Eksplorasi mencari dunia terang

Tenggelam dalam dunia pembacaan mungkin faktor menjadikan saya dah lama tidak menulis ataupun kekangan yang pasti tidak dapat di elakkan ketika ini.Tetapi keasyikan meneroka dan menghayati sejarah sememangnya banyak mengubah bentuk pemikiran dan cara berfikir dengan lebih luas lagi.Begitu hebat sejarah malah rugi jika tidak di ambil ibrah setiap peristiwa itu.Sejarah banyak membantu saya mengenal atau mengerti wajah dunia islam saat kegemilangan hingga saat kegelapan yang amat mengerikan mahupun kebangkitan itu tercetus.Sekali lagi saya terus bersengkang mata menatap bentuk ataupun pola pemikiran sarjana islam seperti FAZLUR RAHMAN,ABUL HASSAN ALI AN NADWI,MUHAMMAD SAYYID AL-WAKIL.Usaha intelektual tokoh ini dalam mengkaji isu realiti kehidupan seperti kebajikan politik dan ekonomi dalam masyarakat islam yang baru sahaja merdeka amat sekali perlu di rasai dalam membawa semula kebangkitan pembaharuan meskipun mendapat penentangan yang merugikan yang boleh berakhir dengan ketinggalannya islam dari setiap sudut.

Saya mengakui memang susah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari serta begitu susah sekali melukis wajah dunia tanpa pengorbanan dan keberanian jika tidak di terjemahkan oleh RABI' IBNU AMIR.
Tidak juga menjadi jika kesanggupan kesyahidan tidak seperti AMRU IBNUL JAMIL dan tidak juga tanpa kerelaan ABU DUJANAH yang melindungi Rasulullah daripada serangan panah yang bertubi-tubi dengan ketabahan MALIK AL KHUDRI yang menyedut darah Rasulullah yang mengalir kencang.Tidak juga islam itu begitu laju kehadapan tanpa perselisihan pandangan untuk kebaikan islam itu sendiri.Contohilah IBNU ABBAS dan IBNU UMAR,SYAFIE dan MALIKI.

Bagaimana kegelapan tamadun itu amat merugikan umat islam yang menjadi punca sebenar kemunduran islam hari ini berpunca daripada pemimpin dan keghairahan material dan sikap rakyat yang patuh dengan kemungkaran penerobosan etika yang melampau pemimpin sebuah negara itu.Sejarah mengambarkan bagaimana KAISAR BAHRAM dalam pemerintahan parsi yang menggunakan sistem nafsu dujana dan penindasan menjadi punca kejatuhan kerajaan romawi timur dalam abad ke-6

Berbekalkan keimanan yang luas serta berkat ajaran al-quran yang penuh keajaiban,Rasulullah berjaya menciptakan suatu kehidupan baru yang penuh harmoni.Fokus pemerhatian rasulullah ketika itu adalah mengembalikan tabiaat manusia yang dalam kejahilan kepada kepada iman dan akidah yang mendalam

Buktinya kita melihat UMAR ALKHATAB menjadi kekuatan kepada islam yang asalnya begitu bengis dan kasar amalan jahiliyyahnya.KHALID AL WALID yang terkenal sebagai panglima kaum quraisy telah berubah menjadi pedang ALLAH yang berjaya menumpaskan kerajaan Romawi suatu ketika.SAAD IBNU WAQAS yang dulunya tidak di kenal namannya akhirnya islam membawa nama ini di pelosok dunia.Begitu juga SALMAN ALFARISI yang dulunya hanya sebagai budak yang lepas dari satu majikan kepada majikan akhirnya menjadi hakim di wilayah persia untuk mencurah bakti kepada islam.Begitu ramai sekali jika di katakan.Itulah bukti kejayaan nabi dalam mengubah pemimpin jahiliyya menjadi manusia teladan.

Perjalanan ini di teruskan oleh IMADUDDIN ZANKI dan diserahkan kepada NURUDDIN ZANKI sehingga akhirnya kepada SALEHUDDIN di saat kritis umat islam sehingga salehuddin berjaya menakluki dan mengusir tentera salib.KEGEMILANGAN ISLAM di gelapkan oleh bangsa tartar sehingga AL FATEH berjaya menakluki kostantine dengan kegemilangan usmaniyah saat itu..

Persoalan ketika islam sudah berjaya ketika itu akhirnya jatuh dek kerana kelalaian umat islam itu sendiri.mungkin perkongsian ini membuka minda kita untuk berfikir untuk mencari cahaya-cahaya yang hampir padam saat ini.Secara peribadinya saya banyak mengetahui daripada ABUL HASSAN ALI NADWI dalam bukunya KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM.InsyaALLAH saya dalam mengkaji satu kajian tentang fundamentalisme islam.Moga ALLAH memberi kekuatan segala pengkajian ini dapat lagi merapatkan hubungan denganNYA.

0 comments: