Di Jalan Dakwah Kami Melangkah!

' Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan." satu ungkapan emas daripada said nursi kepada mereka yang thabat dalam dimensi dakwah ini..
Hatta al banna sekali ingin sampaikan dakwah walaupun kepada janin.DI JALAN DAKWAH KAMI MELANGKAH menarik hati penulis sekali lagi untuk bicara walaupun di selimutkan gelora jiwa yang di biuskan nafsu yang tidak pernah puas kepada maksiat namun mengharapkan keampunanMU yang tidak pernah henti supaya di berikan power untuk meneruskan agendaMu. Ketika hampir untuk melelapkan mata tiba-tiba terpintas di minda ini mengingatkan kepada seorang tokoh wanita islam yang mewakafkan diri untuk agama Allah di atas muka bumi ini.Rela menghadapi segala cabaran dan penentangan semata -mata untuk keredhaanMu.

Tokoh yang di maksudkan adalah ZAINAB AL GHAZALI iaitu seorang aktivis islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ketua jamaah muslimat yang menjadi sayap kepada ikhwan muslimin di mesir ini yang sangat kental dan yakin kepada kalimah Allah ini tidak pernah sesekali berundur melangkah ke belakang malah dengan kepantasan iman yang di kurniakan membuatkannya terus melangkah seribu hadapan demi dakwah untuk mempertahankan umatnya daripada di landa arus kesesatan di bawah pemerintahan presiden JAMAL ABDUL NASSER yang tidak memperkemanusiaan ini.

Pada era pemerintahannya ratusan ribu anggota ikhwan muslimin di penjara dan di seksa termasuklah zainab yang terpaksa melalui hari-hari dalam hidupnya dengan seksaan seperti seksaan seorang lelaki.Di tengah kesakitan yang tidak terbayang begitu dasyatnya namun di hati seorang mujahidah ini begitu yakin dengan janji Allah sehingga tidak merasai kesakitan yang di alami.
Inilah satu tarbiyyah ruhiyyah yang mesti di serapkan kepada umat islam khususnya gerakan islam yang di mana pentingnya aspek tassauf dan perjuangan yang tidak boleh di pisahkan dalam diri individu.Tarbiyyah inilah menjadi punca kemenangan umat islam sebagai contoh di bawah pimpinan SALEHUDDIN AL AYYUBI, ALLAN HADRAMIK, antaranya yang tidak memisahkan tassauf dan perjuangan.Pergantungannya kepada Allah adalah segala-galanya..

Di dalam arena dimensi dakwah mengajak kepada penggerak jalan-jalan dakwah ini khususnya penulis sendiri untuk muhassabah dan menghayati perjuangan yang di bawah Rasulullah dan para pendukung dalam menghadapi" THE STAGE OF DAKWAH"

0 comments: