PERBEZAAN


Mallek Bennabi tokoh penulis islam abad ke-2o berpandangan bahawa umat islam kini lemah kerana malasnya berfikir di sebabkan terlalu hedomistik..

Di dalam hadis yang di sebutkan dalam AS-Sayuti di dalam al-jami'ush shaghir bermaksud bahawa "PERBEDAAN UMATKU ADALAH RAHMAT"

Hari ini sesungguhnya musuh islam itu sentiasa memerhatikan dan melakukan pelbagai kospirasi terhadap islam dari setiap segenap sudut menunggu kelalaian umat islam kian hari di lalaikan dengan serangan pemikiran yang membawa jatuhnya islam hari ini.Tetapi sejujurnya penulis menjelasnya ianya sangat memedihkan apabila musuh itu datang dari dalam tubuh kebangkitan islam itu sendiri.Sesengguhnya penulis tidak kisah jika kebangkitan islam yang masing-masing memiliki manhaj tersendiri dalam berjuang menegakkan islam di muka bumi yang sesuai dengan penemuan sasaran,skala prioritas dan tahapanya.Tidak menjadi masalah adanya beberapa kelompok jemaah yang berjuang untuk menegakkan islam apabila ianya merupakan TA'ADDUDU TANNAWWUN dan bukanya TA'ADDUDU TA'ARUDH.

Malangnya sekali apabila da'ie ataupun aktivis islam yang tidak menghargai masalah ini dan menyebarkan benih-benih PERPECAHAN di mana sahaja.Mereka sentiasa menyalakan api perselisihan dan perpecahan.Ianya sentiasa tertuju pada titik perpecahan dan bukanya titik persatuan.Mereka tidak akan berlapang dada atau menerima jemaah selain jemaahnya yang betul.

Tidak mustahil jika penulis mengatakan bahawa inilah punca jatuhnya islam apabila segala perbedaan tidak dapat di satukan dendan tidak mengiktirf pada pandangan yang kedua.Masalah tidak dapat menerima dan tidak memberi ruang pandangan kedua ini dalam sesuatu ikhtilaf adalah jalan menuju kepada kejumudan.

Benar sekali realiti jemaah kampus hari ini begitu di belenggu kejumudan dalam konsep ilmu,politik,pentadbiran ataupun segala urusan.Mungkin benar kita di lalaikan dengan sentimen yang sempit dalam mendoktrinkan semangat kepartian,jemaah,fikrah yang merupakan kadangkala kelemahan umat islam hari ini dan puca kejatuhan eropah pada ketika dahulu di sebabkan kerana ahli gereja yang di belenggu kejumudan.

Perbedaan yang di sebabkan oleh faktor akhlak dan pemikiran
-faktor akhlak seperti membanggakan diri dan pendapatnya
-buruk sangka dan mudah menuduh orang lain
-egoisme mengikut hawa nafsu
-fanatik kepada pendapat kumpulan(jemaah)

Faktor pemikiran berbeza dari sudut pandangan suatu masalah yang tidak menerima pandangan kedua dalam masalah alamiyah atau amaliyah.Sesungguhnya perbedaan dalam pendapat ini telah pun di kisahkan ketika zaman sahabat contoh kita melihat keterbukaan hati dalam menerima pandangan dan pendapat seseorang yang di tunjukkan seperti berbezanya pandangan ibnu umar dan ibnu abbas.Sifat terbukanya imam abu hanufah dan syafie dalam menerima maliki.Kenapa hari para kita tidak mengambil contoh dan akhlak yang di tunjukan ulama kita dahulu kala?

Sedang kita dalam tidak pernah habis berbalah tentang masalah furu' dalam musuh islam tengah berfikir menjatuhkan islam.Mungkin kita selalu memikirkan perkara furu' sehingga kita lupakan agenda sebenarnya.Dan itu puncanya kita tidak dapat berfikir secara kritikal dek hanya menumpukan furu sahaja.

Begitu penting penulis memikirkan bahawa budaya berlapang dada mesti di semaikan di kalangan jik supaya kita tidak menjadi sebahagian faktor lambatnya islam hari ini.Penulis sekali lagi pernah menyarankan pada jik dalam artikel IQRA bahasanya budaya ilmu mesti di jadikan kewajipan setiap ahli supaya kita tidak bisa kebelakang dalam menepis pergolakkan kehancuran ketika ini.

0 comments: