IQRA'


"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya"-Hamka-

Penulis tertarik dengan kenyataan yang di keluarkan oleh perdana menteri kita yang ke-6 yang menyarankan dan berhasrat untuk menjadikan malaysia sebuah negara membaca.Kenyataan ini sememangnya begitu menggembirakan penulis dan tahniah kepada Dato Seri Najib yang begitu tnggi harapan di letakkan kepada rakyat malaysia agar menjadi negara yang di pelopori oleh golongan yang membaca dan berpengetahuan luas dalam semua sudut ilmu.
Bagi seseorang yang memerhati dari setiap sudut keluasan pastinya mengatakan bahawa membaca adalah suatu kunci yang dapat mengorek segalanya.

Read, you will conquer the world adalah kata-kata Napolean Bonaparte, penakluk dunia yang telah pun mementingkan aspek pembacaan dikala zaman penjajahan dulu lagi.Ini pasti telah terbukti yang di serlahkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan pada masa kini dan dahulu yang telah mencorak dunia ini adalah dengan membaca.

seterusnya jika di tanya kepada kalangan anak muda sekiranya mereka mempunyai wang apa yang ingin di beli?telefon bimbit atau kamera video yang begitu canggih tidak pernah puas?jarang sekali ataupun sukar sekali untuk mendengar mereka memilih untuk membeli buku apatah lagi di habiskan beratus-ratus untuk buku?
Budaya iqra sewajibnya mesti menjadi budaya kepada semua pelapis lebih-lebih lagi golongan muda atau lebih sekali mereka yang bergelar mahasiswa.Tetapi sayangnya rata-rata mahasiswa hari ini khususnya mereka yang begitu aktif dalam gerakan begitu malas untuk membaca dan berusaha mengkhatamkan.Setengah mereka begitu cetek dan lembab.Penguasaan pembacaan mestilah di perluaskan untuk menghasilkan view yang luas. Sikap dan budaya membaca begini sentias di amalkan, sudah tentu kita akan menjadi golongan mahasiswa yang lebih terkehadapan,yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu fundamental dan kontemporari yang menjadi tuntutan dulu dan masakini sehingga dapat melahirkan generasi ulul albab dengan di selitkan semangat dan kekuatan generasi salehuddin.

Ibu tiri kepada ABRAHAM LINCOLN memaksa beliau untuk membaca dan suka kepada ilmu pengetahuan sewaktu beliau masih kecil sehigga mampu menjadi PRESIDEN yang termasyur di amerika.Sekali lagi penuls mengajukan persoalan kepada diri dan sahabat untuk bermula daripada sekarang kita mengajak kepada semua untuk membeli buku,suka kepada buku dan rajin membaca buku.BOLEHKAH KITA?

Islam amat menggalakkan umatnya membaca,sebab itu ayat al quran pertama yang di wahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad saw iaitu IQRA'. Menyuruh manusia tekun dan mengamalkan budaya membaca.

Penulis teringat satu nama tokoh besar iaitu AL-JAHIZ seorang ilmuwan dan ulama besar yang gigih bergelumang dengan dunia buku.Bliau di katakan mati akibat tertimpa lambakan bukunya sendiri di perpustakaan peribadinya di Basra.Kemiskinan tidak menghalang beliau menjadi penulis agung islam.Beliau telah menghasilkan 200 buku meliputi pelbagai bidang ilmu.
Kadang-kadang kita terfikir keadaan bangsa jepun,eropah lebih memahami dan menghayati konsep budaya iqra hinggakan mereka menjadi begitu maju.Kalau begitu mengapa kita masih leka dan malass untuk menbaca?

Untuk akhirnya berbaki dalam sehari sebelum pesta buku antarabangsa berakhir,penulis mengajak untuk bersama kita ke pwtc dalam menjadikan budaya membaca di terapkan pada setiap diri.Dan cuba dapatkan buku-buku terbaru di terjemah di sana.

0 comments: