Kebahagiaan Hakiki

Matlamat terakhir dalam menuntut atau menggali ilmu tidak ada lain hanya untuk mencapai taqwa dan redha Allah. Itulah matlamat terakhir dalam menuntut ilmu. Dalam Adab mencari ilmu tidak boleh lari ianya bermula dengan membaca pada peringkat awal kerana seorang ilmuwan itu bermula dengan membaca dan dapat menerokai ilmu serta dikurniakan sebuah kefahaman yang hakiki dalam agama untuk ianya diberi kefahaman kepada ummah dan hakikinya boleh menambah ketenangan dalam jiwa kita. Itu juga yang dinamakan penambahbaikan dalam prestasi Iman kita.


Kebahagiaan yang hakiki dalam islam adalah bersifat ukhrawi iaitu bukan yang dimaksudkan hanya pada amalan ibadah semata-mata malah keyakinan yang mutlak kepada kebenaran yang kukuh dan perkara ini tiada pada sifat kebudayaan barat sekular. AL-Attas menyebut; " Kesejahteraan" dan "kebahagiaan" itu bukan ianya merujuk kepada sifat badani dan jasmani insan,bukan kepada diri hayawani sifat basyari dan bukan pula dia suatu keadaan akal fikri insan yang hanya dapat dinikmati dalam alam fikiran dan nazar akali belaka. Kesejahteraan dan Kebahagiaan itu merujuk kepada keyakinan diri akan hakikat terakhir yang mutlak yang di cari-cari itu-yakni keadaan diri yang yakin akan hak ta'ala dan penunaian amalan yang dikerjakan oleh diri itu berdasarkan keyakinan itu dan menuturi titah batinnya dan keyakinan adalah suatu keadaan diri yang kekal berada dalam diri insan dan yang merujuk pula kepada sesuatu yang kekal tentang diri insan itu-dan sesuatu yang kekal tentang diri insan itu dikenalinya dengan nazar serta rasa batinnya sebagai suatu alat hidup ruhani yang digelar kalbu.

Maka kesejahteraan dan kebahagiaan itu adalah keyakinan yang kekal mesra menetap dalam kalbu insan; dia itu keamanan dan kedamaian dan ketenteraman kalbu; dia itu ilmu dan ilmu itu keimanan dan keadaan beriman; dia itu juga ilmu yang memberi tahu tentang tempat yang wajar dan keadaan yang tepat, keadaan yang benar dan betul bagi diri insan dalam rencana pelbagai martabat alam makhluk jelata; dan tempat yang wajar serta keadaan yang tepat dan benar dan betul bagi diri itu adalah tempat dan keadaan yang bernisbah kepada Khaliqnya; dia itu suatu keadaan yang dikenali sebagai 'adl-yakni ;Keadilan.

Prof turut memberikan definisi kebahagiaan yang sangat tepat pada pandangan saya. Katanya, Kebahagiaan (sa’adah), lawan kepada kesengsaraan (shaqawah), dan sebagaimana yang dialami dan disedari oleh mereka yang benar-benar menyerah diri kepada Tuhan dan menurut perintah-Nya, bukanlah sendirinya suatu tujuan akhir, ya’ni suatu tujuan yang berakhir dengan kebahagiaan itu sendiri, kerana kebaikan yang terala di dunia ini adalah cinta kepada Tuhan. Kebahagiaan yang berkekalan dalam kehidupan tidak merujuk kepada pihak jasmani atau zahir insan, tidak kepada diri hayawani dan badan insan sahaja; ia bukanlah suatu keadaan zihni (mental) semata-mata, atau perasaan yang mempunyai hujung-pangkal (ya’ni yang bermula dan berakhir) dan bukanlah ia bersenang-senang atau hiburan. Kebahagiaan yang berkekalan didunia melibatkan keyakinan kepada Kebenaran Terakhir dan penunaian segala perbuatan yang bersesuaian dengan keyakinan itu.


Keyakinan adalah suatu keadaan yang kekal dalam kesedaran yang menjadi fitrah kepada sesuatu yang kekal dalam diri insan, dan ia dicerapi oleh anggota pengenalan bersifat ruhani yang dinamakan hati (qalb). Ialah ketenangan dan ketenteraman dan keselamatan hati (tuma’ninah): ialah pengenalan (ma’rifah) dan pengenalan ini ialah iman. Ia itu ilmu pengenalan tentang Tuhan sebagaimana Ia memperikan Diri-Nya dalam wahyu (al-Quran); ia juga melibatkan seseorang itu mengenal tempatnya yang hak dan betul dalam rencana alam ciptaan ini dan pertaliannya yang patut dengan Penciptanya diikuti dengan amal ibadah yang difardukan bersesuaian dengan ma’rifah itu hingga menghasilkan keadilan (‘adl). Hanya sanya dengan ma’rifah yang sedemikian itulah dapat cinta kepada Tuhan dicapai dalam kehidupan di dunia ini. (rujuk mukasurat 42 dan 43).

Boleh rujuk buku “ makna kebahagian dan pengalamannya dalam islam” prof Naquib Al-Attas.

0 comments: