pelanggan tetap tetapi semuanya saya sudah tidak pasti di mana majalah itu yang lama-lama.Hari ini saya tidak jadi untuk ke ISTAC gara-gara sebab tertentu dan saya teruskan ke tempat biasa saya di fajar ilmu wisma yakin untuk dapati majalah islamia ini.Saya sempat membeli sebuah buku yang saya rasa cukup menarik untuk di kenalkan dan sempat berbincang kaitan buku ini dengan abg faisyal di tengah-tengah jalan hehe.Buku ini menarik perhatian saya kebetulan sekarang saya sedang membaca beberapa buku PROF DR WAN MOHD WAN DAUD sememangnya berkaitan kata-kata syed naquib al attas.Buku ini di tulis oleh ADIAN HUSAINI(Anak didik al attas) dan penghantar oleh DR WAN MOHD WAN DAUD .

Buku yang padat dengan sumber dan maklumat kebanyakkan di gali dari khazanah perpustakaan istac.Buku yang saya ingin kenalkan adalah sebuah buku bertajuk "WAJAH PERADABAN BARAT DARI HEGEMONI KRISTEN KE DOMINASI SEKULAR DAN LIBERAL"
Perbincangan tentang barat dalam buku ini cukup lengkap dan kajian yang bagus mengenai wajah sebenar peradaban barat dan pengkajian oksidentalisme.

Maemahami barat adalah sebenar dapat memahami permasalahan pemikiran yang di belenggu masyarakat tidak kurang kepada intelektual muslim yang memahami barat sebagai simbol kemajuan dan kecanggihan metodologi penelitian yang di sebut oleh CHERLY BERNARD iaitu muslim "MODERNIS dan SEKULAR"

Pandangan sebenar terhadap barat melihat secara kritis dan objektif iaitu melihat pada perbezaan asing daripada peradaban islam.Tidak semua dari barat buruk dan tidak semua dari barat baik.Barat perlu di lihat secara cermat melalui pengkajian dari akar umbi.Insyaallah saya akan ulaskan lebih lanjut pandangan muslim terhadap barat ada 4 peringkat mengikut pandangan HAMID FAHMI ZARKASYI.

kembali kepada buku peradaban barat mungkin mengambil masa saya untuk di bedah sebaik-baiknya walaupun terpaksa membaca berulang kali pasti memerlukan perbincangan. berkaitan "POSMORDENISME" nanti saya kongsikan masih dalam mengkaji.Yang pasti tumpuan mungkin saya alihkan sementara pada exam tidak lama lagi.=)

1 comments - Add Yours

Adam Lee said...

menarik.teringin nak baca.
saya juga nak cadangkan buku yg best:
Gagasan Agung-sebuah leksikon pemikiran barat. terjemahan itn .