MEMPERBANYAKKAN BACAAN


Buku ini mesti di paksa untuk di hadam sebaiknya.Aku mesti gagahkan diri untuk membeli dan memahami setiap buku yang di telaah.Itulah yang selalu bermain di minda ini setiap kali untuk membeli sesuatu buku.Sesungguhnya pembacaan yang di selarikan kefahaman sememangnya membuka skop minda penulis daripada kesempitan.

Pastinya sudah menyanjadi suatu kewajipan kepada umat islam untuk menceduk semula ilmu khazanah islam yang telah di rampas barat suatu ketika dahulu bukannya menyalahkan barat sebulatnya tanpa berusaha merampasnya balik.Itulah kesilapan umat islam saat ini.Di sini penulis berasa tanggungjawab untuk memperkenalkan suatu buku yang wajib untuk setiap jemaah kampus khususnya berkaitan dalam menyusun strategi pergerakkan dan perjuangan politik dalam sirah nabi saw.

Ketika banyak pergerakan islam kontemporer layu sebelum berkembang,buku ini insya'allah dapat memberikan suntikan energi yang dahsyat sekali sehingga menjadi referensi WAJIB bagi para aktivis dakwah dan harakah islam.Lebih dari itu publikasi karyanya bukan hanya keasyikkan intelektual penulisnya tapi lahir dari pengalaman MUHAMMAD AL-GHADBAN sehingakan menjadikan roh kepada kesegaran buku ini.

Buku yang di maksudkan penulis yang memaksa diri ini menghabiskan sepantas pemahanaman sebanyak 700 halaman setiap satu jilid adalah MANHAJ HARAKI karya syeikh Munir Al-Ghadban dan buku sirah nabawiyyah MUBARAKFURI yang cukup-cukup menghidupkan sirah yang terperinci mengikut edaran zaman semasa.

Penulis mengajak kepada semua untuk bersama-sama untuk memperbanyakkan lagi bahan bacaan semasa bukannya terikat semata-mata kitab haraki sahaja yang biasanya boleh menyempitkan pemikiran segar para aktivis khusunya tanpa kita menguasai segala bentuk kajian yang lain contohnya teknologi,ekonomi,psiokologi,tadbir,sains,dan banyak lagi yang memerlukan analisa yang tajam serta daya kritis yang tinggi.

0 comments: