Suatu Penjelasan- (1)

Memahami dan melaksanakan islam dengan betul menjadi suatu cabaran yang hebat.Malah begitu sukar ketika di tengah-tengah kecelaruan pemahaman pemikiran mahupun ilmu.Begitu malang ianya di lihat dengan kekeliruan dan penyelewangan di barat mahupun dunia islam itu sendiri.Begitu hebat sandiwara kuasa penjajah memanipulasikan pemikiran moderat yang akhirnya terkubur dirinya hasil salah laku dan kefahamannya.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan bacaan dan pemahaman karya syed naquib al attas(sukar kerana bahasanya dan falsafahnya)dan di iringi karya intelektual muslim karya Ali syariati.
Atas kesedaran pentingnya kekeliruan mengenai islam perlu di hampuskan dan kebenaran mesti di perluaskan maka perlu sesuatu pencerahan gerakan di lakukan masa kini yang mampu membawa kepada renaissans ketiga.Kesegaran ilmu yang berasaskan konsep tauhidik mampu mengubat dasar permasalah yang berlaku kaum muslimin ketika ini.

KEKELIRUAN KAUM MUSLIMIN


Melihat kepincangan kaum muslimin ketika ini kerana kejahilan mengenai islam secara menyeluruh bahawa islam adalah agama yang sebenarnya yang mampu menghasilkan peradaban agung.
Mengambil permasalahan kaum muslimin ketika ini al attas merumuskan tiga faktor krisis punca permasalahan masa ini yang berpunca daripada kekeliruan mahupun kesilapfahaman ilmu yang menerjemahkan ketiadaan adab atau akhlak kalangan kaum muslimin akhirnya menghasilkan pemimpin yang palsu dan mengamalkan kehancuran di muka bumi ini.Tegas al attas bahasanya bermula krisis ilmu adalah dasar utama segala permasalahan ini.

Kekurangan adab hari ini membuka segala pintu segala pemahaman yang songsang hari ini dan akhlak yang tidak bertanggungjawap terhadap ilmu mahupun orang yang berilmu dan istitusi ilmu.
Malik bennabi seorang pemikir hebat islam telah menganalisis faktor penjajahan barat terhadap dunia islam melalui faktor luaran mahupun dalaman.Mengikut pandangan beliau bahawa faktor luaran seperti intelektual mahupun ekonomi Berjaya di tewaskan tetapi ianya dapat di halangi jika umat islam mempunyai kekuatan dalaman yang kuat.

PENGUASAAN BUDAYA TA’DIB

Seperti makalah-makalah yang sebelumnya saya amat menekankan penguasaan ilmu mahupun pembudayaannya.Saya percaya bahawa kuasa ilmu yang bertunjangkan tauhidik mampu mengubah segala kepincangan yang berlaku ke atas umat islam ketika ini.
Bahawasanya al quran telah menyebut berbanyak kali pentinya ilmu masih tidak menterjemahnya ke arah kebenaran malah melihat kaum muslimin keliru memahami sebaiknya lalu menggunakan acuan pemikiran barat yang semata-mata bertunjangkan akliah dan nafsu.

Tugas para reformis islam sebenarnya lebih berat memerlukan jihad intelektual yang besar .Maka saya berpendapat ‘tajdid’ ataupun islah yang menbawa kefahanman kepada pemikiran islam yang segar yang tidak menepikan bentuk tradisi keilmuan dan mempersembahkan kedalam bentuk yang lebih cergas dan segar segala nilai.
Kecacatan university ketika ini membangun dengan kehilangan semangat intelektualnya hasil mereka yang memandang ringan pembudayaan ini dan masih selesa di jajah dan peliknya melahirkan graduan yang boleh melakukan kemungkaran bangsa ,agama mahupun Negara

Hegemoni ini Berjaya memasuki minda mereka.

Awas gerakan islam yang berslogan ingin membawa islam.Kamu tidak mampu mencapai matlamat jika hanya menumpukan kepada gagasan tarbiyah semata-mata.Perlu di ingat bahawasanya penguasaan ta’dib yang seiring rata di perkuatkan untuk menjadi gerakan yang hebat di perjuangkan masa kini.Contohilah gerakan GULEN di turkey.
Saya tertarik andaian sahabat saya bagi mengukuhkan gerakan islam abad 22 akan tiba dengan mencapai sebuah gerakan yang hebat pendidikan seperti al ghazali,pemikiran al attas dan gerakan seperti gulen.

0 comments: