Jatuh Dan Bangun

Hidup ini umpama roda.kadangkala kita di atas dan kadangkala kta berada di bawah.kadangkala kita gembira dan kadangkala juga kita berasa sedih..namun itu semua adalah sunnatullah yang tidak dapat di elakkan bagi mengharungi hidup dengan penuh onak dan duri.. Orang yang berjaya adalah orang yang sanggup dan berani menempuh semua ujian ini..dan mereka juga berani menempuh kegagalan..kerana itulah kejayaan semuanya bermula daripada kegagalan.. Di sini penulis ingin menggambarkan keadaan manusia yang tidak terlepas daripada setiap bentuk ujian yang di uji.Bolehkah mereka menjadi orang yang berjaya tanpa sebarang kesusahan?..penulis mengambil contoh di mana keaadaan manusia yang di lahirkan dalam keaadaan yang tidak bermaya kemudiaan masa demi masa menjadi orang yang hebat bermula daripada proses merangkak,bertatih,berjalan,membaca dan segalanya.Kita melihat bagaimana ahli skate terkemuka dunia tony hawk sebelum menjadi world class.Berbagai-bagai proses di lalui sebelum menjadi terbaik sehingga mencederakan dirinya.Bagaimana pula dengan pemain bola sepak terkemuka dunia contoh c.ronaldo yang bermula daripada kaki bangku sehingga kakinya dapat memukau seluruh mata-mata di dunia ini. semuanya melalui pelbagai cabaran dan proses yang agak lama untuk mencapai kesempurnaan.

Jika mereka banyak melakukan dosa ingatlah bahawa Allah sentiasa membuka pintu keampunan bagi hambanya.Di mana terdapat seorang lelaki yang pernah membunuh seramai 100 orang lalu bertaubat dan meninggal sebelum sempat melakukan kebaikan.Dengan rahmat Allah pemuda ini di ampunkan dosa-dosanya. Sebenarnya kitamasih lagi belum gagal selagi mana kita berusaha dan membuat perubahan dalam hidup.Orang yang bijak adalah mereka yang menjadikan masalah dan kegagalan sebagai kekuatan bagi menempah kejayaan.di sini penulis teringat kisah nabi yusuf adalah contoh yang baik di mana bermula di buang kedalam perigi oleh adik-adiknya yang dengki dan di fitnah kemudiannya di penjarakan akhirnya.Dengan kelebihan mentakwilkan mimpi akhirnya yusuf di angkat menjadi raja mesir.kegagalan dan ujian di jadikan batu loncatan untuk mencapai kejayaan.SEbagai motivasi kepada semua khusus kepada penulis sendiri bahawa kejayaan tidak akan terjadi jika tidak bermula dari kegagalan dan kesusahan.Segala yang jatuh mesti bangun dan terus berdiri mencapai kejayaan.

0 comments: