MULTIDIMENSIONAL


Seorang jundullah berkata: “Jangan kamu menjadi pohon bunga di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan disiram dan dibajai, jika tidak akan menjadi layu dan mati. Jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba yang sentiasa bersaing dan berjuang untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin.”

Kata-kata di atas sekiranya di hayati dan di jadikan sebagai satu inspirasi dalam kehidupan penulis yakin manusia akan terus tidak jemu bekerja dan memberi dalam berjuang memartabatkan kehidupan agar menjadi cemerlang dunia dan akhirat.Kesempatan yang menyempit ini ketika rindu haramain begitu kuat sekali sebenarnya memberi penulis impak yang baik dalam terus memberi di samping terus dan terus mencari dengan pemerhatian sejarah dan kefahaman rujukan sebagai bekalan penghayatan untuk terus memberi pada jalan ini.
Sememangnya setiap perubahan yang berlaku ketika ini wajar di perhalusi dengan teliti agar kita tidak menjadi keliru pandangan zahir yang kadang-kadang tidak menepati apa sebenarnya disebalik pandangan biasa.Pada dunia kala zaman kian hari pantas berubah yang memerlukan kemahiran yang cukup-cukup kritikal sebenarnya memberi cabaran global hari ini kepada golongan pendakwah untuk bersedia semaksima kemahiran dalam setiap sudut posisi untuk memenuhi ruangan yang tergendala atau di usahakan oleh golongan yang menipu.

Penulis memberi contoh pada ketika ini dunia sedang pesat di landa arus pemodenan dalam setiap DIMENSI kehidupan,sosial,ekonomi,politik dan kebudayaan.Kondisi masyarakat juga semakin hari berubah.Perubahan dunia hari ini sememangnya memaksakan lebih lagi pada pendakwah atau ulama untuk bersiap siaga dalam menghadapi dunia yang semakin rencam ini.
Jika di lihat pada hari ini begitu ramai sebenarnya mereka-mereka yang berilmu yang boleh ke hadapan dalam merentasi masalah umat sejagat ini tetapi sayangnya golongan setengah seperti yang berasa cukup selesa ilmu di dada tidaklah memberi semaksima secukupnya dek kerana kurangnya kemahiran dari pelbagai dimensi.Sikap atau kemahiran MULTIDIMENSI ini penting bagi golongan ulama yang tidak sekadar tempat rujuk pada sudut tertentu sahaja.

Golongan ini bukannya sekadar menjadi penghukum kepada kesalahan malah lebih bertanggungjawab dalam menjadi "JURUDIDIK dan "JURUFIKIR" bagi masyarakat.kemahiran yang di miliki oleh mereka bukanya dalam hal keagamaan semata-mata malah menjadi pencetus kepada penghasilan teknologi-teknologi muasir .Golongan ini mesti bersifat "MULTIDIMENSIONAL" dengan tidak menguasai bidang tertentu sahaja.

Ibnu Qayyim pernah menyatakan' Seorang fakih adalah orang yang bijak menggabungkan antara hukum wajib dan keadaan semasa".

Jika dulunya watak pendakwah peringkat dunia di tandai oleh kehebatan imej pelayar,peniaga dan panglima perang,sewajar kini dakwah kontemporer di tampilkan oleh ahli korporat,peguam,jurutera dan pelbagai imej profesional yang lain.
Ibnu Khaldun pernah menegaskan bahawa kesenambungan sinar peradaban sesuatu umat bergantung kepada kemampuan mereka mengekalkan peradaban berupa identiti ,agama, dan budaya dengan adaptasi sesuai perkembangan zaman tetapi tidak sampai merosakkan peradaban silam.

Justeru,penulis mengajak diri dan semua untuk bersama dalam menggerakan perubahan pemikiran untuk bersedia dalam membina minda khalifah,negarawan untuk bersama sekali lagi dalam mencetus perubahan demi kebaikkan bersama.FIKIRKANLAH

0 comments: