kesombongan pada diri!

Dapat juga akhirnya untuk penulis mencuri masa yang cukup singkat ini untuk melepaskan rindu di ruangan ini biar keadaan masa yang amat tidak mengizinkan..
rasanya banyak topik yang terlepas untuk di kongsi bersama
Sebagai pembuka tirai tahun 2009 ini kita tidak terlepas daripada terus di uji dengan bermacam bentuk ujian yang di timpa terhadap umat islam dengan kezaliman yang tidak boleh di gambarkan..namun usaha dakwah itu wajib di teruskan.Penulis teringat kata-kata pak hamka dalam tafsir alzhar yang menyebut dakwah mesti disampaikan hatta kepada janin di dalam perut ibu..
pada hari ini satu penyakit yang begitu kuat gelombangnya menguasai hati-hati manusia sehingga sanggup berlaku GILA iaitu penyakit hamiyatul jahiliyyah(berasa sombong pada diri dan berasa orang lain jahat)..gelombang inilah yang menyebabkam umat islam terus di tindas oleh amerika malah penyakit ini merebak kepada umat islam sehingga sanggup menindas bangsa sendiri...
DI manakah kedamaian? adakah ianya sudah lama hilang dan tidak akan muncul?....Tugas siapakah ini?.mungkin ini alasan yang selalu di dengari oleh golongan pendakwah yang bacul yang selalu menyebut "ana tidak mampu" "ana tak layak" dan mungkin ini" ana tak sempurna lagi".
Penulis teringat kisah di mana sahabat nabi iaitu jundud bin janadah atau abu dzar yang di lahirkan dan di besarkan di kalangan Bani Ghifar yang cukup terkenal dengan aktiviti merompak namun abu dzar mempunyai matlamat hidup yang berbeza lantas bertemu nabi lalu memeluk islam ketika bermusafir seorang diri dan terus kembali ke kampung halaman dengan melakukan kerja dakwah seorang diri di tengah manusia yang tidak mengenal islam..dengan usaha yang berterusan akhirnya mendatangkan hasil yang menkagumkan dengan seluruh Bani Ghifar memeluk islam..
Dan ingatlah wahai para da'ie siapakah lagi yang akan mencari damai yang hilang jika bukan kita!

0 comments: