PEMIMPIN



Ketika hangat dalam mencari dan memilih kritia seorang pemipin sebenarnya terlalu berat dan sensitif untuk penulis membincangkan persoalan Ini apatah lagi untuk membincangkan secara mendalam dan panjang lebar.Terlalu mentah rasanya ilmu pengetahuan untuk mengupas persoalan ini.Persoalan turun temurun ,zaman berzaman di bncangkan tanpa menemui titik noktah hinggalah ke zaman muasir ini.Sebagai seorang yang berasa perihatin pada hal ini merasakan bahawa soal kepimpinan merupakan soal yang serius begitu memerlukan pengamatan yang mendalam.Ini kerana persoalan ini melibatkan soal kestabilan politik,ekonomi, keluhuran budi pekerti sebagai solekan utama dalam mencapai sebuah Negara yang jelas pada matlamatnya.
Pada waktu di mana keadaan manusia yang sudah tiada nilai dalam menggunakan nikmat yang diberi kepadanya yang alpa melakukan kerosakkan dalam erti usaha untuk memburukkan atau mempelagakan sesama manusia dengan membuat perpecahan serta cukup bernafsu dalam mengkritik secara hodohnya tanpa mengetahui akikat keadaan sebenarnya begitu merunsingkan penulis malah umat islam laginya.Namun realitinya bahawa sikap golongan yang bijak merosakkan kepada perpaduan ini mestilah di buang sejauh-jauhnya.

Pernahkah kita berfikir sebentar untuk memikirkan keaadan politik,ekonomi,social di Malaysia pada tempoh satu dekad yang akan datang? Bagaimana kualiti pemimpinya pada akan datang?Bagaimana pula kualiti kepimpinan yang bakal mencorak warna Negara?HIJAU ataupun BIRU yang semakin tenat dan terdesak ketika ini?.Persoalan ini penulis ajukan untuk kita bersama membuka minda yang kian hari semakin di jajah oleh pemikiran-pemikiran nasiolisme yang tidak perlukan kepada perubahan membawa kepada kebaikkan.
Pastinya kita akan menginginkan pemimpin yang futuristik tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang bersama rakyat dan bertanggungjawab apa yang di pimpinnya bukannya bersama ketika kempen piliharaya semata-mata yang tahu hanya menghabiskan duit rakyat demi kepentingan diri.

Pak Hamka meletakkan pandanganya dan mengakui bahawa sudah sunnahtullah segala sesuatu berjalan dengan pimpinan.Tanpa pimpinan yang mantap akan memberi ruangan atau laluan kepada kelenyapan sebuah tamadun itu.
Insafilah sejarah agar tidak menjadikan pimpinan di Negara kita seperti KETAM yang mengajar anaknya berjalan lurus tetepi hakikatnya masih tidak lagi mampu menunjukkan’USWATUL HASANAH’. Jangan pula menjadikan kepimpinan kita seperti SANTA CLAUS yang hanya berselindung pada wajah yang cantik dengan menyumbang pelbagai hadiah kepada orang lain namun pada hakikatnya menumpang tuah orang lain iatu barang bukan miliknya, Jangan pula berwatakkan seperti FIRAUN,QARUN yang rakus dan tamak haloba pada harta sedangkan hakikat keperluan rakyatnya tidak terbela.
Jiwailah keperihatinan SEMUT yang menyeru anak buahnya supaya berlindung di kala kedatangan rombongan tentera sulaiman yang melentasi kawasan mereka.Aspirasikan juga semangat dan kekuataN yang di tunjukkan KURA-KURA dalam menyahut cabaran arnab hingga mampu mengalahkannya.

Di manakah kayu ukur kita dalam meletakkan criteria seorang pemimpin Kita tidak mahu menjadi parasit yang hanya mengharapkan tuah bakal datang.Semangat lalang juga perlu di buang dalam membentuk kepimpinan maka jadilah benih yang mampu subur di merata tempat tanpa di kuasai masalah keliling.
Kepimpinan yang tidak “lekang dek panas lapuk dek hujan” idealisme perjuangan dalam menegakkan perinsip kebenaran.Mentaliti “WHAT DO I GET “semakin menjadi-jadi budaya kepimpinan kita khususya remaja perlu di cantas secepatnya.
Ilmuwan besar seperti Agus Salim pernah mengungkapkan bahawa “MEMIMPIN ITU DERITA” iaitu orang yang berakal berasa derita sekali di tengah-tengah kenikmatan tetapi orang yang jahil berasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan.

Penulis menuju kembali kisah yang di tunjukkan bagaimana Nabi Yaakub seorang pemimpin yang memiliki berotak perancang dengan baginda berpesan kepada setiap anaknya bahawa tidak memasuki pintu yang sama yang akhir natijahnya berpihak kepada kebenaran.Pemimpin sejati adalah pemimpin yang mencintai tdadisi keilmuan dan mencintai kebenaran untuk di pandu ketika saat kritikal menanti hadapan.
Sesengguhnya generasi ulama yang berotakkan BRILLIANT ketika ini pasti menjadi pilihan untuk mengekalkan perjuangan islam pada saat ini di ambang muktamar PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi.

0 comments: