Haramain



selepas selesai melakukan tawaf wida' hati ini begitu sayu dan sebak sedih untuk meninggalkan baitullah dengan harapan di panjangkan umur untuk sampai di sini.Namun destinasi haramain mencari keredaan Allah ini memang tidak akan penulis dapat lupakan yang tercatat dalam kamus diari seabgai hamba yang mencari tuhan.Kesibukkan berada haramain menyebabkan sudah lama tidak singgah di sini. Alhamdulillah setelah sampai di malaysia sekali lagi kerinduan haramain begitu terasa di sisi ini .Bersyukur kepada Allah taala kerana mempermudahkan segala urusan di haramain walaupun kadang-kadang di ujiNya sehingga kita tidak mengerti di sebalik ujian yang di beri.Terima kasih juga ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam destinasi ini antaranya abang-abang daripada universiti madinah dan ummul qura mekkah yang membantu perjalanan muqabalah kami.


Pada kali ini sebagai "mengizzahkan islam" penulis tertarik pada HARAMAIN untuk di kongsi bersama apa yang di sebalik perkataan ini. Mungkin tidak langsung terlintas di fikiran ini untuk sampai ke haramain pada usia yang rasanya agak muda lagi ianya mungkin di fikirkan senarai dunia lebih di utamakan dan mungkin ini tersenarai pada senarai di bawah gara-gara kealpaan manusia lebih mengutamakan dunia.Alasan belum bersedia ,tidak cukup wang ,usia masih muda ,belum puas enjoy atau haji untuk orang tua adalah alasan yang sering di perkatakan bagi golongan muda yang tidak pernah puas.Penulis bersyukur kerana di pilihNya sebagai tetamu walaupun masih banyak kejahilan ini tetapi perancangan Allah itu adalah yang lebih hebat.
Hari pertama menjejak kaki di madinah al munawwara begitu membuat penulis begitu teruja pada keizzahan islam apabila melihat syiar islam dan umat islam dalam menyibukan urusanNya.
Kerinduan pada madinah begitu kencang di cucuk pada hati ini bila di arah ke mekah dan peluang di madinah di gunakan 3 hari sahaja.Subhanallah itulah yang penulis mampu ungkapkan bila melihat masjidulharam.Apa yang menjadi pencarian di sebalik kesibukkan kota mekkah dan kilauan lampu tersembunyi seribu satu sejarah yang tidk boleh di lupakan umat islam sekitar kisah hajar dan nabi ismail dek tingginya pengorbanan ibrahim serta ketabahan bilal di seret di tengah kota mekah dan kota kelahiran rasulullah.Sirah hudaibiyah menjadi tercetus islam pada hari ini di celah pengorbanan teman sejati kepada kekasihnya di tengah persembunyian thur dan hira' menjadi saksi wahyu pertama di turunkan.
Ketinggian jabal nur,thur serta uhud begitu jelas menunjukkan ketabahan nabi dan sahabat dalam seruan dakwah walaupun di hentam begitu hebat oleh bapa saudaranya sendiri.

Penulis merasakan uhud menjadi tempat yang paling tersentuh apabila melihat bukit uhud yang kukuh ,tersusun gagah yang merentasi pada fikiran membayangkan bagaimana pertarungan uhud.Pelu di lihat pada strategic planning yang di rancang oleh khalid al walid .
Apapun perjalanan haramain begitu bermakna dalam mengenal tuhan untuk badan yang jahil ini.

YA Allah kau bukakkanlah hati ini selmbut hati-hati mereka dalam ketabahan perjuanganMU.

0 comments: