Badiuzzaman Said Nursi



Kekaguman Zaman (Badiuzzaman)

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).


"Ketahuilah, bahwa kunci kekuatan kalian aca pada keikhlasan dan kebenaran. Sampai-sampai para pendukung kebathilan ingin menghimpun kekuatan mereka dalam melakukan kebathilan.Keikhlasan pada pengabdian kita dijalan inilah yang akan mengokohkan dakwah kita"


Perjuangan Nursi untuk memelihara iman dan akidah umat Islam ketika itu cukup hebat dan menarik. Ini kerana beliau terpaksa melalui satu zaman yang cukup tragis dalam Sejarah Islam, zaman berakhirnya Empayar Uthmaniyyah dan tertegaknya selepas itu sebuah negara Sekular yang dikenali dengan Republik Turki. Dalam suasana yang tidak keharuan ini, Nursi cuba mengembalikan kegemilangan dawlah dengan mengutarakan beberapa isu menarik. Dalam bidang sosial, Nursi melihat perubahan ke arah membentuk satu sistem pendidikan yang bersepadu perlu dilakukan, iaitu pendidikan yang berteraskan kepada penyatuan antara agama dan sains. Dari sudut politik pula, Nursi berjuang menegakkan sistem pemerintahan yang berasaskan Syariat Islam (al-Qur'an dan al-Sunnah), iaitu Sistem Berperlembagaan Islam. Kehebatan perjuangan beliau ini, boleh dilihat dari kisah hidupnya dan juga dari idea-ideanya yang dikumpulkan di dalam karya agungnya, Rasa'il al-Nur.

0 comments: