Warna



Banyak perkara yang berlaku, banyak benda yang hendak dibuat, banyak kejadian yang hendak diambil pengiktibaran. Semuanya telah terangkum dan menunggu masa untuk dirungkai.Di kesempatan ruangan yang sempit yang terasa begitu keletihan ini di tengah-tengah pagi yang sunyi yang hanya bertemankan cahaya-cahaya yang tidak pernah gelap di tengah-tengah kota kesibukkan manusia yang hampir lalai padaNYA.Penulis tertanya-tanya pada diri ini bagaimanakah kita menghargai kehidupan,dalam ruang lingkup kehidupan yang berwarna-warni. Adakah warna-warna cinta ini mewarnai hidup kita dengan warna yang cantik yang pastinya tiada comot-comot pada lukisan tersebut

Banyak warna yang mewarnainya antaranya warna perasaan,warna cinta,warna persahabatan, ianya semua adalah perihal perasaan yang mengajak penulis untuk menghayatinya sebaik-baiknya.Seorang yang hebat adalah orang yang menghargai kebaikkan orang kepadanya tanpa mengharap balasan yang lain dan mereka menghargai erti sebuah persahabatan di atas jalan kebenaran yang benar hatta mencapai martabat atau marhalah yang tinggi iaitu sanggup berkorban diri demi orang lain.
Bersikap positif adalah antara faktor yang mampu membantu cara kita berfikir dan cara kita menilai yang juga menghasilkan kesan positif atau bersikap sebaliknya menghsilkan jawapan yang sebaliknya juga.oleh itu penulis berasakan positive attitude begitu penting dalam sebuah persahabatan tatkala diri ini sentiasa di uji dengan pelbagai. STEVE R COVEY dalam 7 habith menyatakan seorang yang baik adalah seorang pendengar yang baik kerana hanya sekadar mendengar mampu melatih seorang menjadi seorang yang terbuka dan sabar yang akhirnya mampu menjadi seorang pendengar yang baik sehinnga pasti mendapat kejayaan. kehidupan yang memiliki banyak warna ini, terlalu indah untuk kita abaikan, untuk kita habiskan dengan selalu bersedih, untuk kita jalani dengan perasaan gundah..Bersikaplah terbuka dalam memberi dan menerima.Penulis bersyukur kerana telah di anugerahkan nikmat berukhuwwah yang pasti tidak dapat di rasai oleh semua betapa manisnya yang segala-galanya atas keranaMU.

Terima kasih sahabat kerana sebuah persahabatan ini.

0 comments: