Islam meraikan perasaan.......



"Kalau kamu dah suka seseorang tu, takkan kamu nak bunuh diri lemaskan kepala kamu dalam sungai??" penulis tersenyum mendengar ucapan Dr MAZA. Dia seolah-olah cuba merungkai ketengangan fikiran yg aku hadapi. "Patut kalau ada orang kata i suka la dekat you, kamu kena kata terima kasih…" Aku tertawa mendengar seloroh Dr. MAZA. Begitu juga kawan-kawan yg lain. “Perkara yg melibatkan perasaan, Islam tak paksa. Kita tak boleh halang orang dari jatuh cinta. Benda tu fitrah. Normal. Sebab tu jugalah kita tak boleh paksa orang masuk Islam. Islam melibatkan aqidah dan kepercayaan. Kalau dipaksa, maka akan wujudlah golongan munafiq. Begitu juga cinta. Kita tak berdosa hanya kerana jatuh cinta. Yang Islam larang adalah bermain cinta.” (ustaz asri zainul abidin)
ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.
IStilah couple hari ini sudah menjadi adat khususnya golongan remaja2 malah istilah ini hangat menjadi topik perbualan...inilah isu yg penulis rasa seakan-akan tidak akan selesai...
Apa yg menjadi pertanyaan atau sering bermain di minda penulis couple yg berkonsepkan enta enti ni...yg melibatkan remaja-remaja yg membawa quran dan assunnah.
syeikh ape hukum couple?....
camner couple berlandaskan syariat islam?.....
pening gak nk menjawap soalan ni,,,ni la soalan yg paling famous yg di ajukan dan selalu bermain lidah...
penulis teringat kata kata sahabat perjuangan yg mengadu problem ni.." ana bercouple yg menjaga syariat islam..ana x dating,xgayut,malah balas2 sms tazkirah lagi.adakah ni salah? Adakah haram ni?...penulis teringat kata-kata abg senior lebih kurang camni "bile nta masuk dlm medan dakwah tinggalkn semua ni."
nta xmelakukan maksiat yg lain tp melakukan maksiat hati..nta bermain di alam maya atau fantasi yg hebat!
ape yg bermain di fikiran penulis ketika itu syadid btul brother ni..tp bile di fikir-fikirkan ada kala betul apa yg di ungkapkan itu.
sebuah kitab, Jami'ul fatawa mu'asoroh, Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi, Syeikh 'Atiah Saqr, Syeikh Mutawalli Sya'rawi telah menyatakan hukum seorang wanita yang bertunang jika keluar dengan tunangnya, dan bercakap melalui telefon adalah tidak harus atau lebih tepat lagi haram.. ini kerana pertunangan itu belum lagi menghalalkan apa yang haram.. jika tunang hukumnya masih lagi tidak membenarkan apa lagi belum ada pertalian hubungan.
jadi mesti clash ke?...
untuk selanjutnye cubelah kunjingi saifulislam.com














0 comments: