Permata di hadapan mata

Alhamdulillah di tengah kesibukkan masa akhirnya berjaya juga untuk melepaskan rindu di ruangan emas ini.Begitu banyak isu yang tidak sempat di kongsi di ruangan ini lebih-lebih lagi keaadaan yang memaksa untuk bertindak dengan pantas sekali.Dalam keadaan krisis politik,ekonomi yang tidak menentu ini dan bercelaru dengan kekalutan,kekotoran dan pencabulan hak asasi yang zalim ini memaksa sekali lagi penulis bertindak sebagai orang yang bertindak.Kenapa hari dan saat ini islam sudah lagi tidak lagi di letakkan di atas dan segalanya. dan kenapa juga hari ini kejahiliah menguasai dunia sedangkan kejahiliah ini mesti di tentang sehabis-habisnya? sememangnya kesilapan perlu di sandarkan kepada orang yang memahaminya.

Penulis analogikan kisah yang terjadi kepada manusia bernama hafiz suatu ketika dahulu.Seorang hartawan yang memiliki ladang-ladang yang cukup banyak.Pada suatu hari seorang ahli silam berjumpa dengannya yang mengatakan kepadanya bahawasanya ada sebutir permata yang mampu untuk menakluki negara dan selombong permata mampu menakluki dunia. Kerana ketamakannya akhirnya hafiz memgembara mencari permata ke merata dunia sehingga kemuncaknya hafiz berada di teluk barcelona dan kecewa usahanya tidak berjaya akhirnya membunuh diri dengan mencampakkan dirinya di tengah-tengah laut. Dalam masa yang sama seorang permuda melalui ladang hafiz lalu menjumpai permata di tengah ladang hafiz akhirnya pemuda ini menjadi jutawan.Kesimpulan yang ingin di sampaikan penulis adalah permata yang penulis ingin maksudkan di sini adalah islam itu sendiri.Mengapa nikmat islam yang sudah di beri tidak di sempurnakan dengan sempurnanya dan mengapa perkara lain atau kejahiliah di cari sehingga mampu membawa kepada kebinasaan.........? persoalan ini penulis lontarkan untuk kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan.

0 comments: