TERBANG


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

Pada malam transformasi pimpinan negara hari ini membuat penulis tertarik untuk mentajdidkan minda bersama di ruangan serba putih ini.Kali ini tajuk "TERBANG" berjaya mencuri hati ini untuk bersama-sama kita berfikir dan merenungi tentang di sebalik kalimah yang tersirat yang kadangkala di abaikan padahal memberi pengertian yang cukup-cukup besar pada hari ini.Tidak mustahil hari ini manusia sering mengabaikan perkara yang besar dan sering bergaduh perkara yang remeh dan kecil kerana hanya melihat pada tersurat bukan tersirat di sebaliknya.
Dewasa hari ini terlalu ramai golongan yang bergelar "USTAZ" yang kononnya boleh menjadi tempat rujukan di tengah-tengah kegelapan demi mencapai sinaran cahaya malangnya pemikiran golongan ini tidak pernah memberi impak semaksima kepada mereka yang perlu.
Adakah golongan ini pada hari ini sekadar menambah bilangan yang sudah ramai atau fungsinya adalah semata-mata untuk membaca tahlil?

Di manakah golongan ini yang sudah bersedia dengan pelbagai kemahiran yang mempunyai daya pemikiran pada skala yang luas?
kuncinya yang penulis ingin sampaikan adalah" TABIAT TIDAK JEMU MENCARI ILMU"
Budaya menuntut ilmu mestilah wajib ada pada setiap individu khususnya mereka yang bergelar da'ie pada hari ini untuk bersama dalam menyuluh kejahilan hari ini.
Hari ini kita mencari di manakah generasi salehuddin yang di tinggalkan bertahun-tahun dahulu untuk di capai hari ini?...
Manusia yang berjaya adalah manusia yang sering mencari kebenaran dengan mengembara atau merantau bertujuan meninba ilmu dan memperkaya pengalaman serta memperbaiki diri untuk menjalani kehidupan seterusnya melahirnya pemikiran generasi salehuddin.

Jika kita sering melihat seekor merpati terbang di waktu pagi mencari-cari rezeki pada hari itu dan akan kembali memberi makanan kepada anaknya begitu juga manusia hari ini perlulah lebih terbang lagi tinggi daripada merpati untuk mencari ilmu untuk di bawa pulang memberi cahaya dan petunjuk kepada manusia lain dan ingatlah apabila kita berjaya terbang begitu tinggi melangit yang akhirnya merasakan rendahnya diri ini di sisi tuhan.

Penulis menyedari tiada yang dapat membantu umat ini selain membetulkan cara pandang pada akidah yang suci sebaga cara dan gaya hidup dunia ini.Inilah yang menaikkan nilai para sahabat Nabi,dari kelompok yang membunuh anak sendiri,yang bercakaran dan berperang sesama sendiri,kepada umat yang mentadbir alam ini
Inilah yang harus dilakukan ketika ini.Fikir dan renungkanlah.
Jadilah golongan yang sentiasa "terbang" untuk mencari tuhan demi kebenaran yang hak .
untuk sekalian akhirnya penulis akan terbang ke madinah untuk mengerjakan ibadah umrah serta temuduga univrsiti islam madinah pada 8.4.2009.Doakan supaya di permudahkan segala urusan.

0 comments: