Berhibur tak salah, Islam pun benarkan..tapi bukan ini caranya


Dalam suasana hening untuk menyambut kemerdekaan yang tinggal hanya tiga hari lagi dan ramadhan almubarak, kita disogokkan dengan keputusan Jemaah Menteri yang amat mendukacitakan berhubung dengan kebenaran semula penganjuran konsert Avril Lavigne, artis kelahiran Napanee, Ontario, Canada yang sememangnya kemasukannya ke negara kita Malaysia terutama diambang kemerdekaan mencerminkan pengkhinatan pemimpin negara terhadap kesucian tanah air.Sedih dan kecewa terasa di hati ni..
berbekalkan secebis semangat..,sedih pulak bila tidak sempat bersama sahabat2 yang lain pergi mengikuti satu demo untuk menzahirkan ketidakpuasan terhadap penganjuran konsert.
amat merisaukan ketika ini, saat ini islam telah di ambang arus jahilliah yg amat dasyat..yg di mana anologi2 barat begitu kuat dlm menghancurkan umat islam hari ini.Jelasnya bahawa konsert ini bukan saja dapat merosakan dan melemahkan daya pemikiran remaja bahkan menunjukkan bahawa sensitiviti umat islam hari ini sudah tiada....

Persoalannya, sejauh mana batas-batas kita telah dipersetujui bersama itu tidak akan dikhinati oleh agensi yahudi ini, sedangkan umat Islam yang terisi di dalam jiwa mereka iman juga goyah apabila disajikan bahan hedonisme sebegini.
. Ini sahaja yang dapat salam yang dapat saya sampaikan buat pemimpin negara kita hari ini yang tidak menitikberatkan soal nilai sebuah kemerdekaan dan kesucian kehadiran Ramadhan yang bakal tiba 1 September ini.

0 comments: