Suatu Penjelasan(3)

Krisis yang berlaku terhadap umat islam hari ini sama ada dari sudut politik,pendidikan,ekonomi,perundangan mahupun moral adalah bermula dengan krisis pemikiran.Sedia maklum bahawa akidah adalah asas islam dan berperanan meluruskan pemikiran orang islam.Oleh itu perlunya di beri perhatian yang baik punca permasalahan itu.Perlunya proses islamisasi yang melihat banyak bentuk bukan di islamisasi hanya satu sudut sahaja.



Saya melihat al attas Berjaya menterjemahkan gagasan islamisasi dalam bentuk yang cukup konkrit berbeza Konsep Islamisasi yang pernah dibicarakan oleh sarjana-sarjana ulung lain seperti Seyyed Hossein Nasr,dan Fazlur Rahman yang dilakukan bukan berangkat daripada kajian epistemologis



melihat musuh yang utama ketika ini adalah sekularisme suatu pahaman barat yang Berjaya melumpuhkan masyarakat islam dunia hari ini perlu di lakukan suatu proses tindakbalas serangan ini yang telah yang telah di terjemahkan al ttas sebagai tindak balas desekularisasi (menyah-sekularisasikan) tumpuan proses Islamisasi bagi al-Attas adalah individu dan bukannya umat seperti yang ditekankan oleh al-Faruqi dalam konsep Islamisasinya.



Persoalannya kenapa saya begitu beriya-iya dalam mengambil gagasan al attas berbanding figure yang sedia ada saat kini?secara peribadinya saya mendokong banyak idea dan gagasan figure kontemporari cumenya saya melihat lebih konkrit yang ada pada al attas dalam merungkai segala permasalahan di atas.
Dan yang paling kasar kritikan adalah individu yang merpraktikkan adea dan mendokong idenya di anggap teorikal bukan praktikal semata-mata?



Dan secara baiknya saya mengatakan golongan yang mengkritik atas alasan tersebut adalah mereka yang terjerat dikotomis pemikiran asas dualisme sudah di tapak secara kuat pada akalnya menghasilkan sebuah hati akhirnya mencorakkan perlakuannya.Mereka tidak melihat mengubah pemikiran di anggap suatu praktikal kerana itu mereka bersahaja melihat pemikiran umat islam dinyahkan barat ataupun yang telah di ungkai oleh Ali Syariati sebuah masyarakat yang telah derita westrukness dan westoxication”. Akar permasalahan intelektual ummat Islam adalah kekeliruan mereka memahami sejumlah kata kunci seperti pandangan alam, agama, Allah s.w.t., ilmu pengetahuan, pendidikan, kebahagiaan, keadilan, kebijaksanaan, pembangunan .



Oleh kerananya, menurut al attas, perpecahan dapat diselesaikan apabila terdapat kesatuan pemahaman di antara sarjana Muslim tentang idea dan konsep fundamental yang berkaitan dengan agama Islam dan peradaban ummat. Analisis yang dilakukan oleh al-Attas ini memang sangat penting khususnya pada hari ini kita lihat kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami Islam seringkali berpunca daripada perbezaan dalam memahami konsep-konsep penting dalam Islam seperti: ilmu, agama, epistemologi menurut Islam.



Saya tutup penjelasan ringkas ini dengan mencadangkan golongan ini membedah buku islam dan sekilarisme al attas mahupun dr majid irsan kaylani bukunya kebangkitan generasi salahuddin.

P/s: saya akan kongsikan kesenambungan kaitan permasalahan ini dengan ringkasan buku Ali Syariati” IDEOLOGI KAUM INTELEKTUAL SUATU WAWASAN ISLAM “

0 comments: