Bersatu..


" setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta,jiwa raga ,pena dan lidah(dakwah)"-sayyid abul ala al maududi-

Entry untuk ini penulis merasakan gelombang "KESATUAN" dan champion perlu di rasai oleh setiap individu khusus kepada mereka yang menggerakkan gelombang ini lebih-lebih lagi mestilah meletakkannya di tempat yang tinggi.ketika ini penulis merasakan seolah-olah berada pada zaman 1171-1193 kerana cuba menghabiskan buku dalam mengerti dan menghayati sejarah ketika ambang pemerintahan salehuddin al-ayyubi serta mencari di manakah generasi salehuddin untuk di bangkitkan pada hari ini seteguh jiwanya seperti panglima Asaduddin syirkuwah,Bahaudin Garagusy,panglima syamsudin dan ramai lagi .Mereka meletakkan keredaan allah segalanya di samping meletakkan kemenangan pasti milik islam jika umat islam dapat bersatu bersama.Adalah lebih bijak jika sekiranya umat islam yang kuat atau lemah berkerjasama atau bersatu supaya sebarang bentuk kezaliman yang menghalamg manusia daripada mendapat keperluan asasi di tangani dan di tentang bersama.Bagaimana kita melihat bersama kesatuan umat islam yang di tunjukkan kepada kita pada era pimpinan salehuddin dapat mengalahkan tentera salib dengan ketelitian dan kebijaksanaan strategis mampu memberi kemenangan pada islam. Adakah kita tidak mengambil iktibar sejarah dahulu atau kita termasuk golongan yang sudah lupa pada sejarah? Sejarah perjuangan dan peperangan Rasulullah adalah yang paling terbaik bahkan juga di jadikan rujukan salehuddin ketika memimpin tentera islam ketika itu. Sebenarnya. berasakan amatlah penting untuk kita memahami sejarah dan dalam mencapai kemenangan yang mutlak. Syeikh Hassan An Nadwi dalam bukunya ' Kerugian dunia kerana kemunduran umat islam" berkatanya cukup sayang sekali umat islam hari begitu mundur dalam banyak aspek dan selama berabad-abad manusia hanya berfikir dan berfalsafah perkara yang tidak ada manfaat untuk islam.Jika mereka memikirkan fokus ilmu yang mengutungkan umat islam tidak separah seperti berlaku pada hari ini. Penulis merayu supaya kita bersama untuk menfokuskan kepada inovasi serta bersama menggebleng tenaga dan menjana gelombang kesatuan yang mampu meresahkan musuh islam demi matlamat yang mutlak
.

" kamu adalah umat terbaik yang di lahirkan bagi manusia ,menyuruh kemaarufan dan mencegah kemungkaran"-(ali imran 110)


Dalam bahasa yang mudah adalah wajib untuk umat islam mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran dan keadilan serta menjadi yang terbaik pada golongan yang lain. Ya Allah sabatkan hati-hati mereka untuk berjuang sehabis mungkin dengan mempertaruhkan harta dan jiwa mereka demi merealisasikan cita-cita untuk mengibarkan panji-panji islam di puncak tertinggi "BUKIT GANTANG"

0 comments: