Pesanan 13.7.2010



Selain merindui keluarga dan guru-guru yang lain, ada seorang insan yang amat saya rindui iaitu seorang guru yang tidak pernah berputus asa mencurahkan bakti intelektualnya kepada ummah dan saya bersyukur dapat menimba ilmu dengannya dan membantu menggerakan proses intelektual saya walaupun kini saya berada di Jordan yang jauh untuk bersamanya.

Insan yang di maksudkan ialah Prof Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam(ISTAC)dan kini berkhidmat di ATMA sebagai Guru Besar Pemikiran. Semenjak 1988 sebagai salah seorang perintis ISTAC, beliau telah membantu Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dan merupakan insan yang paling setia didalam menemani perjuangan pemikiran Prof Naquib al-Attas.

Saya bersyukur dibekalkan kefahaman yang sedikit kerangka al-Attas dibawa ke jordan untuk lebih mendalami lagi pengajiaan saya disini dan hingga kini Prolegomena,islam and secularism serta karya-karya lain adalah peneman malam saya walaupun tidak bersama kalian, penghargaan saya juga pada guru saya Prof Zainy utsman, tidak juga pada Dr Khalif Muammar dan Dr Adi setia dan yang lain-lain

Biarlah saya berpisah sebentar bersama kalian untuk berjuang ilmu didataran syam ini untuk menfaqihkan lagi ilmu saya dan pastinya dengan izin Allah saya akan mencari kalian pada peringkat sarjana saya.Prof Wan tidak jemu menasihati saya berusaha hingga berjaya menuntut ilmu di jordan dan insyaallah dengan IzinNYA saya ingin bersamanya di sarjana nanti.Semoga kalian semua diberkati dan mendapat kebahagiaan yang hakiki

Pesanannya pada 17.3.2010

"Saya menaruh harapan besar kepada kamu dan generasi kamu agar menjadi ilmuwan dan pemimpin umat yang lebih baik dari yang ada sekarang dalam semua lapangan.saya hanya melakukan tanggungjawab yang amat kecil dan penuh kelemahan"-Prof Wan Mohd Nor.