anak gaza dan anak kita.?


" biarlah kita kehilangan segalanya termasuklah keluarga, umah ,sekolah malah nyawa sekali pun tapi ingatlah jangan kita hilang jiwa seorang pejuang yang berbekalkan satu akidah yang cukup kuat" kata seorang guru kepada anak-anak muridnya di bawah naungan khemah yang buruk di mana satu-satunya tempat untuk mereka menuntut ilmu selepas sekolahnya hancur di bom tentera zionis yang jahanam.Sang Guru ini tidak pernah jemu-jemu memberi semangat kepada anak gaza ini supaya terus tabah mencari ilmu walaupun kehilangan sekolah. Tetapi realiti ini cukup berbeza dengan anak-anak di malaysia yang cukup-cukup manja di belai.Tidak serik-serik menyusahkan ibu bapa.Hnya kerana di tegur sedikit sudah pergi melarikan diri dari rumah gara-gara hanya di tegur oleh orang tuanya.Dengan kehilangannya kerana cinta terpaksa mengikut jantan lain.Belum lagi di bongkarkan lagi kisah-kisah di pusat pengajian tinggi yang kononnya belajar tetapi haprak!Apakah ini? ini sudah cukup membuktikan betapa kecilnya jiwa pemuda-pemudi dan anak-anak kita yang belum di uji sekuat hentaman bom dan peluru-peluru.Dan ingatlah bahawa di dalam usia yang muda lagi kuat ini gunakanlah sebaik-baiknya sebagaimana di kisahkan pemuda-pemuda abad pertama islam yang cukup sempurna menggunakan peluang ketika muda dan kuat ini.Tidak perlulah kita menangis teriak melihat kesedihan anak-anak di gaza tapi cuba fikirkan keaadaan anak-anak kita yang sedih di di bonekakan yahudi.

0 comments: