Diskusi Di OldTown

Kelmarin tepat jam 11 malam,saya dan beberapa sahabat dari Al-Azhar telah berbincang dan berkongsi maklumat di oldtown white coffee di sekitar kuala lumpur.Apa yang menarik saya dalam perbincangan ini adalah suatu perbincangan spontan melalui pandangan-pandangan sahabat hingga mencecah jam 2 pagi..(bro sebelah tu dh bagi signal tp wat tatau je).Jarang sekali saya dapat berbincang bersama mahasiswa azhar kerana jarang pulang waktu cuti tetapi kali ini mengambil kesempatan kami bersama untuk berbincang.Sahabat saya memilih tajuk yang kena dengan masalah yang mereka pikul dan alami di waktu ini berkaitan dengan kemuflisan intelektual mahasiswa di azhar.

Saya mendengar dahulu oleh sebab saya tidak mengetaui suasana ilmu mahasiswa azhar di mesir sekarang.Apa yang merungsingkan sahabat ini adalah budaya ilmu talaqqi atau seangkatannya semakin pupus di azhar malah mengutamakan perkara lain hasilnya masa di kurniakan untuk menghadam sebaiknya ilmu yang sukar di temui di buang begitu sahaja.Ianya amat merugikan waktu itu.

Setengah sahabat lain mengatakan budaya politik lebih di utamakan berbanding pengajian talaqqi dan pelajar yang kurang(bukan boikot) berprogram di tuduh yang macam-macam.Biasalah Pemikiran skeptik golongan agama melihat orang bukan ahlinya.

Saya berpandangan,Budaya ini bukan sekadar di mesir malah di malaysia pon.Saya menghargai pandangan sahabat,dan juga mengangkat pandangan itu.Saya juga berprogram malah cuba meninggikan budaya ilmu,jadi di mana kesilapan itu kadang-kadang boleh terjadi diri dan kalangan sahabat-sahabat perjuangan yang lain?

Malah saya amat risau dan takut sikap prejudis dan skeptikal terhadap orang lain,sikap buruk sangka yang keterlaluan melahirkan aspirasi perpaduan nasional mahupun di kalangan sesama melayu .

Saya memberi soalan adakah matlamat sebenar sebuah negara islam ataupun tamadun islam?

Adakah sekular pasti terhapus jika tertegak negara islam?

Saya cuba memberi pandangan yang telah di ungkapkan oleh syed naquib al attas bahawasanya permasalahan yang terjadi oleh kaum muslimin saat ini bermula pada dasarnya iaitu kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu maka lahirlah pemimpin yang salah.

Apakah tindakan AL-Ghazali pada suatu ketika islam di korbankan adalah menulis ihya ulumuddin untuk mengembalikan pandangan islam kembali adalah sia-sia?Tidak,usaha ilmunya maka lahirlah selepas itu Salahuddin ayyubi menyatukan segalanya.

Saya melihat kaum muslimin seolah-olah buta melihat dasar akar permasalahan yang terjadi kaum muslimin ketika ini.
Maka saranan saya adalah berpolitiklah dengan berilmu bukan dengan emosi kebodohan.Menjadi aktivisme intelektual bukan aktivis yang menghabiskan suara semata-mata tanpa mengetahui dasar permasalahan.

kami berbincang sehingga hanya kami sahaja di situ...

0 comments: