SESAT


Malu berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan! Inilah nasihat yg selalu diingatkan oleh orang tua kita dan sememangnya kata-kata ini mempunyai hikmahnya. Kepada semua mereka yang ingin tahu, janganlah malu bertanya tentang apa yg anda tidak tahu dan sentiasalah berkeinginan untuk tahu..

Keadaan ini terjadi kepada penulis yang di uji dalam keadaan sibuk meletihkan dan menyibukkan diri ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencapai redha Allah.

kenapa tiba-tiba penulis berasa topik sesat ini penting untuk menyatakan keaadan manusia sekarang yang bukan hanya sekadar sesat di jalananan yang apa terjadi kepada diri ini betul-betul memberi seribu pengajaran malah keadaan yang amat merisaukan dan merumitkan apabila manusia hari sudah kehilangan arah petunjuk kehidupan dengan suasana yang amat bahaya sehingga membabitkan akidah..

Di dalam suasana menyambut kelahiran tokoh yang paling hebat di dunia ini..kita tidak terlepas isu-isu yang membahayakan akidah umat islam dengan hari-hari yang akan di lalui begitu sempit sekali jika hanya memandang sebagai isu di atas kertas sahaja

Baru-baru ini kita di gemparkan dengan isu penggunaan nama ALLAH dan hari ini ianya di aplikasikan oleh seorang penyanyi dan pelakon kegilaan drama jelita ini iaitu AGNES MONICA yang telah mengeluarkan lagu barunya yang amat meragukan dari segi akidah.Antara liriknya

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab
Allah Yesus ku mengerti

ISU ini masih dalam prbincangan majlis fatwa dan belum di putuskan. Apa yang menjadi point di sini apabila virus akidah menjadi satu cucukan halus kepada umat islam hari ini lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang seperti bangau ini.APA YANG PENTING di sini adalah umat islam mesti melalui arus atau platform yang di gunakan atas dasar akidah islam dan petunjuk yang benar agar tidak SESAT

0 comments: